• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Harga Honda Jazz (2020) UK Didedahkan, Bermula RM101k, Cuma Enjin Hibrid

Harga Honda Jazz (2020) UK Didedahkan, Bermula RM101k, Cuma Enjin Hibrid

March 5, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

90
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA nampaknya cuba melaksanakan strategi baharu menerusi Jazz (2020) dengan menampilkan perubahan rekabentuk lebih comel dalam usaha menarik perhatian pengguna Eropah.

Selepas debut di Jepun pada Oktober 2019, Honda pantas memasarkan Jazz generasi keempat itu di Britain. Malah, pengumuman harga di negara Eropah tersebut dibuat tidak sampai sebulan selepas Fit (Jazz) di Jepun, Februari lalu.

Nampaknya peminat Jazz di Asean terpaksa menunggu lebih lama kerana khabarnya perlu memberikan laluan kepada 'City hatchback'.

BACA >>> Honda Bakal Lancar 6 Model Elektrik dalam 36 Bulan Selepas e dan Jazz

HONDA JAZZ STANDARD
HONDA JAZZ CROSSTAR

Tempahan Jazz (2020) untuk pasaran Britain sudah pun dibuka. Menariknya, Honda memasarkan model berkenaan dengan trenkuasa e:HEV Hybrid sahaja dalam dua pilihan varian: Jazz Standard dan Jazz Crosstar, yang lebih sporty dengan kemasan warna dua tona dan kit badan.

Harga Jazz SE ialah £18,980 (RM101,670), manakala varian paling premium Jazz Crosstar EX, £22,630 (RM121,220). Penggunaan minyak Jazz SE hanya 3.79 liter per 100km dengan emisi 102g/km, Fit. Bagaimanapun Jazz spesifikasi Jepun turut menawarkan enjin petrol 1.3L DOHC i-VTEC.

BACA >>> #TMS2019: Honda Jazz (2020) Serba Baharu Lancar, Lebih Feminin dan Lebih Selesa

honda-jazz-hybrid-uk-10
honda-jazz-hybrid-uk-7
honda-jazz-hybrid-uk-4
honda-jazz-hybrid-uk-9
honda-jazz-hybrid-uk-8
honda-jazz-hybrid-uk-13

Pengenalan Jazz (2020) dengan teknologi e:HEV Hybrid adalah strategi Honda mensasarkan memperkenalkan trenkuasa elektrifikasi untuk semua model massa di Eropah menjelang 2022. Sebelum ini, pengguna di Eropah sudah diperkenalkan dengan Honda e yang menggunakan tenaga elektrik penuh.

Dengan dua pelancaran itu, Honda sudah mengorak langkah memasuki era baharu automobil. Kita di Asean pun lambat laun akan melalui fasa sama pada masa akan datang. Sebagai rekod, Honda sudah pun menawarkan model hibrid untuk Jazz, City dan HR-V.

BACA >>> Honda e Janjikan Pemanduan Seronok dengan Sistem RWD dan Tork 300Nm!

GALERI
Honda Jazz Crosstar.01
Honda Jazz Crosstar.02
Honda Jazz.01
Honda Jazz.02
honda-jazz-hybrid-uk-1
honda-jazz-hybrid-uk-2
honda-jazz-hybrid-uk-3
honda-jazz-hybrid-uk-4
honda-jazz-hybrid-uk-5
honda-jazz-hybrid-uk-6
honda-jazz-hybrid-uk-7
honda-jazz-hybrid-uk-8
honda-jazz-hybrid-uk-9
honda-jazz-hybrid-uk-10
honda-jazz-hybrid-uk-11
honda-jazz-hybrid-uk-12
honda-jazz-hybrid-uk-13
honda-jazz-hybrid-uk-14
honda-jazz-hybrid-uk-15
honda-jazz-hybrid-uk-16
brosur-honda-jazz-2020-uk-1
brosur-honda-jazz-2020-uk-2
brosur-honda-jazz-2020-uk-3
brosur-honda-jazz-2020-uk-4
brosur-honda-jazz-2020-uk-5
brosur-honda-jazz-2020-uk-6

Related

90
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: e:HEV Hybrid, Honda, Honda Fit, Honda Jazz, Honda Jazz (2020), Honda Jazz (2020) UK, Honda Jazz Hybrid, Honda UK, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev