• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Foto Brosur Suzuki Gixxer SF 250 Bocor Seminggu Sebelum Pelancaran, Kini Lebih Ranggi!

Foto Brosur Suzuki Gixxer SF 250 Bocor Seminggu Sebelum Pelancaran, Kini Lebih Ranggi!

May 14, 2019 By ZY Leave a Comment

FacebookTwitter


SPORTBIKE aras mula Suzuki memang bukan berita baharu. Di pasaran luar, khususnya Eropah, Suuzki sudah pun melancarkan GSX 250R, beberapa tahun lalu. Bagaimanapun di India, satu-satunya sportbike aras mula yang ditawarkan ialah Gixxer SF150 yang boleh dikatakan cuma naked bike yang ditambah fairing semata-mata.

Namun, Suzuki India nampaknya benar-benar mahu menghasilkan sportbike aras mula bergaya sporty sepenuhnya. Ini berdasarkan foto tular Gixxer SF 250 yang didakwa brosur terbaharu model Suzuki itu yang bakal dilancarkan, 20 Mei ini.

BACA >>> Suzuki Gixxer SP Edition, Edisi Khas dengan Warna Hitam dan Emas

Walaupun cuma gambaran sisi saja, ada beberapa ciri sporty dapat dikenal pasti. Antaranya, pelana terpisah, hendal clip-on, dan tangki berserta fairing sisi dengan lekuk dan sudut tajam agresif.

Turut didedahkan ialah senarai spesifikasi yang boleh dikatakan baharu untuk Gixxer 250cc. Tidak seperti GSX 250R, yang dikuasakan enjin dwi-silinder 250cc penyejukan cecair daripada Suzuki Inazuma, Gixxer SF 250 dikuasakan enjin rekabentuk baharu 4-lejang silinder tunggal dengan teknologi penyejukan minyak, sama seperti model Belang di Malaysia.

BACA >>> Suzuki Gixxer dan Gixxer SF 2018 Lancar di India, Harga Mula RM4.8k Sahaja!

Apa lagi sama? Kedua-dua sportbike Suzuki itu masih berdegil menggunakan sistem SOHC, dan bukannya DOHC yang lebih popular sesama pesaing. Namun, angka kuasa Gixxer masih kompetitif dengan kuasa puncak 26.5ps (25.1hp) @ 9,000rpm, sedikit bertambah daripada GSX-250R yang cuma 24.7ps (24.3hp) @ 8,000rpm, setanding sportbike aras mula lain yang dikuasakan enjin silinder tunggal DOHC seperti Honda CBR 250R dan Kawasaki Ninja 250SL.

Buat masa ini, tiada maklumat mengenai harga didedahkan. Namun, selepas mengambil kira harga Yamaha Fazer 25 dan Honda CBR 250R, harga Gixxer SF 250 dijangka sekitar Rs165,000-175,000 ( RM9,773 - RM10,365).

BACA >>> Indonesia Lancar Suzuki GSX-R150 Matt Edition Warna Merah Kusam

SUMBER: DCV Channel

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: roda2, sportbike, Suzuki, suzuki gixxer, Suzuki Gixxer SF 250, suzuki gsxr, Suzuki India, Suzuki Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
    Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
  • #TahukahAnda: Kenali 4 Warna Asap Ekzos untuk Petunjuk Awal Kereta Bermasalah
    #TahukahAnda: Kenali 4 Warna Asap Ekzos untuk Petunjuk Awal Kereta Bermasalah
  • Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
    Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my