• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Festival TGR 4.0: Lebih 2 Juta Penonton Saksikan Vios Challenge Secara Online

Festival TGR 4.0: Lebih 2 Juta Penonton Saksikan Vios Challenge Secara Online

April 2, 2021 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


LEBIH dua juta penonton menyaksikan acara perlumbaan Vios Challenge sempena Festival Toyota GAZOO Racing (TGR) yang dianjurkan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hujung minggu lalu.

Perlumbaan membabitkan empat kategori itu diadakan tanpa kehadiran penonton susulan langkah keselamatan bagi mengelak penularan wabak Covid-19. Justeru penonton hanya boleh menyaksikan liputan langsung acara tersebut secara atas talian menerusi penstriman video.

Empat kategori tersebut membabitkan kumpulan pelumba profesional, amatur, rookie dan selebriti. Bukan hanya aksi dramatik di litar, penonton juga dihiburkan program khas yang disediakan sepanjang dua hari penganjuran tersebut.

Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K berkata, antara cabaran dihadapi adalah mengekalkan penganjuran Festival TGR pada tahap penuh keterujaan dan bertenaga seperti tiga musim lalu.

Menurutnya, walaupun banyak kekangan perlu dipertimbang kerana negara sedang dalam fasa pemulihan pasca pandemik Covid-19, tetapi aktiviti sukan perlumbaan masih dapat diteruskan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat.

SUPER SPORTING

Aksi drama dan keputusan akhir menjadi milik pelumba profesional Tengku Djan Ley Tengku Mahaleel yang menamatkan saingan dengan dua kemenangan berturut-turut.

Djan Ley menggunakan strategi menunggu masa sebelum mempamerkan saingan sebenar untuk menyekat kemenangan juara musim kedua Kelas Super Sporting, Boy Wong yang kembali ke podium selepas hilang seketika, manakala pelumba Laser Motor Racing, Mark Darwin menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.

Djan Ley membuka serangan pada lap ke-15 dengan perlahan-lahan mendahului perlumbaan sebelum bendera litar dikibarkan. Dia berkata;

Dalam cuaca kering, semua orang pantas dan saya sebenarnya memanfaatkan situasi dan menggunakannya di trek. Perlumbaan banyak bergantung kepada cuaca dan ada banyak pembolehubah seperti tayar. Ini perlumbaan panjang 20 lap dan kamu harus mampu menjaga tayar serta jentera lumba.

“Perlu tahu bila untuk mara ke depan dan bila untuk mengekalkan kedudukan. Mungkin saya dapat menguruskan ini dengan lebih baik,” katanya.

ROOKIE

Naquib Azlan juga mencatat kemenangan berganda dengan mengetepikan saingan Jwan Hii dan Amer Harris yang membuat penampilan kedua atas podium.

Saingan mendahului perlumbaan amat sengit dengan beberapa pemandu mengetuai saingan sepanjang 20 lap pusingan. Ketiga-tiga pelumba juga bersaing dengan Mika Hakimi yang berusaha keras menaiki podium.

Naquib berkata;

Pada satu ketika, saya berada di kedudukan terakhir dan terpaksa mengejar ke posisi depam dengan kereta rosak. Saya cuma tenangkan diri.

Sim racing (perlumbaan mesin simulator) membantu buat persiapan sebelum masuk trek, termasuk jurulatih berpengalaman dan jurutera data yang membantu ketika Program Pembangunan Rookie GAZOO Racing. Banyak saya belajar mengenai cara pemanduan dan saya mahu mendalami lebih lanjut dan melangkah jauh lagi,” kata Naquib.

SPORTING

Dengan mencatat kemenangan kedua kelas Sporting selepas saingan musim lalu, Haji Sutan Mustaffa Salihin, 49, mempamerkan saingan terbaik sepanjang 20 lap perlumbaan.

Dia menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 4.4 saat di depan Eric Yong dan Adam Khalid, di tempat kedua dan ketiga.

Saya sebenarnya tergamam kerana kami berusaha keras sejak sesi latihan Jumaat untuk mendapatkan tetapan paling ideal untuk kereta lumba.

“Tanpa disangka, selepas mendapat tetapan yang selesa, hujan turun pada perlumbaan pertama dan saya buat keputusan strategik untuk berlumba cara selamat supaya kereta dapat melepasi garisan tamat untuk memanfaatkan permulaan grid perlumbaan kedua,” kata Sutan.

Dalam persiapan saingan musim keempat ini, Sutan nyata berusaha keras menambah baik dan meningkatkan stamina diri.

Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), berat saya 80kg dan boleh jadi satu halangan khususnya untuk bersaing dalam kelas yang ada ramai pelumba muda. Saya mula kawal diet dan bersenam untuk turunkan berat sehingga 15kg dan ini motivasi besar buat diri.

KELAS PROMOTIONAL

Pelawak dan pelakon popular, Zizan Razak membuat kejutan apabila memenangi dua perlumbaan dengan catatan masa lapan saat di depan pemenang kedua, Khai Bahar dan penyampai televisyen, Ahirene Ahirudin.

Terima kasih kepada Toyota dan semua rakan dalam siri kejohanan ini. Saya menjalinkan persahabatan baharu dan menimba pengalaman baru serta perlumbaan hujung minggu ini memang luar biasa dengan trek basah dan kering,” kata Zizan.

KEPUTUSAN KELAS PERLUMBAAN

SUPER SPORTING

1. Tengku Djan Ley - Prima Pearl Auto
2. Boy Wong
3. Mark Darwin - Laser Motor Racing

ROOKIE

1. Naquib Azlan
2. Jwan Hii
3. Amer Harris

SPORTING

1. Haji Sutan Mustaffa Salihin
2. Eric Yong
3. Adam Khalid Crestmax Motorsport

PROMOTIONAL

1. Zizan Razak
2. Khai Bahar
3. Ahirene Ahirudin

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Festival Toyota GAZOO Racing (TGR), Presiden UMW Toyota Motor, Program Pembangunan Pelumba Muda Gazoo Racin, Ravindran K, sukan permotoran, Tengku Djan Ley, Toyota Gazoo Racing (TGR), Toyota Vios Challenge, UMW Toyota, Vios Challenge Festival Toyota Gazoo Racing

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mazda Jual Lebih 1.1 Juta Unit Kenderaan Sepanjang Fiskal 2022!
    Mazda Jual Lebih 1.1 Juta Unit Kenderaan Sepanjang Fiskal 2022!
  • Foto Toyota Alphard, Vellfire (2023) Serba Baharu Terdedah Sebelum Lancar
    Foto Toyota Alphard, Vellfire (2023) Serba Baharu Terdedah Sebelum Lancar
  • Toyota Mirai Sport Concept Muncul di Jepun
    Toyota Mirai Sport Concept Muncul di Jepun
  • CFMoto 450SR S Muncul di China dengan Dua Warna Pilihan, Harga RM21.8k!
    CFMoto 450SR S Muncul di China dengan Dua Warna Pilihan, Harga RM21.8k!

PANDU UJI

#PanduUji: BMW 330i M Sport (2023) untuk yang Mahukan Fiil Memandu Sebenar!

BMW 330i M Sport (2023) facelift dilancarkan di pasaran Malaysia pada … [Baca Lagi...]

#TunggangUji [dari Turkiye]: Pakej CFMoto 450SR (2023) Mampu Hapus Stereotaip Negatif

MENUNGGANG atas permukaan trek basah dan air bertakung serta dalam … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my