Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#Formula12025: GP Itali Milik Verstappen, Drama McLaren Berulang…
Auto Terkini

#Formula12025: GP Itali Milik Verstappen, Drama McLaren Berulang…

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam11/09/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Max Verstappen juara GP Itali - F1 2025

PELUMBA Oracle Red Bull Racing Honda RBPT, Max Verstappen sekali lagi membuktikan kehebatan apabila menjuarai Grand Prix (GP) Itali di Monza, menjadikannya kemenangan ketiga dalam kejuaraan Formula Satu (F1) musim ini.

Pemandu Red Bull itu bermula dari petak pertama dan mengekalkan kedudukan dengan menewaskan duo McLaren Racing Limited, Lando Norris dan Oscar Piastri.

Aksi Mendebarkan Sejak Permulaan

Max Verstappen juara GP Itali - F1 2025
Max Verstappen juara GP Itali - F1 2025

Sebaik lampu isyarat padam, Verstappen dan Norris bersaing sengit di laluan lurus utama hingga ke Turn 1. Verstappen sempat memintas di chicane untuk mengekalkan kedudukan, tetapi mengembalikan posisi kepada Norris bagi mengelak penalti.

Tidak lama kemudian, Verstappen kembali menyerang dan merampas semula tempat teratas. Dari situ, Verstappen mengawal sepenuhnya perlumbaan dengan strategi pit lebih awal berbanding McLaren, sekali gus menjarakkan diri hingga ke garisan penamat.

Drama Pit McLaren

Max Verstappen juara GP Itali - F1 2025

Ketika Verstappen selesa di depan, McLaren pula bergelut insiden hentian pit yang perlahan untuk Norris, sekali gus membolehkan Piastri mengambil alih kedudukan kedua. Bagaimanapun, Piastri diarahkan pasukannya memberikan laluan semula kepada Norris yang terpaksa dipatuhi Piastri walaupun agak keberatan.

Norris menamatkan perlumbaan di tempat kedua, manakala Piastri, ketiga, sekali gus mengekalkan saingan rapat kejuaraan dunia.

Charles Leclerc (Scuderi Ferrari) pula sekadar berpuas hati di tempat keempat, sekali gus gagal memenuhi harapan Tifosi (kumpulam penyokong) untuk meraih podium di laman sendiri.

Keputusan Perlumbaan

Max Verstappen juara GP Itali - F1 2025

Keputusan di GP Itali dalam F1 2025:

1. Max Verstappen (Oracle Red Bull Racing Honda RBPT)
2. Lando Norris (McLaren Racing Limited)
3. Oscar Piastri (McLaren Racing Limited)
4. Charles Leclerc (Scuderi Ferrari HP)
5. George Russell (Mercedes-AMG PETRONAS)
6. Lewis Hamilton (Scuderi Ferrari HP)
7. Alex Albon (Atlassian Williams Racing)
8. Gabriel Bortoleto (Stake Kick Sauber)
9. Kimi Antonelli (Mercedes-AMG PETRONAS)
10. Isack Hadjar (Visa Cash App Racing Bulls)

Antara pelumba tidak bernasib baik ialah Fernando Alonso (Aston Martin Aramco) yang mengalami masalah suspensi, manakala Nico Hulkenberg (Stake Kick Sauber) gagal memulakan perlumbaan akibat isu hidraulik.

Reaksi Verstappen

Max Verstappen juara GP Itali - F1 2025
Max Verstappen juara GP Itali - F1 2025

Ini hari hebat untuk kami.

“Selepas insiden awal, segalanya berjalan lancar. Strategi pit tepat dan kereta yang stabil benar-benar membantu kami mencapai kemenangan di Monza.”  – Max Vertappen, pelumba Oracle Red Bull Racing Honda RBPT

Perlumbaan Seterusnya

Aksi F1 2025 akan bersambung di GP Azerbaijan, Baku, pada 19 – 21 September 2025. Adakah Verstappen mampu terus mendominasi, atau McLaren akan bangkit semula? Sama-sama kita nantikan!

SUMBER: FormulaOne

Max Verstappen juara GP Itali - F1 2025
Max Verstappen juara GP Itali - F1 2025
Max Verstappen juara GP Itali - F1 2025
Max Verstappen juara GP Itali - F1 2025
Max Verstappen juara GP Itali - F1 2025
Max Verstappen juara GP Itali - F1 2025
Max Verstappen juara GP Itali - F1 2025
Max Verstappen juara GP Itali - F1 2025
Formula 1 2025 Formula 1 2025 Monza Formula One (F1) Formula Satu (F1) GP Itali GP Itali 2025 Max Verstappen McLaren F1 Team Red Bull Racing sukan permotoran
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Harga Minyak Global Turun, Harapan Diplomatik Redakan Ketegangan Asia Barat

    25/03/2026
    Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim, turunkan harga RON95 1.99 seliter mula 30 September ini.
    Auto Terkini

    MOF: Salah Guna Subsidi BUDI95, MyKad Individu Terlibat Disekat

    24/03/2026
    PMX umum turun harga petrol RON95 RM1.99 seliter
    Auto Terkini

    Subsidi Bahan Api Melonjak RM3.2 Bilion Susulan Krisis Minyak Global

    24/03/2026
    Auto Terkini

    Semua Stesen Minyak di Bangladesh Mungkin Tutup Sepenuhnya

    24/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    By Abang Hirata20/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?

    By Han Othman06/02/20192
    Auto Terkini

    KTM 990 RC R 2026 Rasmi di Pasaran Global, Dari RM66,000

    By Shazwan Hisam15/10/2025
    Veteran ATM bakal dapat lesen bawa kenderaan berat.
    Trak dan Lori

    Kerajaan Bakal Perkenal Program Lesen Kenderaan Berat untuk Veteran ATM

    By Shazwan Hisam18/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.