Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Gracshaw Perkenal Tiga Helmet Baharu
Auto Terkini

Gracshaw Perkenal Tiga Helmet Baharu

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam08/12/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Gracshaw perkenal tiga helmet baharu untuk pasaran Malaysia

MENJELANG ulang tahun ke-20, Gracshaw menampilkan identiti baharu yang memposisi jenama itu sebagai peneraju budaya jalanan (street) dan gaya hidup dalam kalangan komuniti penunggang tempatan.

Seiring semangat baharu, Gracshaw turut memperkenalkan tiga helmet ke pasaran tempatan yang menumpukan kepada penunggang harian dan ‘kaki travel’. Antara helmet ditawarkan ialah Glaive, Gennex II dan Gladeon.

Dari Jalanan untuk Penunggang

Logo Gracshaw Helmet
Logo Gracshaw Helmet

Logo baharu Gracshaw menampilkan garisan tebal merentasi huruf ‘G’, melambangkan pergerakan dan keyakinan tanpa rekaan berlebihan. Bersama slogan ‘FROM STREET‘, falsafah rekabentuk baharu itu diilhamkan daripada budaya jalanan yang berani, ekspresif dan tanpa kompromi, sekali gus menjadikan helmet bukan sekadar kelengkapan keselamatan, tetapi medium ekspresi diri.

Gracshaw mendefinisikan identiti melalui tiga manifesto utama: radikal, tiada kompromi, dan kemanusiaan. Sementara itu, tiga teras utama, iaitu gaya, watak dan ketulenan menjadi tunjang kepada setiap rekaan, sekali gus menyerlahkan interpretasi gaya hidup penunggang Malaysia yang semakin berevolusi.

Ilham Budaya Jalanan

Gracshaw perkenal tiga helmet baharu untuk pasaran Malaysia

Pengurus Kanan Pembangunan Gracshaw, Chiong Sai Weng (foto atas, dua dari kanan) berkata;

Penjenamaan semula ini bertujuan membina budaya tunggangan yang diilhamkan daripada budaya jalanan. Kami mahu mewujudkan gaya hidup yang dekat dengan penunggang tempatan dan meraikan kreativiti mereka.”

Sejak 2006, Gracshaw bermula sebagai pengeluar helmet dengan piawaian SIRIM sebelum melonjak menjadi jenama rekabentuk melalui Gracshaw Originals dan edisi terhad pada 2013. Kini, transformasi terbaharu itu membuka lembaran lebih besar.

Tiga Helmet Baharu untuk Generasi Baru

Gracshaw perkenal tiga helmet baharu untuk pasaran Malaysia

i. Gennex II – Helmat Urban untuk SkuterMaksi

Model helmet muka terbuka meneruskan DNA pendahulu dengan rekabentuk matang yang praktikal dan sesuai untuk penunggang skuter maksi atau touring, iaitu Gennex II yang hadir dengan sistem buckle mikrometrik untuk pemakaian yang lebih selamat dan mudah.

ii. Glaive – Pilihan Street Riders yang Mahu Gaya

Gracshaw perkenal tiga helmet baharu untuk pasaran Malaysia

Glaive menampilkan imej lebih agresif untuk penunggang urban dengan rekaan ringan, dan selesa yang sepadan skuter kompak. Model itu boleh dipertingkat dengan pemasangan spoiler ‘ducktail’ belakang untuk gaya dan kestabilan aerodinamik pada kelajuan tinggi.

iii. Gladeon – Helmet Muka Penuh untuk Penunggang Kaki Jelajah

Gracshaw perkenal tiga helmet baharu untuk pasaran Malaysia
Gracshaw perkenal tiga helmet baharu untuk pasaran Malaysia
Gracshaw perkenal tiga helmet baharu untuk pasaran Malaysia

Direka untuk skuter prestasi tinggi, Gladeon hadir bersama KlearAF Anti-Fog Insert yang memastikan visor kekal jelas dalam apa jua kondisi cuaca. Setiap pembelian turut disertakan balaklava Gracshaw dan palam telinga.

Teknologi, Ciri Dinaik Taraf

Gracshaw perkenal tiga helmet baharu untuk pasaran Malaysia
Gracshaw perkenal tiga helmet baharu untuk pasaran Malaysia

Semua helmet baharu Gracshaw direka berasaskan prinsip keselamatan, rekabentuk bergaya dan keselesaan teknologi tinggi, seperti:

  1. Lapisan termaju ContourFit Advanced: Padanan selesa tanpa tekanan
  2. Sistem kaca mata SpecFit: Mesra pengguna berkaca mata
  3. Ventilasi AeroFlow: Aliran udara optimum ambilan ke ekzos (intake-to-exhaust)
  4. Pelapik selesa Aero-G Cool: Fabrik anti-bakteria antibau
  5. Visor kejelasan tinggi KlearView: Perlindungan UV dan silau.
  6. Sistem antikabus KlearAF: Penglihatan kekal jelas dalam cuaca lembap atau hujan

Gracshaw turut memperkenalkan sistem ukuran Fit Check bagi memastikan setiap pembeli mendapatkan saiz paling tepat. Harga runcit disasarkan seperti berikut:

  • Gennex II – RM398
  • Glaive – RM478
  • Gladeon – RM565

Semua model sudah mula dipasarkan bulan ini (Disember 2025).

Konsep Store Pertama, Kolaborasi Baharu

Sebahagian daripada sambutan aniversari, Gracshaw bakal membuka Gedung Konsep pertama yang menawarkan pengalaman mengujakan kepada peminat jenama itu. Pelbagai kolaborasi dengan industri lain turut dirancang, termasuk edisi khas dan rekaan artistik baharu.

Gracshaw komited terus memacu budaya tunggangan tempatan melalui inovasi, gaya dan DNA jalanan yang semakin kukuh.

aksesori GRACSHAW Helmet Gracshaw Malaysia helmet Helmet Gracshaw helmet scooter
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    26/03/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    BUDI95 Kekal RM1.99 Seliter, RON97 dan Diesel Semenanjung Cecah Lebih RM5 Seliter

    26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    25/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ Ambil Tindakan Ke Atas 14,455 Kenderaan Sepanjang Op HRA 2026

    25/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Auto Terkini

    Semua Stesen Minyak di Bangladesh Mungkin Tutup Sepenuhnya

    By Syafie24/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.