Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Ford F-150 (2021) Tawar Ciri Kerusi Depan Boleh Baring Rata!
Auto Terkini

Ford F-150 (2021) Tawar Ciri Kerusi Depan Boleh Baring Rata!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/11/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


FORD F-150 (2021) akan menawarkan cara baru buat pelanggan untuk berehat dalam trak pikap itu, iaitu menerusi ciri eksklusif Kerusi Rebah Max (Max Recline Seats).

Teknologi ini mempunyai lima paten dan akan ditawarkan pada trak pikap King Ranch, Platinum dan Limited F-150 bermula 2021. Kerusi pada semua trak itu boleh direbahkan rata hingga hampir 180º, dan uniknya disediakan sokongan pada pinggang dan leher.

Jurutera Rekabentuk Kerusi, Ben Kulhawik berkata;

Kerusi Rebah Max serba baharu pada F-150 diilhamkan daripada tilam boleh laras anda lihat di TV yang membantu pelanggan kami lebih selesa ketika berehat dalam kabin.

“Pengguna F-150 sentiasa berada atas jalan atau tapak kerja, peluang berehat dengan melelapkan mata beberapa minit ialah bonus bagi produktiviti harian.”

Ketika pembangunan, Ford meluangkan masa berbulan-bulan untuk mengkaji cara pengguna menggunakan ruang kabin trak pikap untuk berehat.

Eksekutif Barisan Pengeluaran Trak Pikap Ford, Jackie DiMarco berkata, kajian dilakukan mendapati mereka yang bekerja di tapak pembinaan dan lombong menggunakan kabin trak pikap mereka untuk melelapkan mata ketika waktu rehat.

Ia dilakukan pemilik setiap hari. Apabila saya ambil anak perempuan saya ke perlawanan hoki, pada sela permainan, salah seorang akan tidur di kerusi belakang, dan seorang lagi atas lantai trak saya, dan ini menguatkan lagi idea tersebut. Kami perlu atasinya,” katanya.

Apabila selesai merekabentuk, Ford menggabungkan kerusi itu dengan sistem yang menawarkan ciri tidur yang selesa. Keseluruhan kerusi berfungsi menerusi mekanisme yang menaikkan 3.5 inci hujung bahagian duduk punggung ketika merebahkan kerusi untuk mendapatkan permukaan rata.

Posisi tersebut dapat menyokong bahagian pinggang, manakala penyandar boleh digerakkan ke depan untuk sokongan leher.

Kulhawik berkata lagi;

Tiada motor tambahan pada kerusi ini, cuma mekanisme ringkas yang bergantung kepada cara pelanggan menggerakkan kerusi menggunakan fungsi kuasa rebah. Ia ringkas, efektif dan kami yakin pelanggan akan suka dengan tahap produktif mereka hanya dengan mendapatkan sedikit lelap ketika masa rehat.”

BACA >>> #ApaNakBuat: Cara Betul Pilih, Pasang Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak (CRS)
BACA >>> Nissan Titan (2020) Facelift Lancar di Texas, Bakal Saingi Ford F-150, Toyota Tundra

B

SUMBER: CarScoops

Ford F-150 (2021) Roda4 Roda4-Volkswagen Trak pikap
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Super-N Diperkenal, Hanya GBP20k (RM106k)!

    10/04/2026
    Auto Terkini

    Denza Z9GT: Shooting-Brake China Kini Di Eropah, Fungsi Crab-Walk, EV dan Hibrid

    10/04/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Mekanisme MyKad, MyKasih untuk Subsidi Diesel

    10/04/2026
    Kerajaan cadang letak polis di stesen minyak sempadan
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Letak Polis di Stesen Minyak Sempadan

    09/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Proton X50 2026 Quartz Black
    Roda4

    Proton X50 2026 Terima Warna Quartz Black, Gantikan Passion Red

    By Shazwan Hisam09/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.