Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»GWM Haval H6 CKD Lancar Suku Ketiga Tahun Ini, TANK 300 Terima Lebih 300 Unit Tempahan!
Auto Terkini

GWM Haval H6 CKD Lancar Suku Ketiga Tahun Ini, TANK 300 Terima Lebih 300 Unit Tempahan!

Han OthmanBy Han Othman01/08/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


GREAT Wall Motor (GWM) dalam strategi perniagaan jangka panjang menekankan empat teras strategik globalisasi terdiri daripada pembuatan tempatan, dioperasikan secara tempatan, diusahakan secara tempatan dan rangkaian bekalan bersepadu.

Strategi itu memberikan hasil cemerlang menerusi peningkatan jualan global setinggi 62.59 peratus dengan jualan 201,500 unit seluruh dunia sepanjang penggal pertama 2024.

GWM HAVAL H6 BAKAL LANCAR!

Wakil pengedar tempatan, GWM Malaysia turut menonjolkan dominasi menerusi pelancaran beberapa jenis model sepanjang tahun ini dengan GWM Haval H6, yang digelar ‘kenderaan utiliti sukan (SUV) terlaris China’ menanti masa dilancarkan pada suku ketiga tahun ini.

Haval H6 juga bakal menjadi model GWM pertama dikeluarkan secara pemasangan tempatan (CKD) yang mana produk CKD sulung itu ialah projek kerjasama dengan syarikat pelaburan automotif tempatan, EPMB.

Fasiliti CKD itu bakal memainkan peranan penting dalam pelan GWM untuk mewujudkan kehadiran jenama itu di pasaran Asean menerusi jualan komprehensif, perkhidmatan selepas jualan dan jaringan infrastruktur alat ganti.

Perkongsian strategi ini mampu menawarkan lebih banyak barisan kenderaan berkualiti tinggi pada harga mampu milik, dan pada masa sama menjana peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia selain meluaskan pelan pengeluaran GWM di luar negara dan memenuhi perminatan pasaran antarabangsa.

GWM TERIMA LEBIH 300 UNIT TEMPAHAN TANK 300

Seiring komitmen global dana mempromosi penyelesaian mobiliti mampan, GWM meluarkan barisan produk menerusi pengenalan kenderaan mesra alam di Malaysia untuk memenuhi permintaan tempatan bermula dengan pelancarana hatchback elektrik GWM Ora Good Cat pada penghujung 2022.

Pada 2024, GWM meningkatkan kehadiran di pasaran tempatan menerusi pengenalan GWM Ora 07 pada April tahun ini dan GWM TANK 300 pada Julai 2024 dengan menerima maklum balas menggalakkan daripada kalangan pengguna. Malah juara SUV off-road di China itu mendapat tempahan lebih 300 unit dalam masa terdekat sejak dilancarkan.

Sejak memasuki pasaran Malaysia pada 2022, GWM komited mentakrifkan konsep automobil  dengan pendekatan inovatif untuk menghasilkan kenderaan yang mesra pengguna. Ini seiring falsafah dibawa, ‘kereta bukan hanya mod pengangkutan, tetapi menyerlahkan gaya hidup anda’.

Berikut model GWM yang sudah di pasaran Malaysia:

  • GWM Ora Good Cat
  • GWM Ora 07
  • GWM TANK 300

Komitmen untuk memberikan produk inovatif dan perkhidmatan cemerlang sentiasa menjadi teras misi kami di Malaysia.

“Kami mensasarkan untuk meletakkan GWM sebagai jenama terkenal dan dipercayai, serta diiktiraf atas dedikasi kami dalam kualiti dan kepuasan pengguna.”

– Pengarah Urusan GWM Malaydia, Mike Cui An Qi

Auto Terkini GWM GWM Malaysia Managing Director of GWM Malaysia Mike Cui An Qi Pengerah Urusan GWM Malaysia Mike Cui An Qi
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

CHJ Motors Sambut Ulang Tahun ke-55, Lancar Kempen ‘Satu Motor, Satu Rumah Impian’ – Hadiah Kondominium

28/03/2026
Aksesori

#BikinAuto: Lamborghini Urus SE Widetrack Urban Automotive Tampil Lebih Garang!

27/03/2026
AFEELA Prototype 2026
Auto Terkini

Sony Honda Mobility Tamatkan EV AFEELA, Duit Pelanggan Pulang Balik!

27/03/2026
Roda4

#BIMS2026: Nissan Kicks e-POWER Terima Facelift di Thailand

27/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Petrol RON95
Auto Terkini

Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

By Syafie26/03/2026
Auto Terkini

Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

By Syafie25/03/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Autotainment

Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

By Admin PanduLaju12/05/2021
Roda2

MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

By Shazwan Hisam24/03/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Roda4

EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

By Shazwan Hisam04/11/2025
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.