Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#GIIAS2016: Baca 8 Info Travel Ini Supaya Cuti-Cuti Indonesia Anda Tidak Lagi Klise
Autotainment

#GIIAS2016: Baca 8 Info Travel Ini Supaya Cuti-Cuti Indonesia Anda Tidak Lagi Klise

Han OthmanBy Han Othman15/08/20162 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

MEMANG tidak dapat dinafikan Indonesia kini menjadi hab automotif terbesar di ASEAN berdasarkan kekuatan populasi dan keterbukaan pasaran yang ditawarkan republik itu. Jadi, tidak hairanlah Pameran Auto Antarabangsa Indonesia GAIKINDO (GIIAS) di Jakarta diiktirafkan antara pameran permotoran atau auto show terbesar dan paling prestij di rantau ini selain Bangkok, Thailand.

Jika sebelum ini anda cuma menyenaraikan Bali, Bandung dan Medan sebagai destinasi percutian ke Indonesia, apa kata pada masa akan datang anda senaraikan pula GIIAS sebagai destinasi baharu pelancongan ke Tanah Seberang ini?

Kami pasti, pengalaman yang bakal anda peroleh di sini akan membuka mata anda tentang dunia sebenar industri automotif tempatan, antarabangsa dan serantau. Nah, kami sediakan tip-tip pantas tentang bagaimana melancong ke Indonesia untuk menikmati GIIAS!

1. LOKASI DI MANA?

GIIAS 2016 berlangsung di dewan konvensyen Pameran Konvensyen Indonesia (ICE) dekat bandar Bumi Serpong Damai (BSD City) atau singkatannya ICE-BSD City dalam daerah Tangerang yang membentuk sebahagian Jakarta besar. Tangerang pula berada dalam provinsi Banten terletak paling Barat di Pulau Jawa.

Pening? Anggap saja provinsi sebagai negeri. Jadi, Banten seperti Selangor, dan Tangerang ibarat daerah dalam Selangor seperti Petaling. BSD-City pula seperti Petaling Jaya (PJ), iaitu salah satu bandar atau kota dalam Tangerang/Petaling. Dekat PJ itulah terletak sebuah pusat konvensyen yang berlangsung acara GIIAS. Senangkan? 😉

2. APA ITU GIIAS, GAIKINDO?

GIIAS antara salah satu daripada dua pameran permotoran terbesar di Indonesia. Satu lagi ialah Pameran Permotoran Antarabangsa Indonesia (IIMS).

GAIKINDO pula singkatan kepada Gabungan Industri Kenderaan Bermotor Indonesia, yakni sebuah persatuan kenderaan bermotor tanpa orientasi keuntungan di Indonesia yang ditubuhkan pada 1969. Jika di Malaysia, peranan GAIKINDO boleh disamakan seperti Persatuan Automotif Malaysia (MAA), iaitu bertujuan meningkatkan pembangunan industri automotif negara.

3. BAGAIMANA KE JAKARTA?

Tempah saja tiket kapal terbang ke Jakarta. Seperti biasa, harga tiket sentiasa berubah-ubah dalam julat harga sekitar RM3++ hingga RM4++ untuk trip pergi-balik mengikut jenis penerbangan dan tarikh tempahan. Anda akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Sukarno-Hatta (LTSH) di Jakarta atau disebut orang Indonesia sebagai Bandar Udara Internasional Soekarno-Hatta.

Tempoh penerbangan mengambil masa dua jam. Penerbangan yang kami naiki dalam trip kali ini ialah Malaysia Airlines (MAS). Sepanjang perjalanan kami dihidangkan pek kacang, air oren/epal, nasi + kari ayam/asam pedas dan coklat aiskrim. Lumayan lho..

4. BAGAIMANA KE LOKASI GIIAS?

Daripada LTSH, anda boleh naik pengangkutan awam seperti teksi atau bas, termasuk memilih perkhidmatan GrabCar atau Uber jika mahu. Kos tambang lebih kurang Rp50,000 (RM15) jika menaiki bas XTrans ke Serpong. Tambang teksi pula masih murah, iaitu sekitar Rp130,000 (rm40) mengikut tahap kesesakan jalan raya. Bagaimanapun, kami beruntung kerana ada kawan kepada salah seorang rakan media kami datang menjemput. Jadi, kami naik Daihatsu GrandMax secara gratis (percuma)!

5. PENGINAPAN

Hari pertama kami menginap di Hotel Citismart dan jarak ke ICE-BSD City lebih kurang 5km. Kadar menginap hotel dua bintang yang dihuni kami itu ialah Rp378,000 (RM116) per malam untuk jenis bilik Queen. Jika datang berdua, bolehlah bahagi duit belanja hotel, lebih kurang RM58 sahaja.

