Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»GWM TANK 300 2024 Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM250k!
Roda4

GWM TANK 300 2024 Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM250k!

Han OthmanBy Han Othman12/07/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


GREAT Wall Motor (GWM) Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) off-road mewah, GWM TANK 300 2024 dalam versi import sepenuhnya (CBU) dari China pada harga RM250,000.

SUV ini terbukti ideal untuk pemanduan bandar dan peminat off-road sejati hingga diiktiraf sebagai juara SUV off-road di China  42 bulan (lebih tiga tahun!) berturut-turut dengan jualan global lebih 300,000 unit dalam tempoh tiga tahun sahaja.

Berikut spesifikasi dan ciri GWM TANK 300 2024:

TRENKUASA

  • Dijana enjin petrol 4-silinder 2.0L turbo berkuasa 220ps dan tork 380Nm dengan transmisi automatik 8-kelajuan dalam sistem pacuan empat roda (4WD) separuh masa.

LUARAN

  • Walaupun tampil serba mewah dan model, tetapi SUV ini dibangunkan khas untuk pemanduan ekstrem dengan platform berasaskan binaan frem tangga (LFC) dan casis off-road profesional (Professional Off-road Chassis) yang dilengkapi kunci diferensial elektronik (EDL) pada gandar depan dan belakang.
  • Rim aloi krom 18 inci.
  • Rekabentuk estetik moden yang menyerlahkan rupa lasak dan bergaya menerusi pintu belakang engsel sisi dan ruang muatan luas dengan tayar ganti saiz penuh
  • Ada empat warna ditawarkan: Dusk Orange (jingga), Fossil Grey (kelabu), Crystal Black (hitam), dan Pearl White (putih).

DALAMAN

  • Ruang kabin menggunakan upholsteri kulit Nappa hitam, kerusi pemandu boleh laras elektrik 8-tetapan dengan fungsi urut, dan unit infotainment dwi-skrin 12.3 inci yang dilengkapi konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto.
  • Ada pengecas wayarles, lampu ambien 64-warna dan sembilan pembesar suara premium jenama Infinity
  • Tidak dilupakan corong penyaman udara untuk penumpang belakang, port USB, dan perehat lengan dengan pemegang cawan.
  • Tempat duduk belakang boleh lipat 60:40 untuk ekstra simpanan.

CIRI

GWM TANK 300 2024 dilengkapi teknologi terkini untuk sebuah SUV model yang bukan saja untuk pemanduan atas jalan raya biasa, tetapi juga pemanduan off-road ekstrem seperti berikut:

  • Ada mod belokan Tank Turn dan kawalan daki Crawl Control (CCO).
  • Ada ciri paparan lutsinar Transparent Chassis Function (TCF) pada skrin unit infotainment yang memberikan pandangan menyeluruh kawasan bawah kenderaan. Ciri ini memberikan visual penuh tanpa sebarang titik buta yang sangat berguna ketika memandu off-road.
  • Binaan kukuh berasaskan Robust Design  Metrics (RDM) dengan jarak lega bumi 224mm untuk keupayaan daki maksimum, berserta sudut dekat (33 peratus) dan sudut lepas (34 peratus).
  • Memiliki kemampuan meredah kedalaman air maksimum 700mm.

  • Ada sembilan mod pandu untuk disesuaikan mengikut pelbagai kondisi pemanduan seperti Standard (2H), Standard (4H), Salji (4H), Mod 4L (Normal, Lumpur/Pasir, Lubang, Gunung, Batu) dan Pakar (Expert).

CIRI KESELAMATAN

SUV ini turut dilengkapi Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) Tahap 2 seperti berikut:

  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Bantuan Jelajah Pintar (ICA)
  • Kekal Tengah Lorong (LCK)
  • Bantuan Trafik Sesak (TJA)
  • Bantuan Kekal Lorong (LKA) dan lain-lain
  • Kamera 360º dengan sistem radar luas
  • Mendapat rating keselamatan 5- bintang daripada ANCAP
  • Dilengkapi ciri buka kunci dan pemutus bahan api automatik jika berlaku perlanggaran

WARANTI

GWM Malaysia menawarkan pakej hebat kepada 300 pemilik pertama, iaitu:

  • Servis PERCUMA lima tahun atau 100,000km, termasuk kos buruh dan alat ganti setiap 10,000km atau setiap enam bulan (mana satu tiba dulu
  • Waranti seumur hidup untuk enjin dan transmisi (tanpa had perbatuan, eksklusif untuk pemilik pertama.
  • Kit kembara GWM x Thule berupa baucar Thule bernilai RM8,000 dan beg sandang Paramount Thule bernilai RM999.
  • Siri Pengembaraan dengan GWM TANK: Stesen 1: ChongQing dan ChengDu, China.

Sempena pelancaran GWM TANK 300, pelanggan yang melengkapkan pendaftaran model ini pada tarikh selewat-lewatnya 12 Ogos 2024 (bulan depan) berpeluang memenangi percutian ke ChongQing dan ChengDu, China.

Ada 10 pemenang akan dipilih melalui cabutan bertuah. GWM TANK 300 juga hadir dengan waranti kenderaan tanpa had perbatuan selama enam tahun.

PANDU UJI OFF-ROAD UNTUK ORANG AWAM

GWM Malaysia turut memberi peluang kepada orang awam dan bakal pembeli menikmati pandu uji off-road pada 20 dan 21 Julai ini pusat pengalaman dan latihan 4WD di M4TREC, Semenyih, Selangor.

Jika berminat, anda boleh lengkapkan borang pendaftaran pada pautan ini 👉🏼 https://forms.gle/Xi7ZuvMPo9jDJwEW9

 

GWM Malaysia GWM TANK 300 2024 Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 SUV Off-Road Mewah
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

MGS9 PHEV, 7 Tempat Duduk, Jarak Elektrik 99 km, Saingi Sorento, Tiggo 8

11/03/2026
Roda4

Protected: Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

11/03/2026
Auto Terkini

Mercedes-Benz VLE Elektrik, Jarak Lebih 700 km, Kerusi Boleh Keluar

11/03/2026
Zeekr 7X lancar di Menara KL
Auto Terkini

Syarikat EV China Rancang Pemasangan Tempatan (CKD) di Malaysia

11/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 401K
  • Instagram 194K
  • YouTube 593K
  • TikTok 1000K
  • Threads 46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.