Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»GP British Batal: Pelumba Beri Komen, Masing-Masing Nak Berlumba Tetapi Apakan Daya
Auto Terkini

GP British Batal: Pelumba Beri Komen, Masing-Masing Nak Berlumba Tetapi Apakan Daya

AryonBy Aryon28/08/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SAINGAN MotoGP British dalam Kejuaraan MotoGP 2018 hujung minggu lalu dibatalkan akibat hujan lebat yang menyebabkan trek digenangi air. Keputusan tersebut diputuskan pihak Litar Silverstone menerusi Pengarah Urusan, Stuart Pringle selepas mengambil kira aspek keselamatan pelumba.

Berikut kenyataan rasmi yang dipetik daripada beberapa pelumba, termasuk pelumba negara, Hafizh Syahrin berhubung pembatalan perlumbaan tersebut.

BACA >>> Inilah 11 Sebab Kenapa Anda Mesti Layan MotoGP 2018

Hafizh Syahrin:

“Suruhanjaya Keselamatan buat keputusan batalkan perlumbaan kerana ada banyak air atas trek. Aku tak boleh cakap banyak. Kami nak berlumba, tapi tak ada apa yang dapat kami buat. Trek baru ni sangat mengecewakan, jadi aku harap dia orang dapat selesaikan situasi ni. Aku betul-betul nak berlumba dan belajar pasal motor GP dalam kondisi macam ni, tetapi ia sudah diputuskan dan kami kena terima.

“Jadi, tunggu tahun depan, Silverstone! Sekarang kami perlu lihat ke depan untuk perlumbaan seterusnya, cuba untuk improve dan belajar.”

Johann Zarco:

“Perlumbaan dibatalkan selepas kami menunggu lama sepanjang hari sambil mengharapkan hujan berhenti dan kurang air atas trek. Kami biasanya dapat berlumba dalam hujan walaupun hujan sepanjang hari, hujan taklah lebat sangat. Tapi trek baru ni berbeza, depa (pihak Silverstone) buat silap dan ia sangat licin dengan bump (permukaan tidak rata) dan aquaplanning (trek digenangi air). Kemalangan Sabtu sangat pelik dan aku dapat rasa hampir setiap pelumba sudah bersedia dengan had layan corner.

“Kami buat keputusan tak dapat berlumba kerana terlalu banyak air. Sangat mengecewakan kerana kami semua sudah pun sedia. Tapi akhirnya, lebih selamat ambil keputusan macam ni.”

Marc Marquez:

“Hari yang sangat lama, tak macam biasa, dan letih yang kami harapkan takkan berlaku lagi. Suruhanjaya Keselamatan sudah analisis situasi dan aku fikir patut berterima kasih kepada pihak Race Direction, depa faham dan akhir sekali keselamatan setiap orang sentiada jadi pertimbangan utama. Salah seorang pelumba (Tito Rabat) sudah masuk hospital.

“Sepanjang hari aku tengok skrin dan nampak semua peminat di grandstand sabar menanti. Sepatutnya bagus kalau berikan mereka ganjaran, tetapi kadang-kadang kita mesti tetap tenang dan fikir.”

Andrea Dovizioso:

“Sangat mengecewakan tidak dapat berlumba kerana kami sangat kompetitif, terutama dalam hujan. Hujung minggu yang baik bagi kami bertukar kepada situasi tidak dapat diterima dan kini ia perlu difahami tentang apa yang berlaku.

Kita bercakap tentang perkara itu kepada Suruhanjaya Keselamatan untuk perlumbaan seterusnya, kerana menurap trek dan mencari permukaan tidak rata berbanding sebelum ini, termasuk masalah saliran, ia tidak bagus untuk kejuaraan peringkat ini.

2018 MotoGP Andrea Dovizioso Auto Terkini GP British 2018 Hafizh Syahrin Johann Zarco Litar Silverstone Marc Marquez MotoGP MotoGP 2018
Aryon

Artikel Berkaitan

Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
Auto Terkini

Honda Insight Kembali, Jadi EV dan Bukan Hibrid, Gaya Crossover!

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.