• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Giliran Ducati Menyinar di GP Austria, Dovizioso dan Miller Raih Podium

Giliran Ducati Menyinar di GP Austria, Dovizioso dan Miller Raih Podium

August 16, 2020 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


GRAND Prix Austria menjadi milik pelumba Ducati, Andrea Dovizioso (Ducati Team) dan  Jack Miller (Pramac Racing) apabila masing-masing menamatkan aksi di litar Red Bull Ring di tempat pertama dan ketiga, manakala pelumba Suzuki Ecstar, Joan Mir meraih tempat kedua.

Mir sebelum itu berentap sengit dengan Miller sebelum melakukan kejutan di selekoh akhir apabila memintas pelumba Australia itu sekali gus menghadiahkan podium pertama buat Suzuki setakat ini.  Aksi pusingan keempat ini juga menyaksikan Franco Morbidelli (Petronas Yamaha) dan Johann Zarco (Reale Avintia) saling berlanggar hingga memaksa red flag dikibarkan.

BACA >>> Hafizh Syahrin Kemalangan di GP Austria!

Kecuali Valentino Rossi (Monster Energy Yamaha) yang menamatkan saingan di kedudukan ke lima di belakang juara GP Czech, Brad Binder (KTM Red Bull Factory), dua lagi pelumba Yamaha, Maverick Vinales dan Fabio Quartararo beraksi hambar apabila masing-masing berada di tempat kelapan dan kesepuluh.

Pengganti Marc Marquez untuk pasukan Repsol Honda, Stefan Bradl sekadar berpuas hati di tempat terakhir, manakala adiknya, Alex di tempat ke-14.

Pelumba lain yang gagal meneruskan saingan ialah Pol Espargaro (Red Bull KTM Factory), Miguel Oliveira (Red Bull KTM Tech3), dan Alex Rins (Suzuki Ecstar)

KEPUTUSAN GP AUSTRIA

  1. Andrea Dovizioso ITA Ducati Team (GP20)
  2. Joan Mir SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR)
  3. Jack Miller AUS Pramac Ducati (GP20)
  4. Brad Binder RSA Red Bull KTM Factory (RC16)
  5. Valentino Rossi ITA Monster Yamaha (YZR-M1)
  6. Takaaki Nakagami JPN LCR Honda (RC213V)
  7. Danilo Petrucci ITA Ducati Team (GP20)
  8. Fabio Quartararo FRA Petronas Yamaha (YZR-M1)
  9. Iker Lecuona SPA Red Bull KTM Tech3 (RC16)
  10. Maverick Viñales SPA Monster Yamaha (YZR-M1)
  11. Aleix Espargaro ITA Factory Aprilia Gresini (RS-GP)
  12. Michele Pirro ITA Ducati Team (GP20)
  13. Bradley Smith GBR Factory Aprilia Gresini (RS-GP)
  14. Alex Marquez SPA Repsol Honda (RC213V)
  15. Cal Crutchlow GBR LCR Honda (RC213V)
  16. Tito Rabat SPA Reale Avintia Ducati (GP19)
  17. Stefan Bradl GER Repsol Honda (RC213V)
  • DNF Alex Rins SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR)
  • DNF Pol Espargaro SPA Red Bull KTM Factory (RC16)
  • DNF Miguel Oliveira POR Red Bull KTM Tech3 (RC16)
  • DNS Franco Morbidelli ITA Petronas Yamaha (YZR-M1)
  • DNF Johann Zarco FRA Reale Avintia Ducati (GP19)

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Andrea Dovizioso, Auto Terkini, GP Austria, Jack Miller, MotoGP, MotoGP 2020, Red Bull Ring

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev