• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Foto Suzuki Gixxer 250 Bocor Menjelang Pelancaran di India

Foto Suzuki Gixxer 250 Bocor Menjelang Pelancaran di India

June 13, 2019 By Aryon Leave a Comment

532
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


IMEJ Suzuki Gixxer 250 bocor menjelang pelancaran di India dalam masa terdekat ini selepas tercetus spekulasi mengenai rekabentuk sportbike itu.

Imej bocor tersebut menunjukkan Gixxer 250 meminjam beberapa elemen rekabentuk daripada Gixxer 150. Elemen paling ketara ialah garis pada tangki minyak  dan penutup tangki berotot yang memberikan penampilan agresif. Sportbike ini juga nampak slik menerusi rekabentuk lampu utama LED kompak dan tirus.

BACA >>> Bocor Foto Rasmi Suzuki Gixxer SF 250 (2019)

Gixxer 250 dibina berasaskan Gixxer SF 250 yang sudah pun dilancarkan di India. Jadi, model baharu Suzuki ini dijangka dikuasakan enjin silinder tunggal 249cc penyejukan minyak berkuasa 26.1hp dan tork 22.6Nm dengan transmisi klac manual 6-kelajuan.

Ciri brek dan suspensi juga akan sama seperti Gixxer SF 250 yang memiliki kluster instrumen digital penuh dengan paparan spidometer, dua meter trip, indikator posisi gear, tolok minyak, odometer dan jam. Suzuki India dijangka melancarkan Gixxer 250 pada musim perayaan ini pada harga Rs1.60 lakh (RM9,650) hingga Rs1.65 lakh (RM9,890).

Di India, Gixxer 250 akan bersaing dengan Bajaj Dominar 400 dan KTM 250 Duke.

SUMBER: BikeWale

Artikel Berkaitan

532
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: naked bike, Roda, roda2, sportbike, streetfighter, Suzuki, Suzuki Gixxer SP Edition, Suzuki India

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
    Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
  • Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
    Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
  • Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
    Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
  • Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
    Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my