Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»GAC GS3 EMZOOM 2024 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM118,900
Roda4

GAC GS3 EMZOOM 2024 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM118,900

SyafieBy Syafie19/04/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SUBSIDIARI penuh Warisan TC Holdings Bhd, WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA) hari ini melancarkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) subkompak, GAC GS3 EMZOOM untuk pasaran Malaysia dalam dua varian pada harga seperti berikut:

  • Exclusive – RM118,900
  • Premium R – RM128,900

Apa Menarik SUV Ini?

  • Ada empat pilihan warna edisi terhad: Ivory White (putih), Super Star Silver (perak), Salt Lake Blue (biru), dan Graphene Grey (kelabu).
  • Hadir dalam tona kabin Blue Black (biru hitam)
  • Dijana trenkuasa petrol 4-silinder 1.5L pengecasturbo dengan output kuasa 175hp (177ps) @ 5,500rpm dan tork 270Nm @ 1,400rpm.
  • Transmisi automatik dual-klac (DCT) 7-kelajuan dalam pacuan roda depan (FWD).
  • Penggunaan bahan api 5.9 liter per 100km.

Spesifikasi Luaran

  • Rekabentuk kali ini lebih bersegi dan tajam yang dapat dilihat pada rekaan gril krom bilah vertikal, cermin sisi, bentuk badan sisi, depan dan belakang, termasuk bonet dan bampar.
  • Lampu kini LED sepenuhnya untuk lampu utama, belakang dan signal belok.
  • Dibina berasaskan platform GPMA dengan dimensi panjang 4,410mm (lebih panjang 52mm daripada model terdahulu), lebar 1,850mm (lebih lebar 25mm) dan jarak roda 2,650mm (lebih panjang 90mm).
  • Rim aloi 18 inci dengan rekaan lebih menarik dan dibalut tayar bersaiz 225/55 R18.
  • Dual-ekzos yang berfungsi sepenuhnya (bukan sekadar kosmetik).

Spesifikasi Dalaman

  • Papan pemuka disepadukan bersama unit infotainment dalam satu panel horizontal dengan kluster intrumen digital penuh.
  • Stereng jenis bawah rata.
  • Tombol gear kristal dengan sudut konsol butang kawalan penyaman udara, termasuk corong penyaman udara dan skrin unit infotainment sedikit miring ke arah pemandu untuk akses lebih mudah ketika memandu.
  • Ada perehat lengan di depan (dengan storan simpanan) dan belakang (depan pemegang cawan).
  • Ada bumbung bulan (moonroof).
  • Pengecas wayarles.
  • Konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto.

Ciri Keselamatan

  • Amaran Perlanggaran Depan (FCW)
  • Brek Kecemasan Automatik (AEB)
  • Bantuan Simpang (Junction Assist) dengan Amaran Keluar Lorong (LDW)
  • Sistem Kawalan Kelajuan Kenderaan (ACC)
  • Bantuan Jelajah Bersepadu (Integrated Cruise Assist, ICA)
  • Pengecaman Tanda Trafik (Traffic Sign Recognition, TSR)
  • Bantuan Trafik Sesak (Traffic Jam Assist, TJA)
  • Bantuan Lampu Suluh Tinggi (High Beam Assist, HBA)
  • Bantuan Kekal Lorong (LKA)
  • Kawalan Had Kelajuan Pintar (Intelligent Speed Limit Control, ISLC )
  • Kamera pandang keliling 360º
  • Keluli kekuatan tinggi 58.9 peratus (badan kenderaan)/keluli terbentuk panas (hot-formed steel) 17 peratus (tempat duduk penumpang)

Kelebihan Jadi 2,000 Pemilik Terawal

  • Waranti pengilang lima tahun
  • Servis PERCUMA setahun servis untuk tiga bahagian utama kenderaan
  • Waranti trenkuasa tujuh tahun
  • Dapat jam pintar GAC Smart Key bernilai RM1,388
Auto Terkini GAC GS3 EMZOOM 2024 Roda4 SUV segmen-B SUV subkompak Warisan TC Holdings Bhd WTC Automotif (M) Sdn Bhd
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Super-N Diperkenal, Hanya GBP20k (RM106k)!

    10/04/2026
    Auto Terkini

    Denza Z9GT: Shooting-Brake China Kini Di Eropah, Fungsi Crab-Walk, EV dan Hibrid

    10/04/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Mekanisme MyKad, MyKasih untuk Subsidi Diesel

    10/04/2026
    Pemandu e-hailing dan pengendali bot berdaftar dapat tambahan subsidi BUDI95 15 Oktober 2025
    Auto Terkini

    MOT: e-Hailing Digalak Peluas ‘Carpool’ Bagi Kurangkan Kos Petrol

    10/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.