Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Harga Geely EX5 Indonesia Didedahkan, Sudah Terjual 1k Unit
Auto Terkini

Harga Geely EX5 Indonesia Didedahkan, Sudah Terjual 1k Unit

Abang HirataBy Abang Hirata28/02/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEPERTI PanduLaju laporkan sebelum ini, Geely bakal mengumumkan harga EX5 di Indonesia selepas diperkenalkan secara rasmi.

Kemasukan di Indonesia bukan hanya untuk menjual, tetapi turut mengeluarkan EX5 di sana. Mungkin ada tertanya mengapa tidak di Malaysia sahaja kerana Geely turut mengumumkan pembinaan kilang di negara lain.

Pertama, Geely dan Proton ialah entiti berbeza. Walaupun Geely mempunyai pegangan besar, selisih pegangan sebanyak 0.1 peratus tidak meletakkan Geely sebagai pemilik majoriti.

Selain itu, sama seperti pasaran Malaysia, Indonesia juga mengutamakan pengeluaran kenderaan di negara mereka.

Import dari Malaysia akan menyebabkan harga tidak berdaya saing, dan boleh juga dilihat pada Daihatsu Sirion ketika Perodua Myvi dieksport ke sana.

Geely sudah menetapkan kerjasama dengan firma automotif PT Handal Indonesia Motor untuk membina kilang di kawasan perindustrian Bekasi.

Langkah ini bukan saja mengukuhkan kedudukan Geely di pasaran Indonesia, tetapi juga mempercepat peluasan pasaran pemanduan sebelah kanan (RHD) dan langkah penting dalam strategi global syarikat.

Bukan saja EX5, Geely juga merancang mengeluarkan lebih banyak model seperti kenderaan utiliti sukan (SUV) dan kenderaan pelbagai guna (MPV).

Di sebalik strategi antara dua negara jiran itu, ada lagi menarik perhatian. Indonesia mempunyai jenama sendiri terbaharu, iaitu Aletra dengan produk pertama, L8 EV yang dijenamakan semula daripada Livan Maple 80V.

MPV itu boleh dianggap salinan daripada Geely Jiaji versi EV. Livan Automotive pula hasil gabungan antara Shanghai Maple (milik Geely) dan Lifan Technology, termasuk usahasama antara Lifan Group dan Geely Qizheng milik Zhejiang Geely Holding. Ini bermakna, ada satu lagi EV daripada ekosistem Geely secara serentak di Indonesia.

Mengenai EX5, Geely menawarkan bateri litium-besi-fosfat (LFP) 60.22kWj sahaja tanpa bateri 49.52kWj seperti pasaran tempatan.

Sistem bantuan pemandu termaju (ADAS) antara EX5 MAX dan EX5 Pro pasaran Indonesia juga berbeza. Misalnya, EX5 Pro hanya dilengkapi Kawalan Jelajah dan tanpa Bantuan Kekal Lorong (LKA), Sokongan Mitigasi Perlanggaran (Depan dan belakang), Pengesan Titik Buta (BSD) dan banyak lagi.

Geely sebenarnya pernah berada di Indonesia sebelum mengundur diri dan sedikit sebanyak membantu pengguna mengenali jenama itu. Setakat ini, Geely boleh dikatakan melangkah dengan kaki kanan apabila jumlah jualan sebulan selepas diumumkan sudah meraih 1,000 unit.

Geely di Indonesia

  • Sejak penubuhan anak syarikat Geely Indonesia pada November 2024, Geely bekerjasama dengan enam pengedar tempatan utama.
  • Sasaran 100 pusat jualan dan perkhidmatan dalam tempoh 3 tahun.
  • Perkongsian strategik dengan PT Handal Indonesia Motor untuk kilang pembuatan Bekasi Fasa II.
  • Jangka siap: Q2 2025 pengeluaran bermula Q3 2025.
  • Kilang akan memenuhi standard pengeluaran tempatan Indonesia (TKDN) dan teknologi bateri canggih serta proses pemasangan pintar Geely.
  • Kilang pembuatan luar negara ketujuh Geely.
  • Rancangan tiga tahun merangkumi pengeluaran pelbagai model, termasuk SUV, MPV, dan varian elektrik, hibrid serta petrol.

Spesifikasi Geely EX5 (EX5 Max & EX5 Pro)

Dimensi & Ruang Kabin
  • Dimensi: Panjang 4,615mm, lebar 1,901mm, dan tinggi 1,670mm
  • Jarak roda: 2,750mm
  • Radius pusing minimum: 5.4 meter
  • Jarak tinggi bumi: 173mm (tanpa beban) | 145mm (dengan beban)
  • Berat kenderaan: 1715kg (EX5 Max) | 1765kg (EX5 Pro)
  • Tempat duduk: 5 orang
  • Kapasiti but: 461 liter (minimum) | 1,877 liter (maksimum)
Prestasi & Bateri
  • Motor elektrik: 160kW (215ps) dan tork 320Nm
  • Bateri: LFP 60.22kWj
  • Jarak Pemanduan (NEDC): 490km (EX5 Pro) | 495km (EX5 Max)
  • Pengecasan DC: 20 minit (30-80 peratus)
  • Pengecasan AC: 6.1 jam (10-100 peratus)
  • Pecutan 0-100kmj: 6.9 saat (EX5 Max) | 7.1 saat (EX5 Pro)
  • Kelajuan Maksimum: 175kmj
Ciri Keselamatan dan ADAS (EX5 Max sahaja)
  • ADAS Tahap 2 dengan 13 ciri
  • Kawalan Jelajah Pintar (ICC)
  • Sokongan Mitigasi Perlanggaran Depan (CMSF)
  • Brek Lintas Belakang (RCTB)
  • Maklumat Isyarat Trafik (TSI)
  • Sokongan Mitigasi Pelanggaran Belakang (CMSR)
  • Amaran Pintu Terbuka (DOW)
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Bantuan Kekal Lorong Kecemasan (ELKA)
  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
  • Brek Kecemasan Automatik (AEB)
  • Bantuan Kekal Lorong (LKA)
  • Pengesan Titik Buta (BSD)
  • Bantuan Tukar Lorong (LCA)
Harga Geely EX5
  • EX5 Max: 515 juta rupiah (RM139,399)*
    • Harga Istimewa IIMS 2025: 505 juta rupiah (RM136,692)*
  • EX5 Pro: 475 juta rupiah (RM128,572)*
    • Harga Istimewa IIMS 2025: 465 juta rupiah (RM125,888)*

* Harga atas jalan Jakarta, tertakluk perubahan

Auto Terkini EV Geely Geely EX5
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Super-N Diperkenal, Hanya GBP20k (RM106k)!

    10/04/2026
    Auto Terkini

    Denza Z9GT: Shooting-Brake China Kini Di Eropah, Fungsi Crab-Walk, EV dan Hibrid

    10/04/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Mekanisme MyKad, MyKasih untuk Subsidi Diesel

    10/04/2026
    Kerajaan cadang letak polis di stesen minyak sempadan
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Letak Polis di Stesen Minyak Sempadan

    09/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Proton X50 2026 Quartz Black
    Roda4

    Proton X50 2026 Terima Warna Quartz Black, Gantikan Passion Red

    By Shazwan Hisam09/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.