PELUMBA McLaren-Mercedes, Lando Norris muncul juara Grand Prix (GP) Hungary 2025 selepas menangkis asakan hebat rakan sepasukan, Oscar Piastri.
Kemenangan di Litar Hungaroring itu kejayaan kelima musim ini buat pelumba Britain tersebut, sekali gus merapatkan jurang kejuaraan pemandu kepada hanya sembilan mata menjelang cuti musim panas.
Strategi Bijak, Penamat Sengit
Perlumbaan bermula dengan pemandu Scuderia Ferrari HP, Charles Leclerc di petak pertama memimpin dengan baik dan mengekalkan P1 sepanjang fasa awal.
Piastri mengekori rapat di belakang dan cuba memintas, tetapi tidak berhasil. Strategi Leclerc dan Piastri yang memilih untuk melakukan dua hentian pit tidak berhasil apabila ketinggalan di belakang Norris yang hanya satu hentian pit.
Pada akhir perlumbaan, Piastri melancarkan serangan, tetapi masih gagal menewaskan Norris dengan jurang masa hanya 0.698 saat.
Pelumba Mercedes-AMG PETRONAS, George Russell (foto atas kiri) menamatkan perlumbaan di podium ketiga selepas memintas Leclerc yang merosot ke P4 akibat masalah casis jentera selain turut dikenakan penalti lima saat disebabkan pemanduan agresif.
Pelumba Aston Martin Aramco-Mercedes, Fernando Alonso (foto atas kanan) membawa pulang keputusan cemerlang untuk pasukannya di tempat kelima, dan disusuli pelumba rookie, Gabriel Bortoleto (Kick Sauber-Ferrari) di P6.
Pelumba Oracle Red Bull Racing-Honda RBPT, Max Verstappen hanya menamatkan perlumbaan pada grid kesembilan, manakala rakan sepasukan, Andrea Kimi Antonelli melengkapkan senarai 10 terbaik di GP Hungary.
Sorotan Perlumbaan
- Pelumba kedua Oracle Red Bull Racing-Honda RBPT, Yuki Tsunoda bermula dari lorong pit selepas pasukan menukar unit kuasa dan sistem penyejukan brek.
- Pelumba Haas-Ferrari, Oliver James Bearman satu-satunya pelumba yang tersingkir (DNF) selepas mengalami kerosakan casis.
- Verstappen bergelut sepanjang perlumbaan dan terlibat dalam insiden dengan Lewis Hamilton (Scuderia Ferrari HP), tetapi tiada tindakan diambil Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA).
- Leclerc kecewa dengan prestasi jentera Ferrari SF-25 yang dianggapnya 'mustahil untuk dikawal'.
Keputusan Perlumbaan: GP Hungary 2025
- Lando Norris (McLaren-Mercedes)
- Oscar Piastri (McLaren-Mercedes) +0.698s
- George Russell (Mercedes-AMG PETRONAS)
- Charles Leclerc (Scuderia Ferrari HP) +5s penalti
- Fernando Alonso (Aston Martin Aramco-Mercedes)
- Gabriel Bortoleto (Kick Sauber-Ferrari)
- Lance Stroll (Aston Martin Aramco-Mercedes)
- Liam Lawson (Racing Bulls-Honda RBPT)
- Max Verstappen (Oracle Red Bull Racing-Honda RBPT)
- Andrea Kimi Antonelli (Mercedes-AMG PETRONAS)
- Isack Hadjar (Racing Bulls-Honda RBPT)
- Lewis Hamilton (Scuderia Ferrari HP)
- Nico Hulkenberg (Kick Sauber-Ferrari)
- Carlos Sainz (Williams-Mercedes)
- Alex Albon (Williams-Mercedes)
- Esteban Ocon (Haas-Ferrari)
- Yuki Tsunoda (Oracle Red Bull Racing-Honda RBPT)
- Franco Colapinto (Alpine-Renault)
- Pierre Gasly (Alpine-Renault) +10s penalti DNF.
- Oliver James Bearman (Haas-Ferrari)
Kedudukan Konstruktor Terkini (Top 5)
- McLaren-Mercedes - 452 mata
- Scuderia Ferrari HP - 395 mata
- Mercedes-AMG PETRONAS - 368 mata
- Oracle Red Bull Racing-Honda RBPT - 281 mata
- Aston Martin Aramco-Mercedes - 243 mata
Apa Kata Lando Norris;
Mati aku, mati aku. Memang payah bak hang... Kami sebenarnya tak plan strategi sekali pit stop, tapi lepas pusingan pertama, itu saja pilihan terbaik. Aku tekan habis sampai suara pun hilang. Tapi keputusan ni sangat memuaskan."
F1 kini memasuki rehat musim panas dan akan kembali dengan GP Belanda pada 29-31 Ogos nanti. Dengan perbezaan hanya sembilan mata antara dua pelumba McLaren-Mercedes, persaingan kejuaraan bakal jadi lebih hangat!
SUMBER: Formula1.com
Leave a Reply