Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»FAQ: AEON Credit Tawar Tangguh Pinjaman Sebulan, Apa Perlu Anda Tahu?
Auto Terkini

FAQ: AEON Credit Tawar Tangguh Pinjaman Sebulan, Apa Perlu Anda Tahu?

Abang GYLBy Abang GYL31/03/202098 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BERITA baik buat peminjam AEON Credit. Institusi kewangan bukan bank itu bersetuju menawarkan penangguhan pinjaman selama sebulan dalam usaha meringan beban pelanggan yang perlu mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak Covid-19.

Antara pinjaman yang layak menikmati penangguhan bayaran ialah pembiayaan objektif, peribadi, motosikal dan auto. Semua pelanggan terlibat akan diberikan penangguhan secara automatik bermula 1 April ini kecuali akaun yang mempunyai tunggakan lebih 90 hari.

Apa yang menarik, tiada sebarang faedah akan dikenakan bagi penangguhan pinjaman tersebut. Bagaimanapun, pelanggan yang masih berdepan masalah kewangan boleh melanggan pakej pembiayaan semula menerusi www.aeoncredit.com.my bermula 1 Mei 2020.

BACA >>> Pemilik Motosikal India Lega, Syarikat Kewangan Bukan Bank Boleh Tangguh Bayaran

SOALAN LAZIM (FAQ) TAWARAN TANGGUH PINJAMAN AEON CREDIT

1. Bayaran pinjaman dibuat menerusi Auto Debit, perlukan saya batal?

Tidak perlu. Semua pembayaran secara Auto Debit akan terhenti sepanjang April.

2. Bagaimanakah kalau saya mampu bayar dan tak nak tangguh pinjaman?

Boleh bayar macam biasa. Tidak perlu mohon atau hubungi AEON Credit.

3. Selama penangguhan, adakah saya masuk rekod CCRIS?

Tidak, melainkan tak bayar bulan seterusnya tanpa buat sebarang permohonan.

4. Adakah saya akan dikenakan caj tambahan?

Tidak, melainkan rela hati nak bagi.

5. Saya ada hutang kad kredit dan pada masa sama tak mampu bayar sebab  Covid-19. Boleh tak saya tukar kepada pelan ansuran?

Ya, boleh. Pemegang kad boleh tukar baki tertunggak kepada Pelan Ansuran 36-Bulan pada kadar faedah 7.1 peratus p.a. Bagaimanapun, pemegang kad yang ada tunggakan lebih dari 90 hari tidak dibenarkan.

6. Bolehkah saya minta tangguh bayaran sampai enam bulan?

Tidak boleh.

7. Saya masih kurang faham. Apa nak buat eh?

Boleh layari www.aeoncredit.com.my atau hubungi Bahagian Pengurusan Kredit AEON Credit di talian 03-5629 8888. 

BACA >>> Covid-19: BNM Benarkan Tangguh Bayar Pinjaman 6 Bulan Automatik Mula 1 April
BACA >>> #FAQ: Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank Akibat Covid-19

AEON Credit FAQ AEON Credit Institut Kewangan Bukan Perbankan penangguhan pinjaman aeon credit pinjaman aeon credit pinjaman kenderaan Pinjaman Motosikal Soalan Lazim
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Aprilia RS 660, RS 457 Kuasai Pasaran Itali, Pegang Lebih 21% Segmen Sport Bike

    23/03/2026
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Pikap Comel Toyota Pixis Truck 2026 Jepun Dengan Keselamatan Pintar, Serendah RM28 ribu!

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

    19/03/2026

    98 Comments

    1. Richard on 01/04/2020 08:56

      Pembayaran kereta akan di tangguhkan atau tidak buat masa ni

      Reply
      • Abang GYL on 01/04/2020 11:35

        Iya.

        Reply
    2. rabiah on 01/04/2020 12:34

      loan kereta camn…di hold jgk ke

      Reply
      • Abang GYL on 01/04/2020 13:17

        Ya betul. Ada 4 kategori dibenarkan untuk AEON Credit

        Reply
    3. Mira on 01/04/2020 15:06

      Credit card ada penangguhan tak ? Berapa lama ? Due : 2/4 dan saya da dapat statement dan sms utk bayar balik.

