Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»GWM Ora Good Cat Facelift, GT Buka Tempahan, Harga Anggaran Mula RM115k!
Auto Terkini

GWM Ora Good Cat Facelift, GT Buka Tempahan, Harga Anggaran Mula RM115k!

SyafieBy Syafie13/10/2025
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

GWM Malaysia buka tempahan Ora Good Cat facelift dan versi sporty Ora Good Cat GT

GWM Malaysia hari ini mengumumkan pembukaan tempahan model elektrik baharu Ora Good Cat versi dipertingkat (facelift) dan versi sporty Ora Good Cat GT pada harga anggaran bermula RM115,000.

Model terbaharu itu hadir dengan slogan baharu ‘Everything, Extra’ yang menampilkan rekabentuk lebih segar, pemanduan lebih responsif dan tahap keselamatan lebih tinggi.

Rekabentuk Retro Moden, Daya Tarikan Semakin Ekstra

Sejak diperkenalkan pada 2023, Ora Good Cat menjadi antara hatchback elektrik penuh dari China yang mendapat sambutan hebat di Malaysia. Model itu menampilkan rekabentuk retro moden dengan ciri premium dan jarak pemanduan jauh yang praktikal.

Bagi 2025, GWM memperkenalkan Ora Good Cat facelift baharu dan Ora Good Cat GT yang menampilkan gaya lebih elegan serta peningkatan dari segi keselesaan dan prestasi.

Ketua Pegawai Operasi (CEO) GWM Malaysia, Roslan Abdullah berkata;

Ora Good Cat menjadi simbol mobiliti EV yang bergaya dan mudah didekati di Malaysia. Kini kami membawa versi baharu dan GT untuk pengalaman elektrik lebih menyeronokkan pada harga bermula RM115,000.”

Ora Good Cat Baharu – EV Serba Lengkap untuk Semua

  • Bateri SVOLT litium-besi-fosfat (LFP) 57.7kWh, dan jarak pemanduan hingga 480km (NEDC)
  • Output motor 143ps, dan tork 210Nm
  • Pengecasan cas pantas (DC) 60kW sepantas 38 minit (30-80 peratus), manakala pengecasan AC 6.6kW
  • Unit infotainmen 10.25 inci, dan upholsteri kulit sintetik
  • Sokongan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto
  • Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) Tahap 2, dan kamera 360°
  • Harga anggaran bawah RM115,000

Ora Good Cat GT – Sporty, Laju dan Bergaya

  • Bateri SVOLT litium-besi-fosfat (LFP)57.7kWh, dan jarak pemanduan hingga 460km (NEDC)
  • Output motor 171ps, dan tork 250Nm
  • Rekabentuk GT eksklusif dengan bampar depan sporty, spoiler belakang, rim aloi khas dan kaliper brek kuning
  • Kabin GT menampilkan kerusi sport dengan sulaman benang kuning dan kemasan sued
  • Ada ciri Kawalan Luncur , dan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) lengkap
  • Harga dianggarkan bermula bawah RM125,000

Tempahan Kini Buka Seluruh Negara

Orang ramai boleh membuat tempahan di semua bilik pameran rasmi GWM Malaysia atau melalui laman web rasmi di www.gwm.com.my.

Ora Good Cat baharu mengekalkan reputasi sebagai EV paling ‘ekstra’ dari segi rekabentuk menarik, pemanduan selesa dan keselamatan pintar dalam satu pakej moden.

Auto Terkini GWM Malaysia GWM Ora Good Cat GWM Ora Good Cat GT Kenderaan Elektrik (EV) ORA Good Cat GT Roda4
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

27/02/2026
Roda4

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.