• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Harap Bersabar, Ini Ialah Honda CBR250R & Bukan CBR250RR - Harga Bermula RM21,940

Harap Bersabar, Ini Ialah Honda CBR250R & Bukan CBR250RR - Harga Bermula RM21,940

May 17, 2017 By Abang GYL 3 Comments

2.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

honda cbr250r 2017 MalaysiaHARAP maaf! Ini ialah Honda CB250R 2017 dan bukannya CBR250RR. Ya, Boon Siew Honda baru saja memperkenalkan Honda CBR250R 2017 dengan penampilan lebih bergaya.

Bagi anda yang masih tercari motosikal bawah 250cc, Honda CBR250R 2017 mungkin boleh dimasukkan dalam senarai pilihan.

HARGA

  • Honda CBR250R - RM21,940.94 (Hitam) / RM22,258.94 (Merah & Kuning)

* Harga termasuk GST tanpa insurans dan cukai jalan

JAMINAN

  • 2 tahun atau 20,000km (mana tiba dahulu)

honda cbr250r 2017 MalaysiaPRESTASI

Honda CBR250R 2017 dipadankan dengan enjin DOHC 4-injap PGM-FI bersesaran 249.67cc yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 27hp pada 8,500rpm dan tork 23.3Nm (7,500rpm).

Menurut Boon Siew Honda, enjin 1-silinder yang dipadankan pada Honda CBR250R 2017 menawarkan banyak manfaat. Ini kerana bilangan bahagian direka ringkas dan padat pada tahap minima, sekaligus menjadikan pembakaran bahan api lebih cekap.

Ia termasuklah aspek-aspek kecil seperti gelang omboh geseran rendah dan palam pencucuh Iridium banyak membantu dalam mengurangkan kos penyelenggaraan.

Honda CBR250R 2017 memiliki panjang 2,035mm, lebar 720mm dan tinggi 1,120rpm. Untuk tunggangan lebih menyeronokkan, Honda CBR250R menggunakan suspensi Teleskopik pada bahagian hadapan dan Pro-Link di belakang.

Tugasan pada ruangan roda hadapan diserahkan kepada rim 110/70-17M/C 54S dan 140/70-17M/C 66S pada bahagian belakang.

BACA >>> Apa, Kelajuan Maksimum Honda CBR250RR 170kmj?

BACA >>> #Videotomotif: Beginilah Cara Pemasangan Honda CBR250RR Dilakukan

honda cbr250r 2017 Malaysia
honda cbr250r 2017 Malaysia
honda cbr250r 2017 Malaysia
honda cbr250r 2017 Malaysia

BILA GILIRAN HONDA CBR250RR

Seperti kami nyatakan dalam artikel terdahulu, nampak gayanya penantian Honda CBR250RR untuk masuk ke pasaran Malaysia pada tahun ini sedikit hampa.

Menurut sumber dipercayai, Honda CBR250RR tidak akan memasuki pasaran Malaysia pada tahun ini memandangkan ia masih perlu menunggu spesifikasi Euro disiapkan.

Bagaimanapun pihak Boon Siew Honda sudah menghantar permohonan daripada Honda Jepun untuk membenarkan Honda CBR250RR masuk ke pasaran Malaysia. Mungkinkah tahun depan?

Maklumat lanjut berkenaan Honda CBR250R 2017, layari www.boonsiewhonda.com.my atau laman facebook di www.facebook.com/HondaMotorcyclesMalaysiaBoonSiewHonda.

BACA >>> Maaf, Honda CBR250RR Tak Jadi Masuk Malaysia Tahun Ini

GALERI

honda cbr250r 2017 Malaysia
honda cbr250r 2017 Malaysia
honda cbr250r 2017 Malaysia
honda cbr250r 2017 Malaysia
honda cbr250r 2017 Malaysia
honda cbr250r 2017 Malaysia
honda cbr250r 2017 Malaysia
honda cbr250r 2017 Malaysia
honda cbr250r 2017 Malaysia
honda cbr250r 2017 Malaysia
2.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Boon Siew Honda, cbr250r, Honda CBR250R 2017, Honda CBR250R 2017 malaysia, Honda CBR250R malaysia, Honda CBR250RR

Comments

  1. Hakate says

    December 20, 2017 at 8:29 AM

    Adakah motor in setara dengan lc 135 yang
    digunakan setiap hari

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my