      Personal loan pula ? Due : 2/4

      Jika ,ya starting statement bulan berapa ?

      Reply
      • Abang GYL on 01/04/2020 18:20

        Personal loan boleh, Tetapi kad kredit tidak dibenarkan

        Reply
    4. Wanie on 01/04/2020 20:21

      Sayaa kurang faham sikid . Bermaknaa bayaran untuk bulan 3 lah ye ? So bayaran bulan 4 nanti akan bayat mcm biasaa ya ?

      Reply
      • Abang GYL on 01/04/2020 20:56

        Untuk bayaran bulan 3 dan sepatutnya di bayar pun 4 tak perlu bayar

        Reply
    5. Niza on 01/04/2020 23:26

      Pencerahan tntng 4 katogari yg dibenarkan aeon credit utk loan kereta
      Terimakasih

      Reply
    6. Fieza on 02/04/2020 05:10

      Saya nak tanya jika bayaran pinjaman kereta saya ada tunggakan sebulan, boleh ke saya buat tangguhan pada bulan april ini?
      Ini bermakna bulan mac dan april saya tidak buat bayaran..

      Reply
      • Abang GYL on 02/04/2020 14:17

        Sepatutnya boleh sebab syarat tidak boleh melebihi hutang 90 hari

        Reply
    7. Miana on 02/04/2020 08:23

      Nk tnya klu loan peribadi yg due date tiap 2 hbln kne utk pmbyran bulan 3 due date 2 bulan 4. Dh jatuh April tu kne bayar ke tak ehh

      Reply
      • Abang GYL on 02/04/2020 14:17

        Mohon rujuk dengan Aeon credit untuk ini

        Reply
    8. Khairul on 02/04/2020 13:29

      Macam saya first bayar bulan 4…dapat ke penanguhan tu.. Call aeon tak jawab

      Reply
      • Abang GYL on 02/04/2020 14:07

        Itu tuan perlu semak dengan AEON Credit.

        Reply
    9. ho yi an on 02/04/2020 13:52

      Loan kereta yang hutang kurang dari 90 hari, akan tangguh selama 6 bulan ke?

      Reply
      • Abang GYL on 02/04/2020 14:05

        Cuma tangguh sebulan untuk Aeon credit. Bank lain 6 bulan. Mohon rujuk pada bank masing-masing

        Reply
    10. Riz on 02/04/2020 19:25

      Kenapa tak bagi 6 bulan mcm bank lain Kn kita hadapi bnda yg sama virus..klau virus nie brpnjng smpai fasa ketiga mcm mner ngn cstmer adakah phak aeon akn beri pnambahan bulan atau trus bgi 6 bulan mcm bnk lain. Tq

      Reply
    11. Muhamad aizuddin bin azuha on 02/04/2020 20:35

      Saya ada bayar pinjaman moto pada 19/3 perlu ke saya bayar untuk bulan 4 punya?

      Reply
    12. Muhamad aizuddin bin azuha on 02/04/2020 20:41

      Bulan 3 saya ad buat pembayaran untuk motor saya
      Bulan 4 kena bayar juga ke?

      Reply
      • Abang GYL on 02/04/2020 22:01

        Jika layak, tidak perlu bayar.

        Reply
    13. Joe on 02/04/2020 20:59

      Saya first bayar bln 3 baru2 ni.. yg bln 4 ni sy layak tk untuk penangguhan

      Reply
      • Abang GYL on 02/04/2020 22:01

        Mohon rujuk AEON Credit

        Reply
    14. Nabihah on 02/04/2020 21:02

      Penangguhan tu kira bulan 5 tak perlu bayar double?

      Reply
      • Abang GYL on 02/04/2020 22:00

        Hanya 1 bulan yakni April 2020

        Reply
    15. shafami on 03/04/2020 04:03

      saya sepatutnya bayar 2/4 ni “tapi menurut yg saya bca dkt artikel ni beri penangguhan untuk bulan april” adakah bermakna pada bulan mei saya perlu bayar double ‘ atau cuma jumlah yang sepatutnyer??

