Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Fakta Pantas Tentang Honda Gold Wing dan CBR1000RR Fireblade – Lancar Suku Ketiga 2018
Auto Terkini

Fakta Pantas Tentang Honda Gold Wing dan CBR1000RR Fireblade – Lancar Suku Ketiga 2018

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/04/2018
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PADA pembukaan Honda BigWing pertama di Setapak, Kuala Lumpur, Boon Siew Honda (BSH) memperkenalkan Honda X-ADV, CRF1000L Africa Twin dan Sport Naked CB1000R. 

Sementara itu, satu sumber industri memberitahu model touring Gold Wing dan sportbike CBR1000RR Fireblade bakal menyusul di pasaran Malaysia menjelang suku ketiga atau keempat tahun ini. Bagaimanapun, bilakah masa yang tepat masih belum diketahui. Apa yang pasti, sudah tentu selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

1. GOLD WING (2018)

1. Gold Wing (2018) dilancarkan ke pasaran Malaysia sekitar 2012 pada harga RM174,900 dengan pilihan warna hitam dan putih.

2. Sejak diperkenalkan pada 1975, Gold Wing ialah jentera ideal buat mereka yang mahu mengembara jauh. Sebagai respon kepada perubahan demografi dan pasaran motosikal, pasukan pembangunan Honda memutuskan mengemas kini Honda GL1800 Gold Wing (2018) secara radikal.

3. Model touring itu dipasangkan frem rasuk kembar atau twin beam tuangan aluminium, direka untuk menyalut enjin (kini lebih kompak) dalam ruang lebih padat (40mm lebih ke depan). Struktur tebal dioptimumkan di setiap kawasan untuk mendapatkan tunggangan lancar dan stabil. Frem dan lengan ayun juga lebih ringan 2kg berbanding model lama.

4. Posisi tunggangan penunggang dan pembonceng diubah 36mm ke depan, manakala sudut suspensi depan wishbone berganda ditetapkan di belakang roda depan dengan mampatan suspensi 24mm ke depan. Faedahnya, pengurangan geseran gelincir (akibat pesongan bonggol dan input stereng. Kawalan bahagian depan Gold Wing kini 30 peratus lebih lancar.

5. Enjin 6-silinder turbin berkapasiti 1833cc yang dikemas kini. Setiap silinder dipasangkan 4 injap berbanding 2 sebelumnya. Saiz enjin kini lebih kompak dan ringan 6.2kg.

6. Saiz gerek 73mm dioptimumkan dengan nisbah mampatan 10.5:1 berkuasa 124hp pada 5,500rpm dan tork 170Nm (4,500rpm) dengan transmisi manual 6-kelajuan (termasuk fungsi overdrive dan undur elektrik) atau 7-kelajuan dengan undur DCT.

7. Sistem Throttle-by-Wire (TBW) menawarkan 4 mod tunggangan: Tour, Sport, Econ, dan Rain untuk mengubah suai karakter enjin dan hantaran kuasa. Disambung kepada Kawalan Tork Pilihan Honda (Honda Selectable Torque Control – HSTC), peredam suspensi dan Sistem Brek Dwi Gabung atau Dual Combined Brake System (D-CBS).

8. Gold Wing dipasangkan skrin elektrik lebih kecil yang boleh dikawal menerusi bar hendal sebelah kiri. Pelana penumpang dan pembonceng diasingkan. Ciri pencahayaan kini didatangkan dengan teknologi LED.

9. Paparan skrin TFT 7-inci berwarna dengan maklumat lengkap motosikal seperti tahap kecerahan boleh laras, sambungan Apple CarPaly, Bluetooth dan sistem masukan pintar (smart entry). Lencana Gold Wing baharu juga boleh dilihat pada konsol tengah dan kunci pintar (smart key).

10. Saiz tangki minyak dikurangan 4 liter menjadi 21 liter. Tetapi berat badan ringan dan lebih aerodinamik membuatkan Gold Wing (2018) kini lebih menjimatkan 5.6 liter per 100km. Gold Wing (2018) lebih ringan berbanding generasi sebelumnya yang seberat 413kg.  Varian Gold Wing Tour memiliki berat 379kg, manakala versi  DCT dan beg udara,  383kg.

11. Ada 3 pilihan varian: GL1800 Gold Wing (perak matte), GL1800 Gold Wing ‘Tour’ (merah dan putih) dan GL1800 Gold Wing ‘Tour’ dengan DCT dan beg udara (merah/hitam dan hitam)

2. HONDA CBR1000RR FIREBLADE

1. Selepas debut CBR1000RR SP dan SP2, Oktober 2017 di Cologne, Jerman, CBR1000RR Fireblade diperkenalkan di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2017.

2. Menggunakan enjin 4-sebaris berkuasa 189hp dan berat 196kg, angka prestasi sama seperti CBR1000RR SP dan SP2.

3. Tiada suspensi Öhlins semi-aktif, tetapi dipasangkan suspensi Fork Piston Besar (Big Piston Fork – BPF) Showa dan Kusyen Belakang Bebas Imbang (Balance Free Rear Cushion – BFRC) di depan dan belakang.

4. Kawalan traksi (TRC) 9-tahap diberikan sebagai ciri standard.

5. Ada 3 mod tunggangan: Track, Winding, Street), manakala unit Belokan ABS dipadankan dengan teknologi Kawalan Wheelie dan kawalan Lif Roda Belakang (Rear Wheel Lift – RWL).

6. Panel instrumen TFT warna penuh, berubah automatik mengikut pencahayaan. Sistem lampu utama LED.

GALERI
Auto Terkini Boon Siew Honda Boon Siew Honda (BSH) BSH Honda Honda BigWing Honda CBR1000RR Fireblade Honda Gold Wing (2018) roda2 sportbike touring bike
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Roda4

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Auto Terkini

Petron Catat Untung Bersih RM246 Juta Sepanjang 2025

27/02/2026
Kenderaan terbiar Shah Alam
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang kuasa PBT adalah terhad kecuali.. – KPKT

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.