Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Fiat 500 Spiaggina – Bangkitkan Memori Bercanda di Pantai Selatan Perancis
Roda4

Fiat 500 Spiaggina – Bangkitkan Memori Bercanda di Pantai Selatan Perancis

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju09/07/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PADA musim panas 1958, pemandu dan pasangan akan memandu sambil bercanda merentasi selatan Perancis untuk menyaksikan gerombolan kapal layar berlabuh di pelabuhan sambil menikmati udara segar yang masuk ke dalam kabin terbuka Fiat 500 Jolly.

Pada masa itu, tiada kereta yang lebih sesuai untuk memandu santai di pantai selain Fiat 500 Jolly, kadangkala disebut sebagai ‘Spiaggina’, (‘spiagg’ bermaksud ‘pantai’ dalam bahasa Itali). Kini Fiat mencipta semula Spiaggina asli dengan bantuan pembuat kenderaan kustom, Garage Italia dari Itali.

Sama seperti versi asal, Fiat Spiaggina baharu ini memiliki cermin depan ‘nautika’ rendah dan tanpa bumbung, manakala kerusi belakang ditanggalkan untuk dijadikan ruang bagasi. Kemasan lain mengambil ilham musim panas, seperti warna luaran Volare Blue (biru) dan Pearl White (putih), lantai gabus dan upholsteri kulit putih bagi membangkitkan tema selatan Perancis sebenar.

SIAP SEDIA DIBELI


Apa yang istimewa tentang Fiat 500 Spiaggina baharu ini?

Kereta itu kini sudah siap sedia dibeli. Walaupun model seperti ditunjukkan di sini ialah versi one-off atau sebagai kereta pameran sahaja, Fiat sebenarnya ada mengeluarkan pelbagai alat ganti dan komponen kustom untuk pelanggan, seperti cermin depan rendah dan kompartment bagasi.

Kenderaan itu juga boleh dipasangkan dengan mana-mana enjin dalam barisan famili Fiat 500. Katakanlah trenkuasa itu ialah enjin 1.4L pengecas turbo daripada 500 Abarth, sudah tentu model ini akan jadi kereta yang cukup menarik diperkatakan.

Fiat juga menawarkan model siri khas – 500 Spiaggina ’58 – yang kurang radikal untuk pengeluaran. Kereta tersebut menampilkan warna biru cerah dan putih yang sama seperti Garage Italia Spiaggina, dengan rupa vintaj pada rim besi steelie dan warna kabin biru dan putih, yang juga sama.

Menurut Fiat, ada 1,958 unit Spiaggina ’58 dibina sempena memperingati ulang tahun Fiat Jolly yang ke-60 sekal kali pertama diperkenalkan pada 1958. Model edisi khas itu akan ditawarkan dalam varian enjin 1.2L (69hp) dan 0.9L (85hp).

Fiat 500 Spiaggina dan edisi khas, Spiaggina ’58 akan mula dijual pada musim panas ini di Eropah.

GALERI

SUMBER: AutoGuide

Fiat Fiat 500 Spiaggina Fiat 500 Spiaggina '58 Garage Italia Roda4
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lotus Eletre X Guna Teknologi Hibrid, 952 ps/935Nm, 0 – 100 km/j 3.3 Saat!

07/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Auto Terkini

JPJ Negeri Sembilan Buka Bidaan Nombor Plat Siri ‘NEK’ Bermula 9 Mac

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.