
GWM Malaysia bakal melancarkan kenderaan pelbagai guna (MPV) hibrid plug-in (PHEV) baharu, GWM Wey G9 pada harga anggaran bawah RM300,000.
Model pemanduan sebelah kanan (RHD) ini juga dikatakan bakal dipasang secara tempatan (CKD) di Malaysia sebelum dieksport ke Thailand, Indonesia dan pasaran serantau lain, menjadikannya MPV tenaga baharu (NEV) premium pertama China yang dihasilkan di negara ini.
‘Ruang Tamu Bergerak’ untuk Famili Moden
Wey G9 direka sebagai sebuah ‘ruang tamu bergerak‘, memastikan setiap kerusi selesa dan menjadi tempat terbaik untuk berehat seakan berada di rumah mewah.
Nama G9 membawa makna istimewa seperti:
- G: Lambang kasih sayang yang menghubungkan generasi
- 9: Simbol kesempurnaan dan impian kesatuan keluarga
- Wey: Tribut kepada pengasas jenama, Jack Wey yang melambangkan janji terhadap kualiti premium, teknologi dan keselamatan.
Dimensi, Rekabentuk
- Dimensi keseluruhan panjang 5,050mm, lebar 1,960mm, dan tinggi 1,900mm, manakala jarak roda 3,085mm
- Radius pusingan 5.6 meter
- Kapasiti tangki bahan api 58 liter
- Pilihan warna kelabu, hitam, putih
- Pilihan dalaman: perang atau hitam
Kuasa, Prestasi
Sistem Hi4 PHEV menggabungkan enjin 4-silinder 1.5T turbo bersama dwi-motor elektrik dan transmisi automatik 4AT Dedicated Hybrid Trasmission (DHT) dalam pacuan semua roda (AWD).
Berikut perincian GWM Wey G9:
- Output kuasa 110kW (150ps) @ 5,500 – 6,000rpm, dan tork 240Nm @ 1,800 – 4,000rpm
- Output kuasa motor elektrik (depan / belakang) 80kW (109ps) / 135kW (183ps), dan tork (depan / belakang) 170Nm / 232Nm
- Output kuasa gabungan: 325kW (442ps), dan tork 642Nm
- Pecutan 0-100kmj sepantas 5.7 saat
- Kelajuan maksimum 200kmj
Bateri, Jarak Pemanduan
- Kapasiti bateri 44.2kWj
- Jarak pemanduan elektrik penuh (NEDC) 170km
- Jarak pemanduan gabungan hingga 1,000km
- Penggunaan bahan api (NEDC) 1.2 liter per 100km
- Penggunaan dengan bateri kosong 6.2 liter per 100km
- Pengecasan pantas (DC) 30 – 80 peratus 26 minit
- Pengecasan biasa (AC) 6.6kW, 15 – 100 peratus 6.5 jam
Kabin Mewah, ‘Pengalaman Kelas Pertama’
- Kerusi kulit Nappa dengan fungsi ventilasi (kusyen dan penyandar)
- Tempat duduk baris kedua Zero-Gravity dengan fungsi reset satu sentuhan dan 10 zon urut
- Peti sejuk pintar 12.5 liter dengan fungsi penyejukan (0°C – 15°C) dan pemanasan (35°C – 50°C)
- Ruang simpanan fleksibel dengan kapasiti 233 liter hingga 1,725 liter
- Boleh memuatkan tujuh penumpang (atau enam dengan ruang kaki lebih luas)
Keselamatan – Standard 5-Bintang
Keselamatan adalah asas sebenar kemewahan GWM Wey G9 yang dibina dengan empat teknologi utama:
- Casis ultra-kukuh dengan 81.96 peratus keluli, keluli kekuatan ultra-tinggi 2000MPa pada pilar-A dan -B, serta struktur bumbung mampu menahan tekanan 12 tan
- Beg udara tirai penuh dengan panjang 3,107mm, yang melindungi semua tiga baris tempat duduk, dan masa inflasi hingga 6 saat
- Struktur casis 4 rasuk (longitudinal) + 7 palang lintang (cross) – Menyerap hentakan dan mengekalkan kestabilan kabin
- Perlindungan bateri taraf industri lulus 89 ujian ekstrem dengan empat lapisan perlindungan sisi dan enam lapisan perlindungan bawah
Kehadiran GWM Wey G9 melengkapkan portfolio GWM di Malaysia yang terdiri daripada Haval H6 HEV, Tank 300, Tank 500 HEV, dan EV gaya hidup seperti ORA Good Cat dan Ora 07. Model ini bukan sekadar MPV, tetapi lambang mobiliti premium elektrik-hibrid untuk masa depan.










































































































