Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Era Kebangkitan Mobiliti Hibrid di Malaysia: GWM Perkenalkan Teknologi Hi4
Auto Terkini

Era Kebangkitan Mobiliti Hibrid di Malaysia: GWM Perkenalkan Teknologi Hi4

Han OthmanBy Han Othman22/12/2025
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4

MALAYSIA berada di tengah revolusi automotif. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, teknologi hibrid mula berkembang pesat seiring peningkatan kesedaran pengguna terhadap penjimatan bahan api, kos pemilikan jangka panjang dan tuntutan mobiliti rendah karbon.

Situasi itu menjadikan hibrid sebagai pilihan pertengahan ideal hasil gabungan kuasa petrol dan elektrik tanpa kebergantungan penuh kepada infrastruktur pengecasan.

Bagaimana Teknologi Hibrid Berfungsi?

Lebih ramai pengguna kini mula melihat hibrid bukan sekadar ‘teknologi peralihan’, tetapi penyelesaian praktikal dan sesuai dengan realiti pemanduan di Malaysia: trafik bandar padat, perjalanan jauh antara negeri, cuaca tropika dan variasi muka bumi.

Tidak semua pengguna memahami sepenuhnya apa itu hibrid. Secara asasnya, sistem hibrid menggabungkan:

  • Motor elektrik untuk pemanduan senyap dan jimat tenaga, terutama dalam trafik perlahan
  • Enjin petrol untuk kuasa konsisten pada kelajuan tinggi
  • Sistem kawalan pintar yang memilih mod paling efisien secara automatik

Hasilnya, penggunaan petrol lebih rendah, pelepasan karbon lebih rendah, dan pemanduan lebih lancar. Dengan kelebihan itu, hibrid menjadi pilihan logik buat rakyat Malaysia yang mahukan keseimbangan antara kuasa, penjimatan dan kebolehpercayaan.

GWM: Antara Pemain Global yang Serius dalam Mobiliti Hibrid

GWM Haval Hi4
Wey G9

Melihat arah aliran itu, GWM muncul sebagai antara pengeluar paling agresif dalam memperkenalkan teknologi elektrifikasi yang lebih praktikal dan boleh diakses. GWM memperkenalkan beberapa model hibrid di peringkat global, terutama melalui subjenama seperti HAVAL dan WEY yang terkenal dengan kecekapan tenaga dan ciri pemanduan pintar.

Komitmen GWM terhadap mobiliti hibrid bukan sekadar memperkenalkan model baharu, tetapi membangunkan platform teknologi boleh skala (scalable) yang boleh disesuaikan dengan model seperti kenderaan utiliti sukan (SUV), crossover, sedan, dan kenderaan prestasi.

Ini membawa kepada perkembangan paling penting GWM hari ini, iaitu teknologi Hi4.

GWM Hi4: Teknologi Hibrid Generasi Baharu untuk Masa Depan

Teknologi GWM Hi4

Selepas memahami asas hibrid dan perkembangannya di Malaysia, barulah kita dapat melihat bagaimana GWM melangkah lebih jauh.

Hi4 (Hybrid Intelligent 4WD) ialah teknologi hibrid pintar generasi baharu GWM yang dibangunkan untuk memberikan:

  • Kecekapan tenaga lebih tinggi
  • Prestasi pemanduan lebih responsif
  • Keselamatan lebih baik melalui pacuan empat roda (4WD) pintar
  • Keselesaan lebih halus dalam pelbagai keadaan jalan

Tidak seperti sistem hibrid biasa, Hi4 menggunakan arkitektur berlapis yang menggabungkan motor depan, motor belakang dan enjin kecekapan tinggi, sekali gus menjadikan kuasa diagihkan secara pintar mengikut permukaan jalan, kelajuan dan gaya pemanduan.

Hi4 menggunakan hanya dua motor elektrik, berbanding pesaing yang menggunakan tiga motor elektrik. Dari segi teknikal, penggunaan komponen yang sedikit memberikan lebih kecekapan dan mengurang berat kenderaan.