Hari kedua kami tempah pula Favehotel di Jalan Wahid Hasyim, Jakarta. Kali ini jarak hotel ke ICE-BSD City lebih kurang 30 minit dan harga pula mahal sedikit dengan tambahan kira-kira RM50 per malam. Sengaja kami tukar hotel di Jakarta supaya senang mahu jalan-jalan dan menikmati suasana ibu kota Jakarta. Hah, jangan lupa buat tempahan bilik secara talian menerusi laman web seperti Agoda atau Trivago untuk kadar lebih murah. 😉

6. PENGANGKUTAN

Ada dua jenis teksi di Jakarta yang dapat dikenali menerusi warna biru muda (Blue Bird) dan putih. Teksi Blue Bird nampak lebih eksklusif, tapi pemandunya menggunakan meter tambang dengan betul. Teksi putih pula selalu ‘kecoh’ seperti sesetengah pemandu teksi di Malaysia yang  mengenakan caj tambang ikut sedap mulut.

Sedihnya, hari pertama kami ke GIIAS terpaksa menaiki teksi putih juga sebab kesuntukan masa. Jenis teksi ialah Toyota Vios dan tambang dari hotel ke ICE-BSD City ialah Rp22,000 (RM6.70). Kalau jarak itu di Malaysia lebih kurang RM10. Seperti yang diduga, si drebar teksi putih dengan tidak bersalah minta dibayar tambang Rp30,000 (RM9). Terus kami tanya, “Bukan meter Rp22,000 ya?” Balas drebar, “Boleh saja. Terpulanglah.”

Sudahnya, kami bayar Rp24,000 tanpa rasa bersalah juga. Lebih Rp2,000 tu anggap saja sebagai tip. 60 sen je pun. Hahaha! 😛

7. MAKANAN

Tiada transaksi tunai di GIIAS 2016. Anda perlu beli kad e-Money, seperti kad Touch N Go (TnG) dan perlu isi (top-up) kredit. Harga kad ialah Rp20,000 (RM6) dengan sifar kredit, manakala isian minimum ialah serendah Rp1,000 (30 sen).

Sama seperti kad TnG, kad e-Money boleh di-top-up di banyak premis perniagaan seperti kedai serbaneka, mesin tunai automatik (ATM) dan trak bergerak yang memang ada di lokasi acara. Anda mesti beli kad ini kalau tak mahu kebuluran sepanjang acara berlangsung. Malah, mesin air juga menggunakan kad ini.

Kad e-Money juga boleh digunakan untuk naik pengangkutan awam, beli barang serbaneka, akses tempat pelancongan lain-lain. Malah, medan selera seperti di tempat pelancongan, Monumen Nasional (Monas) menggunakan sistem e-Money sepenuhnya.

8. JALAN-JALAN

Kalau sudah puas menjamu mata menyaksikan aneka kenderaan sepanjang GIIAS 2016, jangan lupa luangkan sedikit masa berjalan-jalan ke ibu kota Jakarta. Ada banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi dan antara yang sempat kami pergi ialah Menara Monas yang menjad ikon bandar raya itu dan Kota Tua Jakarta atau Old Batavia yang penuh bersejarah, serta tidak lupa menghabiskan duit di Tanah Abang dan Thamrin City. Semestinya batik menjadi ole-ole paling hip dibawa balik. Takkanlah asyik beli keychain atau fridge magnet ye dak? 😀


GALERI

 

apakah Gaikindo autotainment bagaimana ke GIIAS bercuti ke Jakarta GIIAS 2016 Jakarta Pameran Permotoran Antarabangsa Indonesia Gaikindo
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Lepas L8
Autotainment

#TahukahAnda: Bagaimanakah Cara Sebut ‘Lepas’ yang Betul?

25/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

19/01/2026
Wanita menyamar pramugari beli tiket Batik Air
Auto Terkini

Beli Tiket Menyamar Jadi Pramugari Batik Air, Tapi ‘Kantoi’ Juga Akhirnya…

09/01/2026
Senarai 20 kereta paling berkuasa 2025
Autotainment

#TahukahAnda: Inilah 20 Kereta Paling Berkuasa 2025

06/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
Auto Terkini

JPJ Henti Keluar Slip LKM (Road Tax) Bercetak Kenderaan Persendirian 1 Februari Ini

By Syafie26/01/2026
Jamil Manan Supri | Pengasas dan Penasihat Keselamatan Jalan Raya serta Sukan Permotoran, Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR),
Auto Terkini

Pakar: ‘Lane Hogger’ Punca Jalan Sesak, Boleh Kena Denda RM2,000

By Syafie26/01/20261
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

By Syafie23/01/2026
Lepas L8
Roda4

Lepas Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Debut Separuh Pertama 2026

By Syafie23/01/2026
Yamaha NMAX ABS 2026 | Malaysia
Roda2

Yamaha NMAX ABS 2026 Tampil Dua Warna Baharu, Harga Kekal RM11,498

By Syafie26/01/2026
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
MOT perkenal geran untuk menggantikan kereta lama lebih 20 tahun
Auto Terkini

MOT Lancar Geran Ganti Kereta Lama dengan Baharu, Peruntukan RM10 Juta!

By Syafie27/01/2026
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.