Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sukan Permotoran»Formula Satu»#Formula12026: Red Bull Racing Dedah Liveri Baharu Jentera RB22
Formula Satu

#Formula12026: Red Bull Racing Dedah Liveri Baharu Jentera RB22

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam19/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Liveri baharu Red Bull Racing F1 2026

PASUKAN Formula Satu (F1) Oracle Red Bull Racing Formula 1 Team secara rasmi memperkenalkan liveri baharu jentera F1 musim 2026 – RB22, dalam satu majlis pelancaran khas.

Pelancaran itu cukup signifikan kerana RB22 ialah jentera F1 pertama Red Bull yang menggunakan unit kuasa binaan sendiri hasil kerjasama strategik dengan Ford.

Acara tersebut diadakan di Detroit, Amerika Syarikat (AS), iaitu lokasi yang sinonim dengan industri automotif AS, juga kediaman kepada rakan teknikal baharu Red Bull.

Sebuah ‘show car’ ditayangkan kepada umum dalam skema warna diperbaharui, yang menandakan perubahan visual paling ketara selepas beberapa musim Red Bull mengekalkan rekaan liveri hampir seragam.

Skema Warna Baharu Lebih Segar

Liveri baharu Red Bull Racing F1 2026
Liveri baharu Red Bull Racing F1 2026

RB22 menampilkan gabungan warna biru – hitam sebagai asas, dengan tona biru lebih cerah dalam corak jacquard halus. Perubahan itu memberikan dimensi visual baharu lebih moden dan agresif, sekali gus mengekalkan identiti Red Bull yang sudah sinonim dengan warna biru gelap.

Menariknya, Red Bull turut kembali menggunakan kemasan kilat (glossy finish) selepas beberapa musim memilih kemasan kusam (matte). Peralihan itu bukan saja meningkatkan estetika jentera, tetapi memberi impak visual yang lebih menyerlah di bawah lampu litar dan siaran televisyen.

Verstappen, Hadjar Gandingan Musim 2026

Duo Red Bull Racing F1 2026, Max Verstappen, dan Isack Hadjar

RB22 bakal dipandu juara dunia empat kali, Max Verstappen, bersama rakan sepasukan baharu, Isack Hadjar. Gandingan duo pelumba itu menandakan fasa baharu Red Bull Racing, dengan Verstappen sebagai tonggak berpengalaman, manakala Hadjar membawa elemen muda dan potensi jangka panjang pasukan.

Pelancaran liveri itu turut mencerminkan keyakinan Red Bull Racing terhadap hala tuju teknikal pasukan menjelang era peraturan baharu F1 2026, yang menyaksikan perubahan besar dari sudut aerodinamik dan unit kuasa.

Aksi Pelancaran Penuh Gaya Red Bull

Liveri baharu Red Bull Racing F1 2026
Liveri baharu Red Bull Racing F1 2026

Seperti dijangka, Red Bull Racing tidak mengecewakan dari sudut dramatik. Pelumba aerobatik Red Bull, Martin Šonka, memainkan peranan utama mendedahkan jentera tersebut dengan ‘menanggalkan’ penutup RB22 menggunakan pesawat akrobatiknya dalam aksi penuh gaya.

Pendekatan itu sejajar imej Red Bull yang sentiasa berani, kreatif dan tidak mengikut kebiasaan, menjadikan pelancaran RB22 antara paling mencuri perhatian menjelang musim baharu F1 musim ini.

Era Unit Kuasa Binaan Sendiri Bermula

Liveri baharu Red Bull Racing F1 2026

Selepas menamatkan kerjasama dengan Honda dan kini beralih kepada Aston Martin, Red Bull Racing kini memulakan cabaran terbesar dalam sejarah 20 tahun penyertaan dalam F1, dengan membangunkan unit kuasa sendiri melalui Red Bull Powertrains.

Ketua Red Bull Powertrains, Ben Hodgkinson menyifatkan projek itu sebagai peluang unik yang jarang diperoleh dalam F1, dengan kebebasan membina keseluruhan struktur organisasi dan teknologi berdasarkan kefahaman mendalam terhadap peraturan baharu.

Cabaran Terbesar Sejarah Red Bull

Liveri baharu Red Bull Racing F1 2026
CEO Ford, Jim Farley

Aku suka idea bermula dengan kertas kosong, bukan sekadar unit kuasa, tapi keseluruhan syarikat.

“Kami boleh buat ikut apa yang kami faham pasal peraturan baharu, dan itu satu peluang yang sangat istimewa.” – Ben Hodgkinson, Ketua Red Bull Powertrains

Hodgkinson mengakui skala projek itu hanya benar-benar dirasai selepas proses pengambilan hampir 700 kakitangan dalam tempoh singkat, iaitu satu cabaran besar, sejajar budaya Red Bull yang berani dan progresif.

Apabila hang buat projek besar dan berani, ia akan menarik individu yang juga berani.

“Depa sesuai dengan budaya Red Bull, dan itulah yang mempercepat inovasi. Empat tahun kebelakangan ini sangat mencabar, tetapi juga sangat mengujakan,” katanya.

SUMBER: Motorsport.com

Duo Red Bull Racing F1 2026, Max Verstappen, dan Isack Hadjar
Liveri baharu Red Bull Racing F1 2026
Liveri baharu Red Bull Racing F1 2026
CEO Ford, Jim Farley
Liveri baharu Red Bull Racing F1 2026
Liveri baharu Red Bull Racing F1 2026
Liveri baharu Red Bull Racing F1 2026
Liveri baharu Red Bull Racing F1 2026
Liveri baharu Red Bull Racing F1 2026
Liveri baharu Red Bull Racing F1 2026
Liveri baharu Red Bull Racing F1 2026
Liveri baharu Red Bull Racing F1 2026
Liveri baharu Red Bull Racing F1 2026
Liveri baharu Red Bull Racing F1 2026
Liveri baharu Red Bull Racing F1 2026
Liveri baharu Red Bull Racing F1 2026
Liveri baharu Red Bull Racing F1 2026
Liveri baharu Red Bull Racing F1 2026
Liveri baharu Red Bull Racing F1 2026
Liveri baharu Red Bull Racing F1 2026
Liveri baharu Red Bull Racing F1 2026
Liveri baharu Red Bull Racing F1 2026
Liveri baharu Red Bull Racing F1 2026
2026 Formula 1 Amerika Syarikat Aston Martin Auto Terkini Detroit USA Ford Racing Formula 1 Honda Isack Hadjar Jentera RB22 Max Verstappen motorsport Oracle Red Bull Racing Formula 1 Team Red Bull Powertrains Red Bull Racing
Shazwan Hisam

Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lotus Eletre X Guna Teknologi Hibrid, 952 ps/935Nm, 0 – 100 km/j 3.3 Saat!

07/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.