Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Ferrari 296 Speciale Evolusi Supercar Hibrid Paling Radikal, Dari RM4.2 Juta
Auto Terkini

Ferrari 296 Speciale Evolusi Supercar Hibrid Paling Radikal, Dari RM4.2 Juta

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam31/10/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

FERRARI 296 Speciale menandakan satu lagi bab penting dalam legasi model ‘track-focused’ jenama Itali ini. Ia meneruskan tradisi model ikonik seperti 360 Challenge Stradale, 430 Scuderia, 458 Speciale dan 488 Pista, setiap satunya mencerminkan puncak teknologi dan semangat perlumbaan Ferrari.

Diperkenalkan kepada pasaran Malaysia dalam satu majlis tertutup di Ital Auto Kuala Lumpur, model ini menembusi pasaran kita dengan harga bermula RM4,288,000 termasuk duti import dengan dua pilihan varian; 296 Speciale dan 296 Speciale A.

Gabungan V6 Twin Turbo dan Motor Elektrik Berprestasi Tinggi

Model 296 Speciale ini dikuasakan oleh enjin 3.0L V6 twin turbo hibrid, bersama motor elektrik 177hp dan bateri 7.45kWh. Hasilnya, supercar ini menjana 868hp, iaitu 36hp lebih tinggi berbanding 296 GTB. Dengan berat kering hanya 1,410kg, nisbah kuasa kepada beratnya mencecah 616hp per tan, memberikan pecutan 0-100kmj dalam 2.8 saat, dan kelajuan maksimum lebih 330kmj.

Ferrari turut memperkemaskan strategi penukaran lapan gear kelajuan dwi-klac, yang kini lebih pantas hasil penalaan semula sistem transmisi dan tambahan tork dari motor elektrik. Pengalaman pemanduan kekal agresif tetapi seimbang, menggambarkan DNA perlumbaan Ferrari.

Pengurangan Berat & Teknologi Perlumbaan

Berat enjin dikurangkan melalui penggunaan rod penyambung titanium, crankshaft nitrided steel ringan, serta skru titanium seperti yang digunakan pada jentera Ferrari 499P Le Mans Hypercar. Setiap gram dikira dengan pengurangan berat keseluruhan sekitar 60kg berbanding model asal.

Aerodinamik turut diperhalusi, menghasilkan 435kg daya mendap (downforce) pada kelajuan 250kmj, 20% lebih tinggi dari GTB. Bahagian hadapan menerima saluran udara aktif yang menyalurkan aliran ke hud dan cermin depan, manakala di belakang terdapat sirip menegak, sayap tambahan dan spoiler aktif tiga tahap (Low, Medium dan High Downforce).

Rekaan: Gaya Agresif, Futuristik, dan Eksklusif

Reka bentuk 296 Speciale menampilkan pendekatan moden Ferrari: diffuser belakang besar, konfigurasi ekzos baharu di posisi tengah atas, serta rim forged lima jejari potongan berlian yang direka khas untuk model ini. Selain itu, 296 Speciale turut ditawarkan dengan pilihan rim gentian karbon 20 inci, 40% lebih ringan berbanding rim asal. Ia juga datang dengan salutan khas yang mampu mengurangkan tekanan haba pada bahagaian tayar.

Pelanggan juga boleh menambah grafik nombor, jalur perlumbaan dan pakej ‘Piloti Ferrari’ eksklusif. Harga asas model ini bermula RM4,288,000, manakala versi 296 Speciale A mencecah RM4,888,000 termasuk duti import tanpa insurans dan cukai jalan. Ini sekaligus menjadikannya dengan mudah supercar yang mencecah nilai separuh juta ringgit apabila disesuaikan melalui konfigurator rasmi Ferrari.

Prestasi Litar & Pengendalian

Ferrari 296 Speciale mencatat masa 1 minit 19 saat di Litar Fiorano, iaitu 2 saat lebih pantas dari 296 GTB dan 0.7 saat lebih laju daripada LaFerrari. Sistem suspensi direndahkan 5mm, memberikan kawalan ayunan 13% lebih baik dan prestasi selekoh yang stabil. Ia juga menggunakan tayar Michelin Pilot Sport Cup 2 dengan dinding lebih tegap dan sebatian baru untuk cengkaman lateral maksimum.

Saingan

Ferrari 296 Speciale membuktikan gabungan kuasa hibrid dan kejuruteraan jitu mampu menghasilkan supercar paling seimbang dan berkuasa dalam kelasnya. Ia bukan sekadar versi ringan, tetapi satu transformasi menyeluruh terhadap 296 GTB.

Rival utama:

  1. Lamborghini Temerario
  2. Porsche 911 GT3 RS
  3. McLaren 750S

“The 296 Speciale is a truly formidable achievement.”

Dengan keupayaan luar biasa, pengendalian cemerlang dan keseimbangan teknologi moden, Ferrari 296 Speciale muncul sebagai supercar untuk semua musim cukup selesa di jalan raya, dan cukup pantas untuk menakluk mana-mana litar dunia.

Ferrari 296 Speciale Ferrari 296 Speciale A Ferrari Malaysia Supercar
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Petronas logo
    Auto Terkini

    Petronas Tidak Terlibat Cadangan Bekal Bahan Api ke Filipina

    30/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Thailand Terima Toyota Land Cruiser FJ – SUV Kompak, 166 Horsepower, Dari RM152k

    30/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Honda e:N2, EV Fastback Kini Di Bangkok, 204 Horsepower, Jarak 530 km

    30/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026 Mazda CX-6e, Crossover EV Mazda Dengan Rekaan Kodo Futuristik

    30/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
    Roda4

    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

    By Shazwan Hisam04/11/2025
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.