Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Ferrari SP48 Unica – Tempahan Khas untuk Pelanggan Setia Ferrari, Cuma Satu Unit di Dunia
Roda4

Ferrari SP48 Unica – Tempahan Khas untuk Pelanggan Setia Ferrari, Cuma Satu Unit di Dunia

Abang HirataBy Abang Hirata01/06/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEKAYAAN luar biasa apabila seseorang individu mampu menempah kapal layar sendiri. Juga dalam kategori sama apabila seseorang itu menempah sebuah Ferrari khas untuk dirinya seorang sahaja.

Model sebegitu dipanggil siri One-Off Ferrari dan terbaharu menerusi SP48 Unica yang dibangungkan berasaskan platform F8 Tributo. Rekabentuk berlinetta (sport coupé) 2-kerusi itu dihasilkan Pusat Gaya Ferrari di bawah seliaan Ketua Pegawai Rekabentuk (CDO), Flavio Manzoni.

BACA >>> Naza Italia Bawa Pelanggan Teroka Dunia Ferrari Secara Langsung, Digital
BACA >>> Ferrari F8 Tributo (710hp, 770Nm) Berlabuh di Malaysia, Harga RM1.068 Juta Sahaja!

Asasnya, lagak dan gaya SP48 Unica masih membawa pengaruh F8 Tributo dengan profil depan berbentuk anak panah. Antara keunikan identiti SP48 Unica adalah komponen dan aspek direka baharu yang menjadikan model itu sebuah Ferrari tanpa salinan.

Berikut ciri SP48 Unica yang hanya ada satu di dunia:

  • Aspek penting dalam rekabentuk adalah penggunaan secara ekstensif teknik pemodelan parametrik-prosedur (procedural-parametric) dan permodelan 3D.
  • Teknik itu membolehkan pasukan pereka dan jurutera merekabentuk semula gril depan dan laluan ambilan udara untuk enjin.

  • Berbeza F8 Tributo, saiz cermin sisi dikurangkan dan tanpa skrin belakang. SP48 Unica nampak seperti terpahat atau dibuat daripada sebongkah besi.
  • Lagi perbezaan berbanding F8 Tributo adalah laluan udara untuk penyejukan enjin pada bahagian depan bampar dan di bawah spoiler.

  • Konfigurasi kereta membolehkan jurutera menempatkan intercooler di belakang cermin sisi yang membolehkan saiz ambilan pada rusuk (flank) kereta.
  • Anjur (overhang) belakang lebih panjang mengurangkan sedutan dari kawasan bumbung dan meningkatkan prestasi daya mendap (downforce).
  • Trenkuasa sama seperti F8 Tributo, 3.9L Twin-Turbo V8 brerkuasa 718hp @ 8,000rpm, dan tork 770Nm @ 3,250 rpm.
  • Prestasi juga sepatutnya sama, iaitu pecutan 0-100kmj sepantas 2.9 saat dan kelajuan maksimum 340kmj.

SP48 Unica direka untuk pelanggan setia Ferrari dan Manzoni terlibat secara mendalam pada setiap peringkat pembuatan. Projek sebegitu, atau Special Projects Ferraris (One-Off) diilhamkan pelanggan dan kemudian dibangunkan pasukan pereka di Pusat Gayaan Ferrari.

Kerja seterusnya menyusul sebelum unit One-Off mula dibina. Keseluruhan projek biasanya memerlukan lebih setahun untuk disiapkan dan pelanggan terlibat secara langsung untuk menilai rekabentuk dan juga fasa pengesahan. Inilah contoh bagaimana Ferrari menjadi pengeluar unik kerana pelanggan yang mahu mengubah suai atau ada cita rasa tersendiri boleh berhubung terus dengan Ferrari.

Hasilnya ialah Ferrari yang tiada dua!

BACA >>> Ferrari 296 GTB (2022) dengan Enjin Hibrid V6 Kini di Malaysia, Harga RM1.2 Juta!
BACA >>> Ferrari Daytona SP3 dengan Enjin Paling Berkuasa Pernah Dihasilkan

Ferrari Ferrari F8 Tributo Ferrari SP48 Unica Flavio Manzoni Roda4
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Roda4

Nissan Serena e-POWER C28 Rasmi Dilancar di Malaysia, Harga Mula RM154,800!

03/03/2026
Leapmotor B05 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor B05 2026 – Hatchback EV Kompak Tayang di Brussels Autosalon

03/03/2026
Lee Chong Wei kini pemilik Zeekr 7X
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
Toyota Harrier HEV
HEV

UMWT Rasmi Lancar Toyota Harrier 2.5 HEV, Harga RM289k!

03/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.