Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Goodyear Malaysia Lancar Siri Eagle F1 Baharu
Aksesori

Goodyear Malaysia Lancar Siri Eagle F1 Baharu

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju12/12/2019
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


GOODYEAR Malaysia memperkenalkan tayar prestasi tinggi baharu dalam siri famili Eagle F1 Supersport, terdiri daripada:

  • Super Sport RS
  • Super Sport R
  • Super Sport

Ini termasuk menambah dua tayar baharu, iaitu:

  • Asymmetric 5
  • Asymmetric 3 SUV

Pelancaran tayar edisi baharu itu menyusul selepas Goodyear menaja tiga pasukan lumba, iaitu Jota Sport, Jackie Chan DC Racing dan High Class Racing dalam Kejuaraan Enduran Dunia (WEC), atau lebih dikenali sebagai Le Mans.

Pengarah Urusan Goodyear Malaysia, Alex Ng berkata, Goodyear sudah lama terlibat dengan perlumbaan seperti NASCAR, Le Mans, dan Kejuaraan Kereta Touring British (BTCC).

“Kami akan terus melakukan inovasi untuk membawakan teknologi termaju dan ciri berbeza pada tayar kami. Aspek paling penting, sukan permotoran membolehkan kami menguji keupayaan dan mendesak batasan kami untuk mencapai teknologi cemerlang dan menggunakan pengalaman pembangunan dari trek ke jalan raya,” katanya.

KELEBIHAN EAGLE F1

Tayar siri Goodyear Eagle F1 Supersport dibangunkan untuk cengkaman dan pengendalian lebih baik atas jalan. Menerusi kompaun bentuk-U inovatif, siri tayar ini memiliki ‘zon kuasa’ yang mewujudkan poket kawalan untuk pengendalian superior atas jalan basah dan kering.

Tayar ini juga mempunyai pelindung daripada deformasi atau kecacatan bentuk bunga tayar, sekali gus membantu mengekalkan bentuk, dan menjaga permukaan tayar supaya sentiasa stabil dipandu pada halaju tinggi.

Bagi meningkatkan cengkaman ketika membelok, Goodyear menawarkan paten luaran tertutup untuk prestasi lebih lincah. Ia juga memiliki rekabentuk dinding sisi (sidewall) lebih keras yang membantu menambah baik pengendalian dan kestabilan.

Eagle F1 Asymmetric 5 pula lebih fokus untuk pemanduan dalam kondisi jalan basah dengan menawarkan keselesaan dan pembrekan terbaik. Rekabentuk bunga tayar dan Teknologi Kompaun Kawalan Impuls (ICCT) daripada kompaun silika yang diperhalusi membolehkan tayar ini menangani daya brek halaju tinggi dengan memendekkan jarak membrek.

Kompaun itu, dengan lanjutan Teknologi ActiveBraking (ABT), membolehkan tayar mengembang sedikit ketika membrek untuk menghasilkan lebih cengkaman dengan menggunakan dinding sisi tayar. Tambahan lain, tayar ini bukan hanya dibina untuk pemanduan jalan basah, tetapi juga jalan kering menerusi Teknologi Power Cushion untuk pindahan kuasa tepat.

Eagle F1 Asymmetric 3 SUV direka untuk kereta besar dan kenderaan utiliti sukan (SUV) yang mampu menambah baik penggunaan bahan api dengan rintangan golekan rendah. Tayar ini juga mampu memendekkan jarak membrek dalam sebarang kondisi menerusi inovasi Teknologi ActiveBraking.

Dengan menguatkan cengkaman, tayar ini membantu memudahkan pemandu mengawal dan membrek kenderaan mereka.  Penggunaan kompaun dinamakan Grip Booster meningkatkan kelekatan tayar atas permukaan jalan, sekali gus memberikan keselesaan dan kawalan penuh kepada pemandu ketika memandu dalam kelajuan tinggi.

Majlis pelancaran turut dihadiri bekas pelumba Formula Satu (F1) negara, yang juga Pengarah Axle Motorsport, Alex Yoong.

BACA >>> Tayar Goodyear Assurance DuraPlus 2 dengan Teknologi TredLife yang Lebih Tahan Lama

GALERI
Alex Ng Auto Terkini Good Year GoodYear Jenis tayar jenis tayar kereta Tayar Tayar baharu Tayar Goodyear
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Pemandu Mabuk Rempuh Palang Keselamatan Pintu 2 Istana Negara

24/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Denza Malaysia Rai Ulang Tahun Pertama, Harga D9 Kekal Hingga 2026

24/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Tesla Model Y Long Range RWD Kini di Malaysia, Jarak 661km WLTP, Harga RM216,450

24/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Tesla Model 3 Varian Paling ‘Rahmah’ Kini di Malaysia, Jarak 534km WLTP, Harga RM147,600

23/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
Lepas L8
Roda4

Lepas Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Debut Separuh Pertama 2026

By Syafie23/01/2026
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

By Syafie23/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/20261
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Roda2

Yamaha NMAX 155 ABS 2026 Perkenal Warna Baharu untuk Jepun!

By Abang Hirata20/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.