• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Ford Co-Pilot360 yang Lebih Selamat Akan Turut Dipasang pada Kenderaan Komersial

Ford Co-Pilot360 yang Lebih Selamat Akan Turut Dipasang pada Kenderaan Komersial

March 19, 2018 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter


FORD mengumumkan pengeluar model dengan teknologi bantuan pemanduan termaju baharu dengan mensasarkan pasaran global menjelang musim luruh ini.

Digelar Ford Co-Pilot360, pengeluar kereta Amerika Syarikat (AS) itu mendakwa teknologi keselamatan tersebut sebagai paling maju di pasaran yang mampu mengatasi barisan model jenama lain di Amerika Utara. Sistem itu terdiri daripada teknologi Brek Kecemasan Automatik (AEB) dengan Bantuan Pengesan Pejalan Kaki, Sistem Maklumat Titik Buta, Sistem Kekal Lorong (LKS), kamera sandaran belakang, dan Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB) yang akan dimuatkan pada kenderaan penumpang Ford, termasuk SUV, dan trak bermula model Edge dan Edge ST (2019) menjelang musim luruh ini.

BACA >>> Ford Jalin Kerjasama dengan Domino's, Bekalkan Kereta Pandu Sendiri untuk Hantar Pizza

Di Amerika Utara, kombinasi teknologi bantuan pemandu itu belum lagi ditawarkan pengeluar (bukan mewah) lain sebagai ciri standard produk masing-masing. Menurut Ford, langkah itu cuma permulaan. Tahun depan, pengeluar automotif dari Amerika Syarikat (AS) itu merancang memperkenalkan teknologi AEB yang mampu berfungsi ketika kereta mengundur.

Ford  turut merancang melaburkan sejumlah AS$500 juta (RM1.95 billion) dalam tempoh 5 tahun akan datang supaya dapat terus membangunkan  teknologi keselamatan dan bantuan pemanduan baharu. Teknologi itu kelak akan dipermudahkan supaya menepati jangkaan ramai, terutamanya pada era pemanduan automatik.

KENDERAAN KOMERSIAL TURUT DIPASANG

FORD F-650
FORD F-650
FORD E-SERIES
FORD E-SERIES
FORD F59
FORD F59

Teknologi itu juga akan memberikan manfaat kepada pemilik kenderaan komersial seperti model E-series, F-650, F-750 dan F59 menjelang 2020 yang terdiri daripada sistem AEB, Amaran Tukar Lorong (LDW), Sistem Amaran Pemandu dan lain-lain.

Presiden Ford Global Market, Jim Farley berkata, ramai pemandu pengguna masih mengadu kebimbangan mereka tentang potensi kemalangan walaupun kenderaan dilengkapi pelbagai sistem keselamatan termoden.

"Inilah antara alasan kenapa kami membangunkan teknologi mesti ada itu kepada jutaan pelanggan setiap tahun," katanya.


SUMBER: AutoGuide

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: autotainment, Ford, Ford Co-Pilot360, Roda4, teknologi keselamatan kenderaan, teknologi keselamatan pemanduan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
    Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
  • APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
    APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
  • Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
    Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
  • Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi
    Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my