Lagi Hi4 dibina berasaskan platform monokok yang banyak digunakan kenderaan penumpang, manakala Hi4-T menggunakan struktur frem tangga (ladder-frame) yang sinonim dengan trak pikap, SUV lasak dan kenderaan berat.

Kenapa Hi4 Relevan untuk Malaysia?

GWM Tech Day di Australia

Malaysia mempunyai profil pemanduan yang unik:

  • Trafik bandar yang perlahan
  • Perjalanan jauh antara negeri
  • Cuaca monsun dan hujan lebat berpanjangan
  • Keperluan kuasa tambahan masa memotong di lebuh raya

Jadi, Hi4 dibangunkan khusus untuk menangani faktor-faktor berikut:

  • Penjimatan Bahan Api Lebih Konsisten: Mod elektrik menangani situasi bandar, manakala enjin dan motor bergabung ketika pemanduan luncur (cruising) untuk kecekapan optimum.
  • Prestasi Pemanduan Lebih Mengujakan: Motor elektrik memberikan respons segera yang sesuai untuk pecutan di lebuh raya atau menaiki laluan berbukit.
  • Sistem 4WD Pintar untuk Cuaca Malaysia: Setiap tayar menerima kuasa optimum untuk cengkaman lebih selamat ketika hujan lebat yang menjadi masalah harian dalam musim monsun.
  • Tidak Bergantung kepada Pengecasan Luar: Hi4 menawarkan fleksibiliti: Cas semula sendiri secara dalaman, dan boleh beroperasi dengan petrol tanpa perlu bergantung kepada infrastruktur pengecasan luar.

WEY G9: Bukti Dunia Sebenar Keupayaan Hi4

Wey G9
Wey G9

Salah satu model yang membuktikan kemampuan Hi4 ialah kenderaan pelbagai guna (MPV) premium, WEY G9 yang menggabungkan:

  • Prestasi pecutan lebih responsif
  • Sistem tenaga yang dikawal algoritma pintar
  • Kabin premium dengan teknologi Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) terkini
  • Penggunaan bahan api lebih rendah walaupun saiz badan besar
  • Pengendalian mantap di jalan basah, selekoh dan lebuh raya

G9 menjadi rujukan kerana menunjukkan kemampuan Hi4 yang tidak hanya berfungsi atas kertas, sebaliknya diuji pada kenderaan sebenar dengan hasil meyakinkan dalam pasaran global.

Malaysia Semakin Bersedia untuk Era Hibrid Pintar

Model Hi4 GWM

Lonjakan minat terhadap teknologi hibrid di Malaysia membuka ruang kepada pemain yang menawarkan penyelesaian lebih moden, lebih jimat, dan lebih pintar. Melalui teknologi Hi4, GWM bersedia memacu era baharu mobiliti hibrid dengan:

  • Kecekapan tenaga lebih tinggi
  • Pemanduan lebih lancar dan responsif
  • Tahap keselamatan lebih tinggi
  • Teknologi boleh skala untuk pelbagai segmen kenderaan

Apa yang pasti, Malaysia sedang menuju masa depan mobiliti lebih hijau dan lebih pintar di mana GWM hadir dengan teknologi yang bukan hanya inovatif, tetapi praktikal untuk pemandu tempatan.

Auto Terkini Driving into a Smarter Future Great Wall Motor (GWM) GWM Malaysia hibrid pintar teknologi Hi4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim, turunkan harga RON95 1.99 seliter mula 30 September ini.
Auto Terkini

Penganalisis: Subsidi RON95 Bersasar Redakan Inflasi Pengangkutan, Catat -0.7 Peratus pada Januari 2026

23/02/2026
Auto Terkini

MIROS: Microsleep Sumbang 20 Peratus Nahas Jalan Raya Setiap Tahun

23/02/2026
Lebuhraya WCE
Auto Terkini

160,000 Kenderaan Dijangka Penuhi WCE Hujung Minggu Ini

21/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

21/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.