Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Haqiem Stopa Mengaku Tidak Bersalah Dakwaan Simpan Foto, Video Lucah Bekas Kekasih
Auto Terkini

Haqiem Stopa Mengaku Tidak Bersalah Dakwaan Simpan Foto, Video Lucah Bekas Kekasih

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju14/12/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TIKTOKER popular yang pernah dijulang sebagai ikon permotoran negara mengaku tidak bersalah menyimpan foto dan video lucah bekas kekasihnya dalam dua telefon pintar.

Menurut laporan, Haqiem Stopa atau nama sebenarnya, Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 22, didakwa di Mahkamah Majistret Selayang hari ini.

BACA >>> “Ikon Permotoran Negara Bukan Gelaran Rasmi” – Haqiem Stopa
BACA >>> Akui Salah Pandu Kereta Tanpa Lesen, Haqiem Stopa Kesal Foto Saman Jadi Viral

Bernama melaporan tertuduh didakwa menyimpan foto dan video lucah mangsa, seorang wanita berumur 21 tahun dalam galeri telefon jenama iPhone 13 Pro Max dan iPhone 7 Plus miliknya di satu rumah di Rawang, Selangor pada jam 4.30 petang, 9 Disember lalu.

Dakwaan dibuat di bawah Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 292 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda, atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Anis Farhah Ahmad Hilmi mencadangkan jaminan sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin.

Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Mohd Faiz Fahmy Abdul Razak yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya perlu menanggung ibu bapa yang uzur. Majistret Nur Hafizah Rajuni kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh sebutan kes pada 23 Februari 2023.

Pada 10 Disember lalu, media melaporkan seorang lelaki ditahan polis pada Jumaat lalu kerana disyaki mengugut untuk menyebarkan foto lucah bekas kekasihnya.

BACA >>> Haqiem Stopa: “Nak G Buat Lesen Byee!!!”
BACA >>> Haqiem Stopa Kena Saman Memandu Tanpa Lesen

SUMBER: Harian Metro | Bernama

Anis Farhah Ahmad Hilmi Haqiem Stopa iPhone 13 Pro Max iPhone 7 Plus Mohd. Faiz Fahmy Abdul Razak Muhammad Sadzri Hakim Jaafar Nur Hafizah Rajuni
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Super-N Diperkenal, Hanya GBP20k (RM106k)!

    10/04/2026
    Auto Terkini

    Denza Z9GT: Shooting-Brake China Kini Di Eropah, Fungsi Crab-Walk, EV dan Hibrid

    10/04/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Mekanisme MyKad, MyKasih untuk Subsidi Diesel

    10/04/2026
    Kerajaan cadang letak polis di stesen minyak sempadan
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Letak Polis di Stesen Minyak Sempadan

    09/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Proton X50 2026 Quartz Black
    Roda4

    Proton X50 2026 Terima Warna Quartz Black, Gantikan Passion Red

    By Shazwan Hisam09/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.