• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Foto Brabus 1300 R (2022) Bocor di Laman Web KTM?

Foto Brabus 1300 R (2022) Bocor di Laman Web KTM?

February 11, 2022 By Shawkath Leave a Comment

189
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


AWAL tahun ini, beberapa foto intip tersebar hingga menimbulkan persoalan Husqvarna akan memperkenalkan Vitpilen 1301 ke pasaran.

Malah, timbul teori hypernaked dengan lampu utama bulat itu bakal dibangunkan berasaskan model KTM 1290 Super Duke.

BACA >>> KTM Bangunkan Motosikal Elektrik Aras Mula, Dijangka Lancar 2024
BACA >>> KTM 890 Duke R (2022) Lancar, Sekadar Solekan Warna Baharu?

Pada masa sama, beberapa portal menyiarkan laporan mengenai kerjasama antara Brabus dan KTM mungkin menggunakan Super Duke sebagai asas.

Spekulasi bertiup kencang beberapa bulan termasuk beberapa ujian dijalankan kedua-dua pihak. Bagaimanapun, misteri akhirnya terungkai apabila laman web KTM mendedahkan dua model itu sebenarnya ialah Brabus 1300 R.
Brabus 1300 R sepatutnya dilancarkan pada 11 Februari lalu tetapi KTM secara tidak sengaja didedahkan semalam, tetapi sempat dipadamkan semula. Walaupun tiada lagi dipapar pada web, foto model itu masih boleh ditemui menerusi laman carian Google.

Foto dipamerkan itu mendedahkan slogan ‘Heart of a Beast, Soul of a Gentleman’ dengan karakter 1290 Super Duke tetapi menerima rekabentuk sofistikated Brabus. Pengumuman mengenai spesifikasi dan harga 1300 R masih belum diketahui. Apa didedahkan itu ialah motosikal pertama Brabus yang dibangunkan daripada 1290 Super Duke Evo.

BACA >>> Jualan 2021 Syarikat Induk KTM Pecah Rekod 11 Tahun Berturut-Turut

Ramai percaya Brabus 1300 R akan dilengkapi fork WP Apex dan monoshock WP boleh laras secara elektronik dengan trenkuasa V-Twin Super Duke 1,301cc berkuasa 180hp. Model itu dijangka berkongsi banyak komponen KTM. Perbezaan adalah pada lampu utama dan ventilator angin di depan.

BACA >>> Suzuki GSX-S1000 Web Edition (2022) Ini Cuma Ada 5 Unit Seluruh Dunia, Harga RM71k!

Model itu juga sarat dengan binaan gentian karbon dan material ringan untuk tangki minyak, kaliper brek, ventilator, peg kaki, tuil boleh laras dan ekor belakang.

Laporan awal mendakwa hanya 77 unit Brabus 1300 R dibina sebagai sempena tribut ulang tahun firma itu ditubuhkan 1977. Warna dipamerkan Magma Red (merah) dan Signature Black (hitam).

BACA >>> Kajian: 4 Juta Pemandu UK Mengaku Pernah Terlelap Ketika Memandu
BACA >>> Perbandingan: Benelli R18i (2021) vs Yamaha Y16ZR (2021) vs SYM VF3i Pro (2020)!
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Tayar Warna Hitam?

Brabus 1300 R - 2
Brabus 1300 R - 3
Brabus 1300 R
Brabus 1300 R - 5
Brabus 1300 R - 4
Brabus 1300 R - 1
Brabus 1300 R - 6
brabus-1300-r---leaked-image

SUMBER: RideApart | Motorcycle

Artikel Berkaitan

189
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: 1290 Super Duke Evo, Brabus 1300 R, Foto Bocor, Foto Intip, Heart of a Beast, Husqvarna Vitpilen 1301, Hypernaked, KTM 1290 Super Duke, Soul of a Gentleman, Spyshot

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Moto Morini Bakal Hasilkan Model Cruiser 650cc Untuk Cabar Kawasaki Vulcan S?
    Moto Morini Bakal Hasilkan Model Cruiser 650cc Untuk Cabar Kawasaki Vulcan S?
  • Tiada Perodua Bezza (2023), Perodua Hanya Lancar Axia Tahun Ini
    Tiada Perodua Bezza (2023), Perodua Hanya Lancar Axia Tahun Ini
  • Jepun Dapat Yamaha YZF-R25 (2023) Warna Phantom Purple, Harga RM21.8k
    Jepun Dapat Yamaha YZF-R25 (2023) Warna Phantom Purple, Harga RM21.8k
  • 'Oil Filter' Perodua Asyik Bocor, Ini Jawapan CEO Perodua...
    'Oil Filter' Perodua Asyik Bocor, Ini Jawapan CEO Perodua...

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my