BERMULA esok (18/04), harga runcit bagi petrol RON95 dan RON97 masing-masing kekal. Manakala diesel pula turun lagi sebanyak 3 sen. Harga bahan api dan diesel itu berkuat kuasa jam 12:01 pagi ini, 18/04/2020 hingga 24/04/2020.
Ini bermakna, harga bahan api RON95 kekal RM1.25 seliter dan RON97 pula RM1.55 seliter. Manakala diesel turun daripada RM1.46 kepada RM1.43 seliter.
Walaupun harga diesel turun lagi, namun apa nak buat, duduk ontok-ontok saja di rumah. Bak kata pepatah (pepatah la sangat), 'bab duit PM umum sekali semua dah faham, tapi bab suruh duduk rumah semua buat-buat tak faham. Kah !!!
SENARAI HARGA MINYAK [18/04/20 - 24/04/20]
- RON95: RM1.25/liter (kekal)
- RON97: RM1.55/liter (kekal )
- Diesel: RM1.43/liter (turun 3 sen)
BACA >>> #FAQ: Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank Akibat Covid-19
BACA >>> Covid-19: Hanya Seorang Dibenarkan dalam Sebuah Kenderaan, Mula Rabu Ini
Leave a Reply