• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Trak dan Lori / #FieldstyleExpo2024: Isuzu Tayang Model RV, Lori Konsep untuk Aktiviti Riadah dan Kerja

#FieldstyleExpo2024: Isuzu Tayang Model RV, Lori Konsep untuk Aktiviti Riadah dan Kerja

November 18, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


MEMANG mengujakan setiap kali dapat melihat kenderaan rekreasi (RV) atas jalan. Terbayang kebebasan dimiliki dan destinasi dituju. Aktiviti dan hobi sebegini meriah kerana disumbang pengeluar sendiri selain pengubah suai bebas.

Terbaharu, Isuzu Motors Limited mempamerkan dua model RV dan sebuah lori konsep unik di acara pameran gaya hidup luar Fieldstyle Expo 2024 yang berlangsung pertengahan November ini, iaitu:

  • Kagayaki
  • Expedition Eagle
  • Elfmio SE Custom

Selain model perdana Be-cam yang menjadi casis khusus van kamper, Isuzu akan mempamerkan sebuah van kamper berasaskan Travio yang kali pertama didedahkan sebagai model aras mula.

Travio satu-satunya casis khas untuk van kamper di Jepun yang bernadikan enjin diesel dan boleh dipandu individu dengan lesen kereta automatik tunggal.

1. Isuzu Travio Kagayaki/Expedition Striker

Isuzu Travio kali pertama dipamerkan sebagai model aras mula yang dibina berasaskan casis khas untuk van kamper dan boleh dipandu pemilik lesen tunggal automatik.

Van kamper ini dijana enjin diesel RZ4E 1.9L dengan kotak gear automatik 6-kelajuan berserta ciri keselamatan seperti Elak Salah Tekan Pedal dan Brek Pra-Perlanggaran (pemanduan lurus). Juga dilengkapi kelengkapan mengembara seperti suspensi khas, stabiliser belakang dan generator 150A.

Van kamper ini dikeluarkan Nippon Tokushu Body Co Ltd.

2. Isuzu Be-cam Expedition Eagle

Jika Travio diletakkan sebagai model aras mula, Isuzu Be-Cam Expedition Eagle pula lebih lengkap dengan tangga, rak bumbung dan lampu sorot.

Van kamper ini menggunakan kotak gear AMT 9-kelajuan ISIM (Isuzu Smooth Intelligent TransMission) dengan kecekapan penggunaan bahan api dan pemanduan lancar. Ciri keselamatan terdiri daripada Kawalan Jelajah halaju penuh dan Bantuan Kekal Lorong (LKA). Model ini dibuat Nippon Tokushu Body Co Ltd.

3. Isuzu Elfmio SE Custom

Lori ini tampil dengan konsep unik berasaskan Elfmio bed rata (flat bed) dengan tambahan perkakasan khas multiguna untuk kerja dan hobi.

Bayangkan bed belakang diisi pelbagai kelengkapan tambahan untuk kembara dan tayar asal diganti jenis pelbagai rupa bumi All-Terrain (AT). Isuzu Elfmio SE Custom ibarat kertas lukisan kosong yang sedia dicorakkan pemiliknya.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Trak dan Lori Tagged With: Fieldstyle Expo 2024, Isuzu, Isuzu Be-cam, Isuzu Be-cam Expedition Eagle, Isuzu Elfmio, Isuzu Elfmio SE Custom, Isuzu Travio, Isuzu Travio Kagayaki / Expedition Striker, Roda4, Trak dan Lori

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my