HARGA bahan api meningkat bermula hari ini (24 Februari 2026), dengan pelarasan setinggi 8 sen seliter untuk petrol dan 4 sen untuk diesel!
Berita baiknya, kenaikan itu cuma berlaku di negara jiran kita – Filipina, yang mana harga petrol dan kerosin naik 1.20 peso (RM0.08 sen) seliter, manakala diesel naik P0.60 peso (4 sen) seliter.
Menurut pengumuman rasmi syarikat minyak tempatan, struktur pelarasan terbaharu adalah seperti berikut:
| Produk | Pelarasan Harga |
|---|---|
| Petrol | +P1.20 seliter |
| Diesel | +P0.60 seliter |
| Kerosin | +P1.20 seliter |
Kenaikan itu hadir selepas minggu sebelumnya menyaksikan peningkatan harga runcit bahan api yang berkuat kuasa 17 Februari 2026.
Analisis Nilai dalam Ringgit Malaysia (RM)
Jika mengambil anggaran kadar tukaran semasa sekitar 1 Peso = ~RM0.085 – 0.09, kenaikan tersebut bersamaan kira-kira:
- Petrol / Kerosin: ~RM0.10 hingga RM0.11 seliter
- Diesel: ~RM0.05 seliter
Secara angka, ia mungkin kelihatan kecil. Namun bagi pengguna yang perlu mengisi 40 hingga 50 liter setiap minggu, kenaikan kumulatif tetap memberi kesan kepada perbelanjaan bulanan, lebih-lebih lagi jika pelarasan berlaku secara konsisten setiap minggu.
Mekanisme Pasaran Bebas Lebih Sensitif
Filipina melaksanakan sistem pelarasan harga mingguan berdasarkan:
- Harga minyak mentah global
- Kadar pertukaran mata wang
- Kos import dan logistik
Struktur itu menyebabkan harga minyak bergerak lebih pantas mengikut pasaran antarabangsa, tanpa perlindungan subsidi menyeluruh.
Malaysia Masih Stabil dengan Subsidi RON95
Dalam konteks Malaysia, pengguna masih menikmati kestabilan harga menerusi subsidi petrol RON95. Mekanisme apungan terkawal yang dilaksanakan Kerajaan MADANI membantu menyerap turun naik pasaran global.
Kesan langsungnya:
- Kos penggunaan kenderaan lebih konsisten
- Tekanan inflasi bahan api lebih terkawal
- Perancangan perbelanjaan isi rumah lebih stabil
Bagi industri automotif pula, kestabilan harga bahan api memainkan peranan penting dalam menentukan sentimen pasaran, terutama bagi segmen kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) berbanding kenderaan elektrik (EV).
Kenaikan harga petrol dan diesel di negara jiran itu mencerminkan betapa sensitifnya pasaran bahan api terhadap faktor global. Buat masa ini, pengguna Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih stabil hasil perlindungan subsidi RON95.
Namun dalam jangka panjang, faktor kecekapan bahan api dan peralihan kepada elektrifikasi tetap menjadi pertimbangan utama industri.
Jadi, bersyukurlahhhh…
SUMBER: Carmudi.com.ph





