Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
Auto Terkini

GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!

SyafieBy Syafie12/08/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Remy Ishak jadi duta GAC Malaysia

GAC Malaysia terus mengukuhkan strategi pemasaran jenama dengan melantik aktor dan artis tanah air, Datuk Remy Ishak sebagai Duta Jenama terbaharu.

Remy akan berganding dengan Jack Lim, yang dilantik sejak 2024 di bawah inisiatif ONE GAC untuk mewakili gabungan gaya premium dan kebolehpercayaan harian yang menjadi teras jenama tersebut.

Remy Ishak: Karisma, Profesionalisme untuk GAC Malaysia

Remy Ishak dan Jack Lim (kiri)

Pengumuman rasmi dibuat pada acara GAC & AION Showcase di 1Utama Shopping Centre, ketika GAC Malaysia sedang giat membina reputasi menerusi kehadiran model kenderaan utilisi sukan (SUV) segmen-C pemasangan tempatan (CKD) , GAC Emkoo dan kenderaan pelbagai guna (MPV) versi import sepenuhnya (CBU), GAC M8 PHEV.

Remy (foto atas kanan) mula dikenali menerusi drama fenomena Nur Kasih yang sejak itu menjadi aktor popular di Malaysia yang terkenal dengan personaliti bersahaja, profesionalisme dan hubungan rapat dengan peminat.

Sepanjang kerjaya, beliau pernah mewakili pelbagai jenama besar dan kini membawa pengaruh dalam dunia automotif bersama GAC Malaysia.

Saya sangat teruja menyertai jenama yang bukan saja seiring dengan gaya hidup dan aspirasi pemanduan saya, tetapi juga berani menonjol dengan rekabentuk berani dan teknologi canggih. Saya yakin perjalanan ini akan menjadi pengalaman hebat,” kata Remy.

Jack Lim Kekal sebagai Wajah Awal GAC di Malaysia

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Warisan TC Holdings Bhd, Tan Keng Meng, memuji sumbangan Jack Lim sejak pelantikan. Jack bukan saja membantu mempromosi dan menjual GAC GS3 Emzoom melalui rangkaian beliau, tetapi pernah ke GAC China untuk melihat sendiri kekuatan inovasi teknologi pengeluar itu.

Jack sudah menjadi penyokong setia GAC sejak awal, dan kini dengan kehadiran Remy, kita membawa dua personaliti berpengaruh yang mencerminkan nilai GAC, rekabentuk berani, inovasi, dan hubungan erat dengan pelanggan,” kata Keng Meng.

Pelancaran Awal GAC Emkoo dan M8 PHEV

Acara ini turut menumpukan kempen prajualan dua model utama GAC:

GAC Emkoo (CKD)

GAC Emkoo
GAC Emkoo
  • Dijana enjin 1.5TGDI dengan transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan
  • Menampilkan rekabentuk futuristik, dengan ruang dalaman luas dan kapasiti but terbaik dalam kelas
  • Harga anggaran:
    • Premium bermula RM120,000
    • Premium Pro bermula RM130,000
  • Waranti:
    • Kenderaan 5 tahun, atau 150,000km
    • Enjin dan trenkuasa 7 tahun, atau 180,000km

GAC M8 PHEV (CBU)

GAC M8 PHEV
GAC M8 PHEV
  • Dijana enjin 2.0L Turbo dengan transmisi hibrid 2-tahap
  • Gabungan jarak pemanduan terbaik dalam kelas 1,038km
  • Harga anggaran:
    • Premium bermula RM333,000
    • Luxury bermula RM380,000
  • Waranti:
    • Kenderaan 5 tahun atau 150,000km
    • Bateri 8 tahun atau 150,000km

Penyerahan Simbolik, Pratempahan Dibuka

Pada acara itu, Keng Meng turut menyerahkan kunci simbolik GAC Emkoo kepada Remy dan Jack sebagai tanda penghargaan. Kedua-dua personaliti itu akan menjadi antara pemilik terawal model tersebut di Malaysia yang penghantaran pertama dijangka bermula hujung September 2025 atau lebih awal.

Pratempahan sudah dibuka di semua pengedar sah GAC Malaysia. Maklumat lanjut boleh layari www.gacmotor.com.my atau ikuti media sosial rasmi GAC Motor Malaysia untuk info acara jelajah, pameran bilik pameran, pandu uji dan tempahan.

GAC Malaysia bukan pratempahan GAC Emkoo dan GAC M8 PHEV
GAC Malaysia bukan pratempahan GAC Emkoo dan GAC M8 PHEV
GAC Malaysia bukan pratempahan GAC Emkoo dan GAC M8 PHEV
GAC Malaysia bukan pratempahan GAC Emkoo dan GAC M8 PHEV
GAC Malaysia bukan pratempahan GAC Emkoo dan GAC M8 PHEV
Remy Ishak dan Jack Lim (kiri)
Remy Ishak dan Jack Lim (kiri)
GAC Emkoo
GAC Emkoo
GAC M8 PHEV
GAC M8 PHEV
GAC Emkoo
GAC Emkoo
GAC Emkoo
GAC Emkoo
Auto Terkini GAC Emkoo GAC M8 PHEV GAC Malaysia Jack Lim Remy Ishak Warisan TC Holdings Bhd
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Super-N Diperkenal, Hanya GBP20k (RM106k)!

    10/04/2026
    Auto Terkini

    Denza Z9GT: Shooting-Brake China Kini Di Eropah, Fungsi Crab-Walk, EV dan Hibrid

    10/04/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Mekanisme MyKad, MyKasih untuk Subsidi Diesel

    10/04/2026
    Kerajaan cadang letak polis di stesen minyak sempadan
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Letak Polis di Stesen Minyak Sempadan

    09/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty โ€“ 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.