Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Geely Galaxy Cruiser Bawa Gaya 4×4! Bakal Jadi Model Produksi?
Auto Terkini

Geely Galaxy Cruiser Bawa Gaya 4×4! Bakal Jadi Model Produksi?

Abang HirataBy Abang Hirata03/05/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PENGELUAR China sekarang ini sedang menumpukan perhatian kepada segmen 4×4 gayaan klasik dan ada yang sudah pun dibawa masuk ke pasaran tempatan.

Tidak mahu ketinggalan, Geely turut serta dan memperkenalkan Galaxy Cruiser. SUV lasak ini bukti komitmen Geely dalam menggabungkan estetik Timur dengan teknologi canggih dan menetapkan piawaian baru dalam industri automotif.

Dilengkapi teknologi canggih dan pacuan semua roda untuk cabaran ekstrem, satu lagi trend dari pengeluar China turut disertakan iaitu crab walk. Ya, Galaxy Cruiser juga boleh melakukannya. Malah, Cruiser juga boleh terapung!

SUV ini dibangunkan di bawah subjenama Geely Galaxy yang memfokus kepada kenderaan tenaga baharu (NEV) dan penggunaan teknologi canggih, termasuk kecerdasan buatan (AI), elektrifikasi dan komunikasi satelit.

Reka bentuk Galaxy Cruiser merupakan satu penyatuan mahir di antara elemen tradisional China dan inovasi futuristik.

Lampu hadapan direka menyerupai bentuk sfera armilari, iaitu alat astronomi purba yang digunakan untuk memetakan pergerakan bintang.

Lampu belakang menampilkan corak dinamik seperti orbit satelit moden yang diinspirasikan daripada sistem angkasa lepas negara China.

Panel kawalan off-road pula mengambil inspirasi daripada stereng kapal layar, memberikan sentuhan elegan berunsur nautika.

Geely tidak memperincikan rangkaian kuasa kecuali penggunaan teknologi Full-domain AI.

Sistem berpandukan AI ini mampu bertukar secara pintar antara mod elektrik sepenuhnya, hibrid dan jarak lanjutan untuk pelbagai jenis permukaan dan gaya pemanduan.

Fungsi pacuan semua roda pintar boleh berubah secara automatik antara pacuan hadapan, belakang atau AWD mengikut keperluan.

Berdasarkan gambaran ini selamat untuk dikatakan Cruiser dikuasakan nadi hibrid plug-in (PHEV).

Geely turut mengetengahkan lima prinsip keselamatan utama untuk Galaxy Cruiser:

  • Tiada kehilangan kawalan
  • Tiada kebakaran spontan
  • Tiada kehilangan rangkaian
  • Tiada perlanggaran
  • Tiada risiko tenggelam

Lagi teknologi canggih:

  1. Casis Digital AI – Menyokong fungsi seperti crab walk, pusingan statik, pemanduan walaupun tayar pancit, serta aksi drift autonomi. Galaxy Cruiser juga mencatat rekod ujian elak moose pada kelajuan 80 km/j.
  2. Bateri Golden Short Blade – Menggunakan salutan kalis peluru dan bahan perlindungan yang tahan ubah bentuk, kebakaran dan letupan.
  3. Rangkaian Satelit – Komunikasi global disokong oleh satelit Geely, termasuk di kawasan terpencil. Tambahan satelit baharu dijangka dilancarkan tahun ini.
  4. Keupayaan Meredah Air – Dilengkapi radar dan sonar khas, membolehkan kenderaan memandu dalam air dengan kelajuan lebih 8.5 km/j, meredah kedalaman hingga 800mm dan terapung selama dua jam jika perlu.
  5. Teknologi Elak Halangan G-AES – Menggunakan penderiaan jauh satelit dan dron untuk mengenal pasti dan mengelak halangan secara automatik semasa pemanduan off-road.

Berbekalkan rekabentuk dan ciri-ciri Cruiser seperti sudah siap, adakah Galaxy Cruiser bakal menemui pasaran?

Galaxy Cruiser Geely Geely Galaxy Geely Galaxy Cruiser
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Aprilia RS 660, RS 457 Kuasai Pasaran Itali, Pegang Lebih 21% Segmen Sport Bike

    23/03/2026
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Pikap Comel Toyota Pixis Truck 2026 Jepun Dengan Keselamatan Pintar, Serendah RM28 ribu!

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

    19/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    By Shazwan Hisam17/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tol
    Auto Terkini

    Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri 2026!

    By Shazwan Hisam18/03/2026
    WMoto NX150S 2026
    Roda2

    Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

    By Shazwan Hisam16/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.