Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Harga Kereta Dijangka Melonjak hingga 30 Peratus, EV Nasional Jadi Penyelamat Pasaran?
Auto Terkini

Harga Kereta Dijangka Melonjak hingga 30 Peratus, EV Nasional Jadi Penyelamat Pasaran?

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam05/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Jualan kenderaan CKD 2026 dijangka meningkat

PEMBELI kenderaan pemasangan tempatan (CKD) berdepan potensi kejutan harga apabila kos kereta atas jalan dijangka meningkat 10 – 30 peratus jika Kerajaan melaksanakan kaedah pengiraan Nilai Pasaran Terbuka (OMV) baharu bermula Januari 2026.

Perubahan itu dijangka memberi kesan langsung kepada harga jualan, sekali gus menekan kos pemilikan pengguna, terutamanya dalam segmen kenderaan mampu milik.

Menurut nota penyelidikan RHB Investment Bank Bhd, semakan OMV itu mengambil kira komponen kos tambahan seperti perbelanjaan jualan dan pemasaran dalam pengiraan duti eksais.

Langkah tersebut secara langsung meningkatkan asas pengiraan cukai, menyebabkan harga atas jalan (OTR) kenderaan berisiko melonjak ketara jika dilaksana tanpa penangguhan.

Tekanan Harga, Risiko Sentimen Pengguna

Penganalisis RHB Investment, Iftaar Hakim Rusli berkata, kenaikan harga skala besar itu berpotensi menjejaskan sentimen pembelian pengguna dalam tempoh terdekat. Tekanan harga akibat kaedah OMV baharu dijangka memberi kesan negatif kepada jumlah keseluruhan industri (TIV) automotif negara yang ketika ini berada pada momentum positif.

Bagaimanapun, bank pelaburan itu berpandangan Kementerian Kewangan (MoF) berkemungkinan besar menangguhkan pelaksanaan OMV baharu buat kali keempat, kerana mengambil kira risiko terhadap pertumbuhan ekonomi dan kos sara hidup rakyat jika dasar itu dilaksana tergesa-gesa.

EV Mampu Milik Jadi Penampan Pasaran 2026

Spesifikasi Peordua QV-E 2026

Di sebalik ketidaktentuan dasar fiskal, pasaran automotif Malaysia pada 2026 dijangka kekal kompetitif dengan kenderaan elektrik (EV) nasional muncul sebagai pemacu utama permintaan.

RHB Investment menjangka tumpuan kepada EV berharga mampu milik akan membantu mengimbangi tekanan akibat potensi kenaikan harga kenderaan enjin pembakaran dalaman.

Langkah Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) melancarkan EV tempatan pertama, Perodua QV-E 1 Disember 2025 pada harga atas jalan bermula sekitar RM80,000 dilihat sebagai titik perubahan penting.

Model itu membuka akses EV kepada pengguna arus perdana dan berpotensi mengubah landskap pasaran nasional.

Proton e.MAS 5 Cetus Keyakinan Pengguna

Cabaran pandu uji media Proton e.MAS 5 dari COE ke Genting HIghlands

Saingan terdekat, Proton Holdings Bhd turut mencuri tumpuan menerusi Proton e.MAS 5, yang merekodkan 3,000 tempahan dalam minggu pertama selepas dibuka. Sambutan pantas itu mencerminkan penerimaan pengguna yang semakin positif terhadap elektrifikasi, khususnya apabila harga berada di bawah paras psikologi RM100,000 .

Pengenalan EV nasional dalam julat harga ini dijangka mempercepatkan kadar penembusan EV di Malaysia, sekali gus menyokong sasaran peralihan tenaga negara tanpa terlalu membebankan pengguna.

Unjuran Jualan, Daya Tahan Industri

RHB Investment mengunjurkan TIV 2026 mencecah 805,000 unit, meningkat sedikit berbanding anggaran 795,000 unit pada 2025. Pertumbuhan sederhana itu mencerminkan keseimbangan antara risiko dasar OMV dan sokongan permintaan daripada model baharu, khususnya EV.

Perodua dijangka kekal sebagai peneraju pasaran dengan sasaran jualan 357,000 unit pada 2026, disokong tempahan tertunggak yang kukuh. Prospek sektor turut disokong faktor makroekonomi stabil, termasuk kadar pengangguran sekitar 3.0 peratus dan pertumbuhan KDNK 4.7 peratus.

Secara keseluruhan, RHB Investment mengekalkan saranan ‘Neutral’ terhadap sektor automotif, tetapi melihat EV nasional mampu menjadi penampan utama pasaran jika harga kereta konvensional benar-benar melonjak. Tahun 2026 dijangka menjadi medan ujian penting antara tekanan dasar fiskal dan kebangkitan mobiliti elektrik tempatan.

SUMBER: BeritaHarian

Auto Terkini Duti Eksais Jumlah Industri Keseluruhan (TIV) Kementerian Kewangan Kenderaan Pemasangan Tempatan (CKD) Kereta elektrik nasional nilai pasaran terbuka Perodua Proton RHB Investment Bank Bhd
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Super-N Diperkenal, Hanya GBP20k (RM106k)!

    10/04/2026
    Auto Terkini

    Denza Z9GT: Shooting-Brake China Kini Di Eropah, Fungsi Crab-Walk, EV dan Hibrid

    10/04/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Mekanisme MyKad, MyKasih untuk Subsidi Diesel

    10/04/2026
    Kerajaan cadang letak polis di stesen minyak sempadan
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Letak Polis di Stesen Minyak Sempadan

    09/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Proton X50 2026 Quartz Black
    Roda4

    Proton X50 2026 Terima Warna Quartz Black, Gantikan Passion Red

    By Shazwan Hisam09/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.