Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Geely Auto Untung Besar Penggal Pertama 2025, Raih RM88.5b!
Auto Terkini

Geely Auto Untung Besar Penggal Pertama 2025, Raih RM88.5b!

Abang HirataBy Abang Hirata20/08/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Jualan Geely Auto

GEELY Automobile Holdings Ltd mengumumkan prestasi kewangan kukuh untuk penggal pertama (H1) 2025. Pengeluar automotif itu, yang juga pemegang saham majoriti dalam tiga jenama utama: Geely Auto, Lynk & Co, dan Zeekr mencatatkan hasil mengagumkan:

  • Hasil 150.3 bilion yuan (RM88.5 bilion), melonjak 27 peratus berbanding tahun terdahulu
  • Keuntungan bersih boleh diagih kepada pemegang saham 9.29 bilion yuan (RM5.5 bilion)
  • Keuntungan boleh diagih kepada pemegang saham selepas ditolak item bukan berulang 6.66 bilion yuan (RM 3.92 bilion), peningkatan mendadak 102 peratus berbanding tahun terdahulu
  • Tunai bersih syarikat mengukuh kepada 58.8 bilion yuan (RM34.6 bilion)
  • Jumlah keuntungan kasar meningkat kepada 24.7 bilion yuan (RM14.5 bilion)
  • Margin keuntungan kasar 16.4 peratus

Peningkatan skala operasi dan pengoptimuman produk menyumbang kepada keputusan kewangan positif itu.

Transformasi Pintar, Elektrifikasi Pacu Pertumbuhan

Barisan model Geely

Pada H1 2025, Geely Auto mengukuhkan komitmen untuk beralih ke arah jenama kenderaan pintar dan elektrik. Syarikat  mencatatkan jualan mengagumkan:

  • Jualan keseluruhan kenderaan 1.409 juta unit, meningkat 47 peratus berbanding tahun terdahulu
  • Penguasaan pasaran di China melebihi 10 peratus buat kali pertama
  • Jualan kenderaan elektrik dan tenaga baharu (NEV) melebihi 725,000 unit, menunjukkan pertumbuhan luar biasa sebanyak 126 peratus berbanding tahun terdahulu

Strategi One Geely Perkukuh Sinergi

Dalam tempoh enam bulan pertama 2025, Geely Auto menyelesaikan penggabungan Zeekr dan Lynk & Co. Langkah itu menghasilkan sinergi lebih besar antara kedua-dua jenama, dengan mencatatkan rekod jualan dalam segmen pasaran lebih tinggi, dan mengurangkan kos penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengeluaran, serta operasi.

Pada Julai lalu, Geely Auto dan Zeekr memeterai perjanjian penggabungan untuk mengukuhkan lagi kerjasama dalam pembangunan teknologi, rantaian bekalan, pembuatan, pemasaran, perkhidmatan selepas jualan, dan peluasan global. Penggabungan itu dijangka meningkatkan daya saing produk syarikat dalam segmen pasaran arus perdana, mewah, dan premium.

Terajui Elektrifikasi Pintar

Geely Auto mengekalkan kepimpinan dalam industri melalui inovasi berterusan dalam ekosistem kecerdasan buatan (AI) komprehensif dan peningkatan daya saing produk.

Ibu pejabat Geely di Abu Dhabi
Geely UAE
Logo Geely Auto

Pada 2025, Geely melancarkan pelbagai model popular merentasi segmen pasaran, dengan model NEV mencatat kejayaan:

  • Jualan gabungan kenderaan elektrik (EV) dan NEV melebihi 725,000 unit pada 1H 2025
  • Kadar penembusan NEV 51.5 peratus
  • Jualan siri Geely Yinhe melebihi 548,000 unit, meningkat 232 peratus berbanding tahun terdahulu
  • Jualan kumulatif model siri Geely Yinhe sejak pelancaran tahun lalu mencapai 1.2 juta unit hingga akhir Julai lalu.

Zeekr dan Lynk & Co bergabung

Selain kejayaan dalam segmen pasaran arus perdana, Geely Auto turut menunjukkan prestasi cemerlang dalam segmen pasaran mewah dan premium melalui Lynk & Co dan Zeekr:

Zeekr

  • Jualan 90,740 unit pada H1 2025
  • Mencatat rekod sebagai jenama NEV terpantas mencapai jualan 500,000 unit EV sejak pelancaran jenama.

Lynk & Co

  • Mencatatkan jualan 154,137 unit dalam H1 2025
  • Jualan kumulatif melebihi 1.5 juta unit sejak dilancarkan

Peluasan Jualan di Luar Negara

Eksport Geely

Pada H1 2025, Geely Auto secara konsisten memperluas kehadiran di pasaran antarabangsa:

  • Jualan eksport melebihi 180,000 unit
  • Pengedar dan pusat jualan Geely Auto merangkumi lebih 80 negara dan wilayah
  • Model Geely EX5 dilancarkan di 26 pasaran, menjadikannya produk bintang seluruh dunia
  • Pemasangan luar negara dimulakan di Mesir dan pengeluaran percubaan sudah bermula di Indonesia
Logo Zeekr
Logo Lynk & Co

Zeekr dan Lynk & Co turut menunjukkan prestasi mengagumkan di pasaran global:

Zeekr

  • Kini mempunyai lebih 70 premis di lebih 40 negara dan wilayah
  • Menduduki carta jualan teratas di Hong Kong dan menjadi peneraju pasaran EV di Kazakhstan

Lynk & Co

  • Mempunyai tujuh Co-Clubs (pusat sehenti) dan 58 pengedar di Eropah
  • Menghantar lebih 92,000 unit ke luar negara, dan memasuki pasaran baharu seperti Republik Dominica dan Laos

Prospek Penggal Kedua 2025

Geely Auto turut meningkatkan sasaran jualan:

  • Sasaran jualan tahunan dinaikkan kepada 3 juta unit
  • Ada enam lagi model NEV berelektrifikasi bakal dilancarkan beberapa bulan akan datang
Auto Terkini Geely Geely Auto Geely Automobile Holdings Ltd Keuntungan Geely Auto H1 2025 Lynk & Co Zeekr
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lotus Eletre X Guna Teknologi Hibrid, 952 ps/935Nm, 0 – 100 km/j 3.3 Saat!

07/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Auto Terkini

JPJ Negeri Sembilan Buka Bidaan Nombor Plat Siri ‘NEK’ Bermula 9 Mac

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.