      -saya tidak mempunyai tunggakan sepnjng pembyrn ansurans under aeon dan ini juga merupakan kali keenam pmbyrn adekah saya termasuk dalam penangguhan pembayaran untuk bulan april?

      -maaf kerana terlalu pnjng . saya perlu thu lebih lanjut

      Reply
      • Abang GYL on 03/04/2020 12:24

        Bulan April tidak perlu bayar dan hanya bayar pada bula Mei

        Reply
    16. Aliff on 03/04/2020 13:27

      2/4 selalu nya aeon akan tolak duit motor saya tapi betul ke aeon ada buat penangguhan untuk bulan 4? Jadi kalau masuk bulan 5 kira bayar double ke macam mana ya

      Reply
      • Abang GYL on 03/04/2020 13:28

        Mohon rujuk pda AEON Credit

        Reply
    17. Aliff on 03/04/2020 14:52

      Kalau sebulan di tangguh kan jadi bulan 5 kena bayar double ke macam mana ?

      Reply
      • Abang GYL on 03/04/2020 14:54

        Tak perlu. Bayar sebulan saja. Cuma tarikh dipanjangkan

        Reply
    18. Miss Potato on 03/04/2020 15:01

      Nak tanya kalau saya nak bayar juga loan motor saya tapi saya x dpat call sebab di luar negara, any other suggestions?

      Reply
      • Abang GYL on 03/04/2020 15:42

        Boleh bayar seperti biasa. Tak ada masalah

        Reply
    19. Jayy on 03/04/2020 19:39

      Saya Ada tunggakkan pinjaman beribadi selama sebulan boleh kah saya tangguhkan bayaran pinjaman ini?

      Reply
      • Abang GYL on 03/04/2020 19:40

        Mengikut Q&A diberikan, ya boleh

        Reply
    20. Hasal bin ali aziz on 04/04/2020 19:41

      Sy mahu buat bayaran di mesin tetapi mesin tutup so apa perlu sy lakukan ye?

      Reply
      • Abang GYL on 04/04/2020 20:43

        Buat menerusi online payment

        Reply
    21. Feyna on 05/04/2020 06:26

      Kita tak payah nak cancel auto debit dekat bank kan ,,,,?

      Reply
      • Abang GYL on 05/04/2020 11:06

        Betul. Tidak perlu.

        Reply
    22. Adnan on 05/04/2020 20:15

      Untuk bulan 4 saya da terbayar sebab saya bayar kebiasaannya melalui online payment pada tarikh 28hb..jadi bulan 5 saya kena bayar jugak ke atau tak perlu?

      Reply
    23. Rasyid on 06/04/2020 10:44

      Motor sy keluar kedai 30/1/2020..lepas tu tuan kedai cakap pihak aeon akan call hujung bulan 3 untuk bayar,sampai sekarang tak ada call. Jadi macam mana ye?

      Reply
    24. Jamal on 06/04/2020 19:33

      Selain itu, Kerajaan juga menyeru organisasi pemberi pinjam wang berdaftar di bawah
      Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 yang menyediakan kemudahan kredit untuk
      memberi moratorium ke atas bayaran ansuran PKS selama 6 bulan bermula April
      2020, sepertimana yang telah diberikan oleh pihak bank. Saya berharap organisasi
      pemberi pinjam wang turut bersimpati dengan kesukaran yang dihadapi oleh
      pelanggan dan bersama-sama membantu meringankan beban kewangan mereka.

