MERCEDES-Benz menerusi pengedar, Hap Seng Star akan menganjurkan acara istimewa sempena sambutan 140 tahun kecemerlangan jenama dari Jerman itu.
Berlangsung 10 – 12 April ini, acara di Hap Seng Star Balakong bukan sekadar meraikan sejarah jenama, tetapi turut mengetengah gaya hidup mewah, prestasi dan pengalaman pemilikan yang sinonim dengan Mercedes-Benz.
Pelbagai Model Baharu, Pramilik Bertauliah

Pengunjung boleh melihat sendiri pelbagai pilihan model baharu dan pramilik bertauliah (Mercedes-Benz Certified Pre-owned), dari model kompak A-Class hinggal E-Class yang lebih premium dan elegan.
Turut dipamerkan adalah barisan kenderan utiliti sukan (SUV) serba guna dan model elektrik EQ, yang menjadikan acara itu sesuai untuk mereka yang sedang mencari kereta mengikut bajet, gaya hidup dan keperluan keluarga.
Tawaran Harga Bawah RM150k

Antara tarikan utama pastinya peluang memiliki sebuah Mercedes-Benz pada harga bermula RM140,000*.
Menurut penganjur, beberapa unit pramilik A200 dan GLB250 ditawarkan pada harga istimewa tersebut, sekali gus membuka peluang lebih mudah untuk memiliki jenama premium berkenaan.
Kafe AMG, Pameran untuk Peminat Prestasi

Bagi peminat model prestasi, acara itu turut menampilkan AMG Café Experience dan pameran model Mercedes-AMG yang pasti menarik perhatian.
Suasana juga akan dimeriahkan dengan sesi DJ secara langsung pada Sabtu dan Ahad dari jam 1 petang hingga 4 petang yang menjadikan kunjungan lebih santai dan eksklusif.
Mesra Keluarga, Banyak Aktiviti Menarik

Bukan hanya untuk peminat automotif, acara itu juga sesuai untuk seisi keluarga dengan pelbagai aktiviti sampingan.
Antaranya ialah hadiah segera untuk pengunjung, bengkel dandanan daripada Beaute Library dan B+ Clinic, selain aktiviti kanak-kanak seperti Allianz Explorer Truck, sajian manisan dan sudat permainan video bersama MSI.
Tarikh, Masa dan Lokasi
Acara berlangsung pada 10 – 12 April, dari jam 10 pagi hingga 5 petang, di Hap Seng Star Balakong.
Bagi yang sedang merancang memiliki Mercedes-Benz baharu atau terpakai premium, inilah masa terbaik untuk melihat sendiri tawaran yang tersedia.
SUMBER: FB HapSengStarMy











