Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kenderaan Elektrik (EV)»Frauscher x Porsche 790 Spectre – Bot Guna Trenkuasa Porsche Macan!
Kenderaan Elektrik (EV)

Frauscher x Porsche 790 Spectre – Bot Guna Trenkuasa Porsche Macan!

Abang HirataBy Abang Hirata26/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Frauscher x Porsche 790 Spectre

PORSCHE dan syarikat pembuat bot dari Austria, Frauscher Boats memperkenalkan Frauscher x Porsche 790 Spectre di pameran sukan air dan bot Boot Düsseldorf 2026, Jerman.

Menariknya, bot sport itu dibangunkan sepenuhnya berdasarkan sistem trenkuasa elektrik Porsche Macan. Tidak hanya bot, debut tersebut turut dibuat bersama model konsep Porsche Macan Turbo Concept Lago.

Frauscher x Porsche 790 Spectre
Frauscher x Porsche 790 Spectre

Kenderaan utiliti sukan (SUV) itu sudah diubah suai Porsche Exclusive Manufaktur untuk menyerlahkan persamaan rekabentuk antara bot dan kereta tersebut menerusi perincian luaran dan dalaman.

Selain itu, model Porsche Cayenne Electric juga tampil buat kali pertama di pasaran Jerman pada acara sama.

Frauscher x Porsche 790 Spectre

Logo Frauscher

Frauscher x Porsche 790 Spectre dibina khas untuk memuatkan sistem pacuan elektrik prestasi tinggi Porsche.

Rekabentuk bot itu dirancang sepenuhnya bagi mengintegrasikan bateri voltan tinggi, motor gandar belakang, dan elektronik kawalan daripada Macan Turbo elektrik. Hasilnya ialah sebuah bot sport yang ringan, lincah dan cekap.

Ciri Utama Frauscher x Porsche 790 Spectre

Frauscher x Porsche 790 Spectre
Frauscher x Porsche 790 Spectre
  • Panjang keseluruhan mencecah 7,970mm
  • Rekabentuk badan bot baharu lebih ringan, pendek dan langsing berbanding model sebelum ini
  • Butang penghidup diletakkan sebelah kiri stereng mengikut tradisi Porsche
  • Stereng kulit sintetik asli Porsche dengan lambang rasmi jenama
  • Lima kluster instrumen bulat pada panel kawalan dengan grafik tradisional Zuffenhausen
  • Bangku belakang dengan corak jahitan vertikal berilhamkan kerusi kereta sport

Trenkuasa, Prestasi

Sistem pacuan elektrik yang digunakan dalam bot dan SUV itu menggunakan teknologi bateri dan motor elektrik termaju Porsche yang direka khas untuk mobiliti elektrik.

Modul pacuan merangkumi bateri voltan tinggi, motor gandar belakang dan elektronik kawalan daripada Macan Turbo elektrik. Modul pacuan, termasuk bateri 100kWj dan motor PSM 400kW (544hp), kekal dan sebahagian besar tidak berubah.

Rekabentuk Luaran, Konsep Peribadi

Frauscher x Porsche 790 Spectre
Frauscher x Porsche 790 Spectre

Ciri personalisasi atau tempahan khas menjadi teras utama kerjasama tersebut. Kedua-dua bot dan SUV disiapkan dalam warna cat eksklusif Darkteal Metallic yang diambil daripada program Paint to Sample Porsche.

Pelanggan bot 790 Spectre juga boleh memilih warna khas lain yang akan diaplikasikan di limbungan bot melalui proses kemasan 11 lapisan.

Perincian Luaran

Frauscher x Porsche 790 Spectre
Frauscher x Porsche 790 Spectre
  • Warna Darkteal Metallic yang seragam untuk bot dan SUV
  • Panel sisi pada Macan Turbo Concept Lago dicat mengikut warna badan dan disertakan tulisan Frauscher x Porsche
  • Panel sisi pada bot pameran menggunakan kemasan hitam kilat dengan tulisan electric.
  • Kunci kereta dan bot ditempah khas dengan warna Darkteal Metallic.
  • Ruang dalaman dengan sentuhan elemen maritim

Ruang kabin bot Frauscher 790 Spectre membawakan banyak elemen daripada kereta sport Porsche.

Sebaliknya, pengaruh bot 790 Spectre turut diterapkan ke dalam Macan Turbo Concept Lago melalui program Sonderwunsch bagi membangkitkan suasana dek kapal mewah.

Ciri Eksklusif Macan Turbo Concept Lago

Frauscher x Porsche 790 Spectre
Frauscher x Porsche 790 Spectre
  • Ruang kargo depan dan belakang dilapisi kayu asli gaya kapal layar
  • Trim pintu dan alas kaki menggunakan bahan kayu asli kualiti tinggi
Frauscher x Porsche 790 Spectre
Frauscher x Porsche 790 Spectre
  • Kompas dipasang pada sudut tertinggi kokpit bagi menggantikan jam Sport Chrono
  • Bahagian tengah kerusi menggunakan fabrik gred maritim
  • Bahagian sisi kerusi dan corong penyaman udara dibalut kulit warna Crayon
  • Jahitan kontras warna Night Green hasil sentuhan Porsche Exclusive Manufaktur

Ketersediaan Pasaran

Frauscher x Porsche 790 Spectre kini sudah sedia untuk ditempah, tetapi Macan Turbo Concept Lago buat masa ini hanya kajian rekabentuk.

Selain itu, pelanggan juga sudah boleh mula menempah dan melakukan modifikasi peribadi untuk model Cayenne Electric.

Sebagai SUV elektrik kedua, Porsche Cayenne Electric ialah kenderaan penarik ideal untuk treler bot dengan kapasiti tunda tinggi.

Frauscher x Porsche 790 Spectre
Frauscher x Porsche 790 Spectre
Frauscher x Porsche 790 Spectre
Frauscher x Porsche 790 Spectre
Frauscher x Porsche 790 Spectre
Frauscher x Porsche 790 Spectre
Frauscher x Porsche 790 Spectre
Frauscher x Porsche 790 Spectre
Frauscher x Porsche 790 Spectre
Frauscher x Porsche 790 Spectre
Frauscher x Porsche 790 Spectre
Frauscher x Porsche 790 Spectre
Frauscher x Porsche 790 Spectre
Frauscher x Porsche 790 Spectre
Frauscher x Porsche 790 Spectre
Frauscher Boats Macan Turbo Porsche Porsche Macan Porsche Macan Turbo Porsche Macan Turbo Concept Lago
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Roda4

Protected: Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

11/03/2026
Auto Terkini

Mercedes-Benz VLE Elektrik, Jarak Lebih 700 km, Kerusi Boleh Keluar

11/03/2026
Zeekr 7X lancar di Menara KL
Auto Terkini

Syarikat EV China Rancang Pemasangan Tempatan (CKD) di Malaysia

11/03/2026
Roda4

Volkswagen Tayang Bayangan Golf Generasi Kesembilan

11/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.