      Reply
    25. Alwi on 06/04/2020 21:08

      Saya dah jelaskn bayaran kenderaan.utk bln Apr 20.
      Sewaktu PKP.ini….bilakah saya perlu membuat bayaran saterusnya.
      Bayaran saya tidak pernah sangkut pembayaran nya.
      Bagi pencerahaan……tuan

      Reply
    26. Ahmad on 07/04/2020 08:30

      Saya ada buat loan kereta, dan sy sudah masukkan dlm bank untuk pembayaran kereta bulan 3..
      Soalan sy, adakah pihak bank akan ambil duit tersebut atau buat penangguhan sebulan?
      Please reply

      Reply
    27. Firman on 08/04/2020 14:22

      Sya ada ambik talifon.. Sya kne bayar talifon kpd aeon.. Adakah sya perlu bayar pada bulan April atau tidak

      Reply
    28. deepen ravichandran on 08/04/2020 18:51

      Due 2/4/20 ,Dah announce untuk penangguhan tetapi masih dapat surat pembayaran lambat

      Reply
      • Abang GYL on 08/04/2020 20:06

        Mohon rujuk dengan pihak AEON Credit

        Reply
    29. Alif on 09/04/2020 19:20

      Sy kurang paham…sebagai contoh kalau pembayaran pinjaman saya bulan 2/11/2020 ni habis pinjaman sy… pembayaran 2/4/2020 dikecualikan….bermakna diganjakkan pembayaran pinjaman sy habis 2/12/2020..

      Tlong jelaskan??

      Reply
      • Abang GYL on 09/04/2020 19:23

        ya betul

        Reply
    30. Raihan on 10/04/2020 16:42

      Kalau due date selalu pada setiap bulan 2hb bermakna bayaran yg last Saya buat adalah 2hb March Dan bila dah sampai 2hb April belum dibayar macam Mana tu

      Reply
    31. Nurfadila on 10/04/2020 16:42

      Tadi pihak aeon ada kol kena buat pembayaran juga dia bagi masa smpai 25 hb nie..bilang ada penanguhan 1 bulan..dah la x suami x keja..

      Reply
    32. alif on 16/04/2020 15:00

      jika golongan kad kredit yang terjejas pekerjaannya dan tiada pendapatan bagaimana cara untuk menyelesaikannya?

      Reply
    33. rebecca on 16/04/2020 15:43

      jika pkp ni di lanjut kan..ada kah penanguhan pembayaran di lanjut kan juga?jika pkp di terus kan..mcm mna mau cari wang untuk bayar?gaji pun tak jalan?ada wang pun cukup² untuk makan sekeluarga..cuba bagi penjelasan mcm mna mau selesai kan masaalah seperti ni…..

      Reply
    34. Yesza on 17/04/2020 10:29

      Maksudnya utk bayaran bulan 4 tak bayar pn takpe la.. contoh, keta sy habis bayar bulan 2 tahun 2021 tapi akan habis bulan 3 2021 jika sy tangguh bulan ni..

      Reply
    35. Rahayu mokhtar on 17/04/2020 22:15

      Saya nak tanya aeon bank kenapa tak boleh buat tarikh tunda 6 bln ye..tp hanya 1 bln sahaja…padahal pihak peminjam bukannye boleh kerja pon pkp ni…nt ramai yg x boleh nk bayar….pas 2 blaclist plk….

      Reply
    36. Nur Eyna on 18/04/2020 01:09

      maafkan saya. saya setiap bulan bayar duit moto, takpernah skip. cuma sejak pkp ni saya hold sebab kewangan agak terhad. bulan lepas (bulan 3) saya belum bayar duit moto. jadi kalau bulan 3 & 4 saya tak bayar takpa ke? saya Confius

      Reply
    37. Faris on 18/04/2020 20:33

      Saya bayar aeon cash deposit setiap bulan?adakah auto tangguhan atau Sy kena apply kat aeon?sbb Sy bukan auto debit,Sy bayar melalui cash deposit aeon.so bulan April Sy nak buat tangguhan ,so Sy perlu apply atau auto?

      Reply
    38. khairul on 21/04/2020 21:34

      Saya harap Aeon dapat menerangkan tentang penangguhan bayaran…..sy tak faham tentang penanguhan bulan APRIL…adakah penangguhan bermula 1 Mac…..hinnga 1 April…..ataupun 1 April hingga 1 Mei….
      #tolong jelaskan

      Reply
    39. Mohamad Muhidi on 23/04/2020 00:19

      Nak tanya, saya ada 2 pinjaman dgn aeon ni.. 1. Personal loan 2. Motosikal , due date utk kedua-dua ni pada 2hb utk setiap bulan..tak pernah skip lagi bayar. Pembayaran utk bulan 3 dan due pada 2hb.04.2020 saya dah bayar, jadi nak tanya kalau saya hold pembayaran utk bulan 4 ni yg due pada 2hb.05.2020 boleh ke ??

