Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Ferrari Daytona SP3 Tailor Made, 1 Unit Tambahan Daripada 599 Unit Yang Terjual!
Auto Terkini

Ferrari Daytona SP3 Tailor Made, 1 Unit Tambahan Daripada 599 Unit Yang Terjual!

Abang HirataBy Abang Hirata09/07/2025
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SIRI model terhad Ferrari Icona kembali dengan satu tujuan yang istimewa. Ferrari Daytona SP3 Tailor Made yang unik akan dilelong oleh RM Sotheby’s pada Ogos 2025, bersempena dengan Monterey Car Week di California.

Apa yang menarik, semua hasil lelongan akan disalurkan sepenuhnya kepada pelbagai inisiatif pendidikan Ferrari.

Unit istimewa ini, bernombor 599+1, merupakan tambahan kepada 599 unit Ferrari Daytona SP3 sedia ada dan telah pun habis dijual.

Sebuah plak khas akan disertakan pada kereta ini untuk mengesahkan statusnya yang unik.

Dana yang terkumpul dari lelongan ini akan dikhususkan untuk meningkatkan projek pendidikan ke piawaian antarabangsa, satu langkah yang meneruskan komitmen jangka panjang Ferrari dalam memberi sumbangan kepada komuniti.

Semua hasil lelongan akan disalurkan kepada The Ferrari Foundation, sebuah badan amal awam 501(c)(3) yang diiktiraf oleh IRS, untuk pelbagai projek pendidikan masa hadapan.

Inisiatif terbaru mereka termasuk kerjasama dengan Save the Children, di mana Ferrari telah memberi sumbangan untuk membantu membina semula Aveson Charter School di Altadena, California.

Kampus sekolah tersebut musnah tragis akibat kebakaran Eaton pada awal tahun ini.

Perincian Daytona SP3 Tailor Made

Ferrari Daytona SP3 Tailor Made ini menampilkan kemasan gentian karbon dua tona dan badan berwarna Giallo Modena. Bahagian seperti splitter hadapan, ambang sisi, dan difuser belakang diberikan kemasan hitam berkilat.

Satu ciri menarik ialah logo Ferrari dalam Giallo Modena yang terpampang di keseluruhan bahagian atas badan dan kali pertama logo tersebut digunakan sebegitu pada rekaan luaran kereta.

Bahagian dalaman kereta pula menggunakan fabrik inovatif yang dihasilkan daripada tayar kitar semula, lengkap dengan motif Prancing Horse yang ikonik.

Papan pemuka dan tiang stereng dibuat daripada sejenis gentian karbon yang sering digunakan dalam jentera Formula 1, yang mengukuhkan kaitan model ini dengan warisan perlumbaan Ferrari.

Ferrari Daytona SP3 dan Siri Icona

Ferrari Daytona SP3 adalah model kedua yang diperkenalkan dalam siri terhad Icona.

Siri Icona ini merupakan penghormatan kepada prototaip sport Ferrari V12 enjin tengah-belakang yang telah membantu mengangkat jenama Ferrari ke tahap tertinggi dalam dunia sukan permotoran.

Daytona SP3, yang produksinya terhad kepada 599 unit, dikuasakan  enjin V12 aspirasi semula jadi 6.5 liter yang menghasilkan 840 ps. Pecutan dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 2.85 saat dan dari 0 hingga 200 km/j dalam 7.4 saat.

Siri Ferrari Icona sendiri bermula pada tahun 2018 dengan pengenalan Ferrari Monza SP1 dan SP2.

Kedua-dua model ini diinspirasikan daripada rekaan barchetta (kereta sukan terbuka sepenuhnya tanpa bumbung atau tingkap, seperti Ferrari Monza SP1 dan SP2 sendiri) perlumbaan era 1950-an, yang telah menyumbang kepada status legenda Ferrari dalam dunia sukan permotoran.

Siri Icona meraikan sejarah Ferrari. Ia menghasilkan semula gaya model ikonik menggunakan bahan dan teknologi moden.

Konsepnya bukan sekadar meniru rekaan lama, tetapi mengambil ciri utama sesuatu era untuk mencipta rekaan baru yang unik, yang berpotensi menjadi ikon masa depan.

Semua kereta Icona mempunyai ciri eksklusif yang tiada pada model lain, dan hanya untuk pelanggan utama serta pengumpul Ferrari.

Ferrari Ferrari Daytona SP3 Ferrari Daytona SP3 Tailor Made Ferrari Icona
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Auto Terkini

Petron Catat Untung Bersih RM246 Juta Sepanjang 2025

27/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.