Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Geely Holding Masuk Senarai Ranking Fortune Global 500, di Tempat ke-267
Auto Terkini

Geely Holding Masuk Senarai Ranking Fortune Global 500, di Tempat ke-267

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju26/07/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SYARIKAT teknologi automotif terbesar China, Geely Holding Group (Geely Holding) melonjak naik 76 tanga ke kedudukan 267 dalam Fortune Global 500 (2018) berikutan perolehan pendapatan tahun lalu mencecah AS$41.1 bilion (RM166 bilion).

Kedudukan tersebut ialah tahun ketujuh berturut-turut Geely tersenarai dalam Fortune Global 500.

Berikut ialah ringkasan perkembangan Geely Holding tahun lalu:

1. Geely Holding merekodkan jualan kukuh 2017 bagi anak syarikat teras miliknya: Geely Auto China dan Volvo Cars. Geely Auto menjual lebih 1.24 juta kenderaan pada 2017, 63 peratus meningkat tahun ke tahun, manakala jualan Volvo naik 7 peratus kepada 571,577 kenderaan.

2. Pada separuh pertama 2018, dalam tempoh 6 bulan hingga 30 Jun, jualan Geely Auto mencapai 766,630 kenderaan, meningkat 45 peratus tahun ke tahun. Volvo Cars menyaksikan pertumbuhan ketara daripada model XC40, manakala jualan XC60 dan XC90 mencapai 317,639 kenderaan, meningkat 14.4 peratus tahun ke tahun.

3. Jualan di China, iaitu pasaran tunggal terbesar Volvo, mencatakan peningkatan 18.4 peratus kepada 61,480 unit kenderaan. Tahun ini Volvo menerima beberapa anugerah berprestij, termasuk Kereta Baharu Eropah Terbaik (XC40), dan Kereta Terbaik Dunia (XC60), manakala Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Volvo Cars, Håkan Samuelsson dinamakan Inidividu Permotoran Terbaik 2018, pilihan Juri Kereta Sedunia.

4. Antara operasi Geely Holding lain, jenama baharu Lynk & Co., yang diperkenalkan untuk generasi pengguna baharu di bandar, mencatatkan perolehan kukuh sejak dilancarkan Disember tahun lalu dengan rekod jualan pertama setengah tahun mencapai 46,252 unit. Lynk & Co dibina berasaskan Arkitektur Modular Kompak (CMA) yang dibangunkan bersama Volvo Cars dan Geely Auto.

5. Tahun lalu, Geely Holding meluaskan kehadiran global jenama itu menerusi beberapa pengambilalihan signifikan seperti syarikat kereta terbang Amerika Syarikat, Terrafugia, membeli  51 peratus kepentingan Lotus dan 49.9 peratus (Proton).

6. Geely juga membuat pelaburan strategik di Saxo Bank of Denmark, AB Volvo (kenderaan komersil Sweden) dan menjadi pemegang saham terbesar Daimler AG (konglomerat automotif Jerman). Pertumbuhan Geely Holding dalam mobiliti pintar juga mendapat tarikan tahun lalu dengan perkembangan pesat CAOCAO, iaitu platform tenaga baharu ride-hailing.

7. Sepanjang tahun lalu, Geely Holding meningkatkan kehadiran jenama itu dalam sistem tenaga dan teknologi baru. LEVC, iaitu anak syarikat teksi dan kenderaan komersial melancarkan teksi elektrik berkelajuan tinggi, E-City TX. Volvo Cars turut mengumumkan komitmen melancarkan kenderaan elektrik penuh bermula 2019.

Auto Terkini Geely Holding Geely Holding Group (Geely Holding) Lotus Proton Volvo
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

JAECOO J5 lancar di Malaysia
Roda4

JAECOO J5 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM102,000!

05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

05/03/2026
LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

Projek LRT3 Lewat Siap, Kontraktor Berdepan Denda LAD RM474.8 Juta

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
Anthony Loke-Siew Fook | Tonto
Auto Terkini

MOT Sokong SPRM Tahan Penguat Kuasa Terlibat Kartel Tonto

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.