      Reply
    40. hanif on 23/04/2020 15:04

      kenapa tak tangguh smpai 6 bulan mcm bank lain2 juga.. nak bayar mcamne gaji pon tak da.. kerja x boleh.. nati kalau x bayar bnyak pula yg blacklist.. mohon pertimbangkan..

      Reply
    41. Alif Adam on 24/04/2020 01:06

      Saya tidak dapat bayar buat dalam masa PKP ni kerana saya tiada gaji……saya berkerja sebagai tukang masak.klau kerja baru ada gaji klau tak kerja tk ada gaji..PKP kedai tutup saya tk kerja gaji pon tk ada…saya mohon beri masa lagy….

      Reply
    42. Muhammad Zulqarnain on 24/04/2020 23:33

      Nak kepastian ansuran moto aeon tangguh berapa bulan yang tak mampu nk byar sbab penularan covid 19

      Reply
      • Abang GYL on 24/04/2020 23:39

        Buat masa ini sebulan saja

        Reply
    43. NORHANA ISMAIL on 25/04/2020 11:34

      Saya ada buat ansuran mudah televisyen dengan eon..adakah saya juga layak dapat penangguhan daripada eon??

      Reply
      • AO on 25/04/2020 20:19

        Boleh hubungi AEON tanya

        Reply
    44. Emma on 27/04/2020 16:31

      Due date utk 2 hb 5 ni xperlu byr kn maksudnya?

      Reply
      • Abang GYL on 27/04/2020 21:26

        Maklumat terkini, Aeon credit beri penangguhan sebulan lagi

        Reply
    45. Nurul on 28/04/2020 02:41

      Mknanya 2/5 ni tak perlu bayar lh kn? Betul kn?

      Reply
    46. Hamdan on 28/04/2020 04:01

      Sy biasa bayar loan kereta pd hujung bulan..bln mac sdh byr..so bln april ni blh tangguh la kan..bln mei nnti baru byr balik..gitu ke?

      Reply
    47. hazli on 04/05/2020 14:08

      Bulan April saya bayar . Klau saya nak tangguh bayar bulan Mei bole tak?

      Reply
    48. Mohamd elmizan on 05/05/2020 17:43

      Bulan march dah bayar gaji bulan 4 tapi bulan april belum bolehkah says tangguh

      Reply
    49. Mohd Hazman on 04/06/2020 14:54

      Nak buat loan telefon tapi kata blacklist ada loan motor dah bayar rm400 smlm 6hb jun 2020.

      Reply
    50. Nazwa on 05/06/2020 07:26

      Mcam mana nak buat bayaran balik secara 3 6 9 bulan? Macam mana nak mohon?

      Reply
    51. HASAN BASRI BIN MAT AIL on 07/06/2020 21:44

      Saya ada buat loan motor, mula byr bln jan,feb dan mac. Utk bln apr dan mei tak byr pasal PKP bulan jun dah pun byr mcm biasa. Saya nak tau utk bln apr dan mei/2020 yg terlepas byr tu (RM 416.00) boleh ke tidak byr secara ansuran? dgn kadar RM berapa dan bila bermulanya bayaran ANSUR. mohon penjelasan

      Reply
    52. Alif on 08/06/2020 22:17

      Kenapa ada potongan RM18.20 dan debit advice RM1????

      Reply
    53. Nilson on 09/06/2020 19:47

      Sy dapat penangguhan 2 bulan dari aeon, tapi june ni aeon debit potong 2×. Apa sebab ya? Tolong bagi penjelasan?

      Reply
    54. Bb on 10/06/2020 21:39

      Betul tu saya pn kena potong 2 kali. Sepatutnya setiap 10 hb setiap bulan tapi 2 hr lepas dh potong, dan hr ni potong lg sekali..

