Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Ferrari Portofino V8 GT, 600hp, 320kmj – RM948k Sahaja!
Roda4

Ferrari Portofino V8 GT, 600hp, 320kmj – RM948k Sahaja!

Abang GYLBy Abang GYL11/05/2018
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Ferrari Portofino V8 GT MalaysiaNAZA Italia, pengimport dan pengedar rasmi kenderaan Ferrari di Malaysia memperkenalkan Ferrari Portofino V8 GT yang dijual pada harga RM948,000 (tidak termasuk duti dan cukai kastam).

Model yang melakukan debut pada acara Pameran Motor Antarabangsa Frankfurt (FIMS) 2018 itu hadir dengan bumbung hard top dan boleh dibuka-tutup dalam masa 14 saat.

ENJIN V8

Dikuasakan enjin Ferrari V8 turbo, Ferrari Portofino V8 GT mampu menghasilkan kuasa 600hp pada 7,500rpm dan tork 760Nm (3,000rpm – 5,250rpm).

Pecutan 0-100kmj mampu dibuat sepantas 3.5 saat dengan kelajuan maksimum 320kmj. Kalibrasi semula pengurusan perisian dan penggunaan komponen baharu turut menjadikan Ferrari Portofino V8 GT lebih berkuasa berbanding enjin terdahulu yang digunakan pada model California T.

Ferrari Portofino V8 GT juga lebih ringan, sekali gus dapat menawarkan kuasa dan penurunan emisi secara signifikan. Buat kali pertama, juga dalam model Ferrari, Portofino dipasangkan Diferensial Belakang Elektronik (E-Diffs) generasi ke-3 yang disepadukan transmisi F1-Trac 7-kelajuan. Ia menambah baik aspek cengkaman dan kawalan jentera kepada tahap terbaik.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Automotive Group, Naza Corporation Holdings Sdn Bhd, Datuk Samson Anand George berkata, Portofino ialah konvertibel paling berkuasa dalam segmen GT yang pernah dihasilkan Ferrari.

Tambah Samson lagi, Naza Italia sangat teruja memperkenalkan model dinamik ini di Malaysia. Portofino juga menampilkan karakteristik dinamik yang dioptimum dan diubah sepenuhnya.

BACA >>> Tidak Percaya Tesla ‘Power’, Ferrari Rancang Hasilkan Supercar Elektrik

Ferrari Portofino V8 GT
Ferrari Portofino V8 GT Malaysia

PERTAMA DILENGKAPI EPS

Ferrari Portofino V8 GT juga jadi model GT pertama dilengkapi Stereng Kuasa Elektrik (EPS). Digabungkan E-Diff3, ia dapat mengurangkan nisbah stereng hingga 7 peratus, sekali gus memberikan rasa stereng lebih responsif apabila dipandu pada kelajuan tinggi.

Menjengah ke ruang kabin, Portofino hadir berrsama paparan skrin sentuh 10.2-inci, sistem penyaman udara baharu dan tempat duduk boleh laras elektrik.

Ruang roda depan dipadankan rim 20-inci dan dikahwinkan tayar 245/35, manakala roda belakang pula menampilkan tayar bersaiz 285/35 R20.

GALERI

Ferrari Portofino V8 GT
Ferrari Portofino V8 GT Malaysia
Ferrari Portofino V8 GT Malaysia
Datuk Samson Anand George enjin Ferrari Portofino V8 GT Ferrari Portofino V8 GT Ferrari Portofino V8 GT Malaysia Harga Ferrari Portofino V8 GT Harga Ferrari Portofino V8 GT Malaysia Naza Italia Portofino V8 GT Roda4
Abang GYL

Artikel Berkaitan

Porsche 911 Carrera Cabriolet Reimagined by Singer
Bikin Auto

#BikinKereta: Porsche 911 Carrera Cabriolet Reimagined by Singer dengan Enjin NA 4.0L Flat-Six

14/02/2026
Kia Seltos 2026
Roda4

Kia Seltos 2026 Serba Baharu Umum Harga di India, Bermula RM47k

13/02/2026
Lepas L4 dikesan menjalani penggambaran video promosi
Auto Terkini

Lepas L4 Tiba di Malaysia, Bakal Lancar Tidak Lama Lagi!

13/02/2026
Ibu pejabat Mercedes-Benz di Jerman
Auto Terkini

Kakitangan Mercedes-Benz Jerman Dapat Bonus Sehingga Lebih €3,100

13/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie10/02/2026
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Auto Terkini

Gong Xi Eid Bersama EON: Rebat hingga RM58k, Faedah Rendah dan Pelbagai Hadiah Menanti Tiga Hari Sahaja!

By Han Othman05/02/2026
Morbidelli N125V 2026
Roda2

Morbidelli N125V 2026 dengan Enjin V-Twin 125cc, Frem Trellis dan Monoshock

By Abang Hirata04/02/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Proton e.MAS 5 Tembus Lima Terbaik Kereta Paling Laris Januari 2026

By Syafie11/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.