• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Kereta
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE

Filipina Pula Lancar Honda ADV 150, Mungkinkah Malaysia Negara Ketiga?

October 3, 2019 By AI 2 Comments


SELEPAS Indonesia, kini giliran Filipina pula melancarkan Honda ADV 150. Bagaimanakah pula Malaysia?

Buat masa ini kita hanya mampu melihat rakan-rakan Asean lain merasa lebih awal skuter advencer itu. Seperti kami laporkan sebelum ini, Boon Siew Honda (BSH) masih dalam fasa perbincangan untuk membawa masuk model berkenaan. Siapa tahu mungkin tahun depan kita akan nampak kelibat ADV 150.

Jadi sekarang, teruskanlah bersabar dan bertenang!

ADV 150 ialah produk global untuk skuter maksi 150cc selain PCX 150, dan Indonesia ialah negara pertama yang mendapat lesen Honda untuk memasangkan dan memasarkan skuter itu. Selain Indonesia, skuter dengan ciri visor angin boleh laras dan Signal Henti Kecemasan (ESS) itu juga dieksport ke beberapa negara.

BACA >>> #BikinMotor: Honda ADV 150 Urban Street yang Ringkas dan Mantap

Apakah perbezaan ADV 150 versi Filipina berbanding Indonesia? Jawapannya, TIADA BEZA. Semua sama saja dari segi enjin, rekabentuk hingga pilihan warna.

Ini kerana ADV 150 versi Filipina ialah model import sepenuhnya (CBU) dari kilang Honda di Indonesia.  Apa yang berbeza mungkin peraturan pemasangan nombor pendaftaran kerana Filipina tidak wajib menggantung atau melekatkan nombor plat di depan. 😅

ADV 150 di Filipina dijual pada harga 149,000 peso (RM12,040) dan dijangka berada di pasaran negara itu menjelang tahun depan.

BACA >>> Boon Siew Honda Sedang Nego ADV 150 Akan Masuk Malaysia?

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Honda, Honda ADV 150, Honda Filipina, Moped, PT Astra Honda Motor, roda2, skuter, skuter advencer

Comments

  1. Fakhrul Anwar Shaari says

    October 8, 2019 at 6:12 PM

    Bilalah CBR250RR buatan Indonesia nak masuk Malaysia.

    Reply
    • AI says

      October 9, 2019 at 10:36 AM

      selagi versi euro tak dibangunkan takkan bawa masuk Malaysia bro!.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Motosikal Kuasa Tinggi Praktikal dengan Bajet Myvi 2018 (RM45k)5 Motosikal Kuasa Tinggi Praktikal dengan Bajet Myvi 2018 (RM45k)
  • Proton Perkenal Model MPV, SUV Baharu Tahun Depan!Proton Perkenal Model MPV, SUV Baharu Tahun Depan!
  • Siapakah Memandai Buat Syarat Lampu Signal Capang? Kerajaankah, Freemasonkah?Siapakah Memandai Buat Syarat Lampu Signal Capang? Kerajaankah, Freemasonkah?
  • Analisis [Siri 1]: Yamaha NVX 155 Kuning, Berapakah Kedai Motor Buat Untung?Analisis [Siri 1]: Yamaha NVX 155 Kuning, Berapakah Kedai Motor Buat Untung?
  • Toyota Raize Dapat 32k Tempahan Sebulan, Lapan Kali Ganda Sasaran Asal!Toyota Raize Dapat 32k Tempahan Sebulan, Lapan Kali Ganda Sasaran Asal!

PANDU UJI

#PanduUji: Volvo XC90 Inscription Plus Facelift, Berbaloi Labur Tambahan RM10k Untuk Sistem Audio Gempak?

KEHADIRAN Volvo XC90 merupakan momen paling kemuncak dalam sejarah … [Baca Lagi...]

Proton 1 Tank Adventure [SIRI 2]: Taktikal Lebih Ekstrem, Jimat Macam Kereta Hibrid!

ARTIKEL Siri 1 dulu, kami berkongsi kepada anda, tidak kira model atau … [Baca Lagi...]

2014 - 2019 © PanduLaju.com.my