      Reply
    55. Eazzazun on 15/06/2020 10:03

      Bulan June kenapa saya kena potong sampai 3 kali ek? 4hb 5hb 11hb? Tolong jwp dengan segera. Call Aeon Cdt tak angkat. Email belum berjawap. Habis gaji akuu huhuhuhu

      Reply
    56. Sue on 17/06/2020 12:22

      Bln 4 dan bulan 5 aeon x potong bayaran…skrg tel srh byr secepat mungkin.mana nk cari duit wei…sy xcall pon srh stop payment..sbb guna suto debit duit slalu stanby…dah xpotong kami guna dah duit..

      Reply
    57. AmirulBahrin on 29/06/2020 15:08

      Salam Sejahtera Admin…

      sy ingin memohon penjelasan berdasarkn pengalaman ngeri yg trjdi dlm hdup sy pada sebulan yg lpas dimana 2hari sblum umat islam meraikan perayaan…

      dan shingga kini sy msih lg dlm keadaan kesusahan utk mmbwa bini sy yg dlm kandungan berusia 7blan utk checkup di hospital,

      juga rasa kesedihan apabila dilanda nasib sebegini yg dikenakan oleh pihak perbankan yg tidak berhati perut serta perikemanusiaan,

      sy mnulis comment ini bserta dgn perasaan sy yg teramat2 sngt kecewa dan juga terkilan spnjang pngalaman kedua kali sy mmbuat pembiayaan pinjaman kenderaan.

      Kereta saya kena tarik atas kelewatan pembayaran bulanan serta ada masalah kewangan yg tk ckup utk sy mmbuat pembayaran pnuh tetapi sy tetap mmbayarnya hnya separuh semasa PKP dikuatkuasakan,

      dan sy tidak mndapat apa2 notis penarikan mahupun call dr pihak aeon jadi bila sy ingin keluarkan balik kereta saya yg tlah ditarik pihak aeon meminta saya untuk melangsaikan baki hutang yang ada sebanyak RM37K…

      Sedangkan perbankan lain jika kereta yg telah ditarik…dan jika pemilik ingin mngeluarkan semula kereta yg tlah ditarik,
      Pemilik hanya diminta utk mmbayar jumlah tunggakan bergantung kpd berapa bulan yg tidak dibayar sblum kereta tersebut ditarik serta penambahan utk upah tarik,iaitu jumlah cajnya yg akan dikenakan adalah trletak pada si penarik kereta.

      Jadi dengan jumlah yg diminta pihak AEON sebanyak RM37K tersebut,
      sudah semestinya sya yg hanya pekerja swasta dgn gaji bulanan RM1870 tidak termampu utk mbayarnya…

      jadi pada pendapat admin,
      apakah langkah atau cara yang perlu sy lakukan tentang pemasalahan ini untuk mngeluarkn kereta sy supaya nama sy tidak disenarai hitam.

      Mohon penjelasan/pencerahan admin, bukan sy minta bantuan kewangan cuma sy kongsi perasaan pada pembaca2 supaya mereka tidak akan terkena nasib yg serupa dgn sy pada masa akan dtg… terima kasih

      Reply
      • Abang GYL on 30/06/2020 19:19

        Cara terbaik berbincang secara baik dengan pihak AEON. Biasa mereka pun tak nak tarik, tapi nak customer bayar baki hutang. Ini pandangan kami

        Reply
    58. Mohamad Nazrul Najmi Sudin on 30/06/2020 15:49

      saya nak tanya jika saya lewat membayar pinjaman moto selama 8hari pihak aeon akan masukkan sistem ini ke ctos or ccris tak?

      Reply
    59. Faridah on 04/07/2020 18:25

      Saya ada loan motor di AEON tarikh mula saya ambil motor tersebut dari kedai 20/05/2020 jadi brapa hari bulan saya start bayar motor tersebut mohon penjelasan

      Reply
    60. Xmen on 07/07/2020 20:37

      Motor saya kena tarik oleh aeon,kerana saya mbuat penaguhan bayaran kerana telah mjalani hukuman penjara selama 6 bulann
      Bolehkah saya dapat kan semula motor saya tersebut setelah membuat pembayaran untuk 3 bulan

      Reply
    61. Linda on 09/07/2020 12:22

      Smua terlibat dgn penanguhan bayar balik kereta 2 bulan kn pada musim pkp hari 2…..nape skrg aeon kredik mesej suruh jelaskn tunggakan selama 2 bulan??..

