• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Foto Acah Disiar, MV Agusta Superveloce 800 Versi Pengeluaran Akan Debut 2020

Foto Acah Disiar, MV Agusta Superveloce 800 Versi Pengeluaran Akan Debut 2020

May 22, 2019 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


MV Agusta menyiarkan foto acah Superveloce 800 di media sosial sambil mengesahkan model itu akan diperkenalkan menjelang 2020.

Ditayangkan pada Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2018 sebagai model konsep, Superveloce 800 tampil dengan rekabentuk retro-moden unik yang mengambil ilham motosikal lumba jenama Itali itu sekitar era 1960-an.

Imej acah didedahkan itu nampak seperti model konsep yang ditayangkan di EICMA 2018, tahun lalu. Elemen paling menonjol ialah lampu depan bulat kecil dengan mentol konvensional yang mungkin digantikan dengan LED untuk versi pengeluaran ini.

Rupa belakang pula menampilkan lampu LED ala enjin jet yang menyerlahkan ciri kelajuan motosikal berkenaan. Casis kemasan emas, pelana merah dan strip kulit pada tangki minyak ialah antara sentuhan premium yang dimiliki Superveloce 800.

Sebagai model berasaskan F3 800, Superveloce 800 dijana enjin 3-silinder sebaris 798cc berkuasa 145.9hp dan tork 88Nm yang dijangka ditala MV Agusta bagi mendapat lebih kuasa. Versi konsep didatangkan dengan kluster instrumen digital penuh dan kemungkinan besar dikekalkan untuk versi pengeluaran.

Superveloce 800 juga akan dilengkapkan dengan ciri elektronik seperti kawalan traksi 8 tahap, quick-shifter elektronik, mitigasi lif belakang sebagai standard.  MV Agusta dijangka mendedahkan Superveloce 800 versi pengeluaran pada EICMA 2019 tahun ini,

 

View this post on Instagram

 

We feed your desire. The MV Agusta Superveloce. Coming 2020. #MVAgustaSuperveloce #MVAgustaMotor #MotorcycleArt #MVAgusta #motorcycle #motorcycles #motorcyclesdiaries #motorcyclesofinstagram #instamotorcycle #motorcyclelife #motorcyclephotography #motorcycleracing #motorcyclelifestyle #motorcycledreams #bikeporn #instamoto #instamotogallery #motolife #motorbike #bikersofinstagram #universalbikers

A post shared by MV Agusta Motor (@mvagustamotor) on May 18, 2019 at 11:04pm PDT

GALERI

MV AGUSTA SUPERVELOCE 800 CONCEPT

SUMBER: BikeWale

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: EICMA 2019, MV Agusta, MV Agusta Superveloce 800, Pameran Motosikal Milan (EICMA), retro-moden, roda2, superbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Benelli R18i (2021) vs Yamaha Y16ZR (2021) vs SYM VF3i Pro (2020)!
    Perbandingan: Benelli R18i (2021) vs Yamaha Y16ZR (2021) vs SYM VF3i Pro (2020)!
  • Perodua Aruz Paling Mahal Dunia Ada di Singapura, Harga RM286k!
    Perodua Aruz Paling Mahal Dunia Ada di Singapura, Harga RM286k!
  • Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak 'Skuad JPJ'!
    Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak 'Skuad JPJ'!
  • FLY-3 Ini Mungkin Motosikal Elektrik Termurah Dunia
    FLY-3 Ini Mungkin Motosikal Elektrik Termurah Dunia

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my