• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Ferrari 488 Pista yang Lebih Ringan dan Berkuasa - 710hp, 768Nm

Ferrari 488 Pista yang Lebih Ringan dan Berkuasa - 710hp, 768Nm

February 22, 2018 By Azhan O 3 Comments

120
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


FERRARI 488 Pista melakukan debut rasmi dengan meneruskan kesinambungan legasi V8 yang dimulakan 360 Challenge Stradale pada 2004.

Dijana enjin V8 3.9L pengecas turbo kembar, 488 Pista mampu menghamburkan kuasa setinggi 710hp pada 8,000rpm dan tork 768Nm (3,000rpm). Prestasi dihasilkan bukan saja cukup berkuasa berbanding 488 standard, tetapi juga 10 peratus lebih ringan menerusi penggunaan komponen jentera lumba 488 Challenge. Antaranya manifold ekzos Inconel, kebuk ambilan karbon, aci engkol dan flywheel, dan con rod titanium.

BACA >>> #Videotomotif: Pratonton Video Rasmi Ferrari 488 GTO

Berat 488 Pista ialah 1,280kg, iaitu 90kg lebih ringan berbanding 488 GTB. Menurut Ferrari, supercar terbaru ini memapu memecut 0-100kmj sepantas 2.85 saat, dan 0-200kmj (7.6 saat), manakala kelajuan maksimum 339kmj.

Pengalaman dalam sukan permotoran turut membantu Ferrari membangunkan fungsi aerodinamik untuk 488 Pista. Bahagian depan diilhamkan daripada 'S Duct', iaitu muncung depan yang ada pada jentera Formula Satu (F1). Fungsinya, menyedut udara dari bawah dan disalurkan ke depan kereta dan dilepaskan ke atas bonet untuk mendapatkan tambahan dayabawah atau downforce.

Difuser besar belakang disatukan dengan dua ekzos seperti kereta lumba 488 GTE, manakala spoiler belakang kini lebih panjang dan tinggi berbanding 488 standard. Ferrari mendakwa penambahbaikan itu meningkatkan 20 peratus dayabawah 488 Pista.

Ferrari-488-Pista-2
Ferrari-488-Pista-3
Ferrari-488-Pista-5

Beberapa sistem elektronik membantu menjadikan had yang ada pada 488 Pista lebih mudah dicapai apabila memecut atas trek. Versi terkini sistem Kawalan Sudut Gelincir-Sisi (SSC 6.0) Ferrari diperkenalkan dan digabungkan dengan E-Diff, pengurusan kestabilan F1-Trac dan peredam magnetoreologikal.

488 Pista turut dibekalkan dengan Peningkat Dinamik atau Dynamic Enhancer yang berupaya menukar tekanan brek pada kaliper untuk mendapatkan tahap pelarasan lebih halus. Menurut Ferrari lagi, sistem tersebut bekerja bersama ciri lain untuk mendapatkan kualiti pengendalian yang lebih mudah, intuitif, senang dijangka.

Ferrari juga menawarkan beberapa komponen gentian karbon untuk 488 Pista seperti rim 20-inci, penutup enjin, bampar dan spoiler.

Ferrari-488-Pista-8
Ferrari-488-Pista-7
Ferrari-488-Pista-6
Ferrari-488-Pista-4
Ferrari-488-Pista-1

SUMBER: AutoGuide

Artikel Berkaitan

120
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Ferrari, Ferrari 488 GTO, Ferrari 488 Pista, Ferrari 488 Pista (2018), Roda4, Supercar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #Spyshot: Proton Sibuk Uji Saga Facelift Terakhir dengan Enjin Lebih Kecil?
    #Spyshot: Proton Sibuk Uji Saga Facelift Terakhir dengan Enjin Lebih Kecil?

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my