      Reply
    62. Nana on 12/08/2020 15:59

      Saya tak terima penangguhan. Pembayaran saya melalui auto debit. Tapi disebabkan secara auto, jadi tak di tolak dr dlm akaun. Baru2 ni duit sy ditolak seolah olah sy setuju dengan pembayaran yg dipanjangkan. Sdgkan saya nak teruskan pembayaran setiap bulan. Saya dah ke aeon servis dan setelkan bayaran. Diberitahu selepas ini auto debit seperti biasa. Tiba2 bulan ni dpt sms kerana lambat bayar dan tindakan akan diambil. Ambil la duit dlm akaun spt biasa. Apa masalahnya???

      Hari tu ckp xpyh buat apa2 tindakan. Kalau nakkan penangguhan je baru apply. Ni dah lain. Dah la call x angkat. Xde org keje ke???

      Reply
    63. lucas on 09/09/2020 17:17

      maaf bertanya …kenapa aeon hari2 send messages suruh byar ? padahal dh bayar melebihi yg sepatut nya …yg pelik nya ada 2 akaun pula perlu dibayar ?? kenapa eyk ?

      Reply
    64. mary umping on 29/09/2020 04:54

      hello autodebit ni macam mana…kna prgi aeon.ke bayar ..atau auto kna ptong…kat 2 hb….2hb xptong2…jngan kk8s duit customer…

      Reply
    65. Nur afifi Izwan on 25/05/2021 09:26

      Saya nak tanya kalau sy nk buat bayaran penuh berapa % akan diskaun?

      Reply
      • Abang GYL on 25/05/2021 13:12

        Untuk ini perlu call sendiri dan tanya. tq

        Reply
    66. Bella on 20/06/2021 16:36

      Untuk bayaran bulan 7 ni tiada penangguhan ke ? Sebab lockdown ni

      Reply
    67. Rossita on 06/07/2021 14:13

      Saya nak tanya lah..pasal bayaran kereta. Sepatutnya 2.7 2021 payment date..kenapa Dorang belum potong kat bank ye..nak tahu jgk ni..

      Reply
      • AO on 24/11/2021 13:27

        Tanya bank

        Reply
    68. Faris on 29/11/2021 15:50

      hi tumpang tanya…saya firts bayar bulan 10…so kalau bulan depan saya tak mampu bayar bole ke saya tangguh ke hujung bulan 12..so sye kena bayar double ke?

      Reply
      • Abang GYL on 30/11/2021 09:01

        Mohon tuan rujuk AEON Credit

        Reply
    69. cikam on 28/09/2022 18:40

      saya mahu tanya , tangguh berapa bulan ? paling lewat berapa bulan ? contoh bulan 9 sya bayar lewat , hujung ii . tangguh sebulan adakah dia tarik ?

      Reply
    70. Jamerry on 11/03/2024 13:18

      Sy nk tya,sy sdh dua thn x byr mor disebbkn mslh covid hr tu.so sy br start bayar 2 bln ni.mslh sy skrg surat tarik dr eon dh kluar..mcm yer

      Reply
    71. Razi on 02/10/2025 20:16

      Salam.. Saya dah tahun kedua buat bayaran kereta dgn aeon credit. Hari ni 2/9 saya terlewat masukkan duit dlm akaun utk autodebit.. biasa tolak jam 6 ptg. Boleh ke masukkan duit secara manual pd sebelah mlm sebelum jam 10pm hari ni.

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tol
    Auto Terkini

    Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri 2026!

    By Shazwan Hisam18/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    By Shazwan Hisam17/03/2026
    Veteran ATM bakal dapat lesen bawa kenderaan berat.
    Trak dan Lori

    Kerajaan Bakal Perkenal Program Lesen Kenderaan Berat untuk Veteran ATM

    By Shazwan Hisam18/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.