• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / GWM TANK 500 HEV Bakal Lancar di Malaysia Autoshow 2025, Harga Anggaran Bawah RM350k!

GWM TANK 500 HEV Bakal Lancar di Malaysia Autoshow 2025, Harga Anggaran Bawah RM350k!

May 5, 2025 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


GWM Malaysia mengumumkan akan melancarkan GWM TANK 500 HEV di pameran Malaysia Autoshow 2025 pada 8 Mei ini pada harga anggaran bawah RM350,000.

Model kenderaan utiliti sukan (SUV) hibrid off-road mewah itu menjanjikan gabungan luar biasa antara kekuatan, inovasi dan kemasan premium, sekali gus mengukuhkan lagi jenama GWM di Malaysia.

GWM Tank 500 HEV pernah ditayangkan di Malaysia pada Disember tahun lalu di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024.

Pengarah Urusan GWM Malaysia, Cui Anqi berkata;

Pelancaran GWM TANK 500 HEV menandakan pencapaian penting bagi GWM di Malaysia. Pengunjung ke Malaysia Autoshow 2025 bakal menyaksikan keunggulan GWM dalam teknologi hibrid terkini, rekabentuk premium dan kemampuan semua rupa bumi.

"Kami berbangga memperkenalkan standard pemanduan baharu kepada pelanggan Malaysia menerusi SUV hibrid mewah ini."

GWM TANK 500 HEV dilaporkan mendapat sambutan luar biasa sejak tempahan awal dibuka pada 14 April lalu.

SUV saiz penuh itu dijana enjin hibrid 4-silinder 2.0L turbo dengan transmisi automatik hibrid 9-kelajuan yang menghasilkan output kuasa gabungan 255kW (341hp) dan tork 648Nm.

Model itu menggunakan sistem pacuan empat roda pintar (4WD) bersama M-Lock, dan dilengkapi 11 mod pandu semua rupa bumi (All-Terrain), bantuan belok TANK Turn Assist, Kawalan Jelajah untuk off-road, paparan casis lut sinar serta ruang kabin 7-kerusi mewah dengan kulit Nappa dan sistem bunyi premium Infinity.

 

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, GWM TANK 500 HEV, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV Saiz Penuh

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev