Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Fakta atau Auta: Bolehkah Guna HDEO Sebagai Minyak Enjin Motosikal?
Autotainment

Fakta atau Auta: Bolehkah Guna HDEO Sebagai Minyak Enjin Motosikal?

WahidBy Wahid27/08/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BEBERAPA hari lalu kami ada menyiarkan artikel mengenai penyalahgunaan minyak enjin kereta sebagai minyak pelincir motosikal. Terkejut juga kami kerana artikel itu mendapat respon hangat pembaca, terutama kalangan rider kita.

Kami juga menerima banyak komen mengenai penggunaan minyak enjin tugasan berat (heavy-duty engine oil) yang terkenal dengan singkatan HDEO. Kata mereka memang smooth (baca: ‘bersemut’) kalau motosikal guna minyak enjin itu yang sebenarnya dikhaskan untuk kenderaan berat seperti lori.

BACA >>> Kamus Mat Motor Malaysia: Beberapa Istilah Pelik Tapi Benar yang Perlu Anda Tahu

Jadi, kami ambil inisiatif untuk menyiasat mengenai kebenaran  HDEO sebagai minyak enjin motosikal. Sebelum itu, apa kata kita renungkan beberapa fakta mengenai minyak enjin motosikal yang perlu anda tahu:

  • Secara am, enjin motosikal berkongsi minyak enjin dengan sistem kotak gear dan klac. Ini dikecualikan untuk skuter dengan kotak gear CVT kerana sistem transmisi motosikal automatik itu diasingkan.
  • Motosikal besar (big bike) seperti Ducati dan BMW lama (dengan enjin Boxer) menggunakan klac kering (dry clutch), iaitu klac mereka dipisahkan dari transmisi. Namun, minyak enjin masih dikongsi dengan transmisi.
  • Bagi kereta pula, enjin, transmisi dan klac terdiri daripada unit komponen berasingan. Minyak enjin digunakan kekal dalam enjin sahaja dan tidak dikongsi.
  • Minyak enjin kereta juga tidak perlu mengambil kira piawaian JASO MA atau JASO MA2 untuk kesesuaian klac basah (wet clutch). Justeru, pengeluar minyak enjin akan memasukkan bahan pengubahsuai geseran (friction modifier) dalam minyak enjin kereta.
  • Pengubahsuai geseran akan menyebabkan kegelinciran klac jika dituang dalam enjin motosikal jenis klac basah.
  • Sesaran enjin motosikal juga jauh lebih kecil daripada kereta dan trak. Enjin motosikal terpaksa berkerja keras untuk menghasilkan kuasa.
  • Contohnya, enjin Yamaha Y15ZR perlu diligatkan hingga 8,500rpm untuk mendapat kuasa maksimum, manakala julat rev maksimum hingga 10,000rpm. Contoh lain, garis merah (redline) rev Kawasaki Ninja ZX-25R berada pada angka 17,000rpm, manakala redline enjin superbike 1,000cc secara am adalah sekitar 14,000rpm.
  • Sebagai perbandingan, redline rev enjin kereta cuma setakat 6,000-8,000rpm (cepat tengok meter kereta anda sekarang). Enjin diesel kereta pula mempunyai julat rev maksimum sekitar 3,500-5,000rpm, manakala julat rev maksimum enjin diesel kenderaan komersil pula antara 3,500-4,500rpm.
  • Maksudnya, pengeluar minyak pelincir sebenarnya turut perlu mengambil kira tahap ketahanan minyak enjin motosikal pada rev tinggi. Inilah salah satu sebab minyak enjin motosikal tidak sama dengan minyak enjin kenderaan lain. Bukannya asal pekat dan likat, terus minyak itu dianggap bagus untuk motosikal.
  • Disebabkan enjin motosikal perlu meligat tinggi, ia mampu menghasilkan kuasa lebih tinggi berbanding kapasiti enjin. Sebagai contoh, enjin 1,000cc superbike terkini mampu menjana kuasa kuda (hp) lebih 200hp. Sebaliknya enjin 1,000cc sebuah kereta (Perodua Axia misalnya) hanya mampu menghasilkan 67hp.
  • Tapi ingat, penghasilan kuasa yang tinggi turut menjana haba lebih tinggi, dan minyak enjin motosikal perlu ada daya tahan daripada ‘seksaan’ itu.
  • Enjin motosikal juga menggunakan tadahan minyak berisipadu kecil berbanding enjin kenderaan berat. Jadi, segala minyak dalam takungan minyak enjin motosikal akan dipam ke seluruh pelusuk enjin, sekali gus mendedahkan minyak kepada haba tinggi dan daya ricihan (shearing forces) kuat.
  • Sebaliknya, bukan semua isipadu minyak kereta dipamkan ke seluruh bahagian enjin. Ini juga antara sebab kenapa jadual servis minyak enjin kereta tidak sekerap minyak enjin motosikal.

BOLEHKAH PELINCIR HDEO UNTUK MOTOSIKAL?

Seperti tertera pada nama, HDEO ialah minyak enjin untuk kegunaan lasak. Mulanya, minyak pelincir ini dibuat khas untuk kegunaan enjin diesel komersil seperti lori, bas, dan mesin mekanikal dalam sektor-sektor pembangunan, pertanian dan marin.

Namun, perkembangan teknologi dan populariti kenderaan enjin diesel kecil untuk kegunaan harian mengalakkan pengeluar minyak enjin mencipta formulasi untuk enjin HDEO. Justeru memang ada jenis minyak HDEO tertentu yang bukan saja boleh digunakan enjin diesel, tetapi juga untuk enjin petrol.

Bagaimanapun, setiap minyak pelincir akan diberikan gred servis API (American Petroleum Institute). Gred servis untuk enjin petrol jenis cucuhan percikan (spark ignition) dikelaskan sebagai SL, SM dan SN (gred SN terbaharu). HDEO pula diberikan klasifikasi CH-4, CI-4, CI-4 PLUS, CJ-4, CK dan FA. Sebagai makluman ‘C’ bermaksud pembakaran bahan api secara cucuhan mampatan (compression ignition), manakala ‘4’ bermaksud enjin 4-lejang.

Disebabkan ada HDEO boleh digunakan untuk enjin petrol 4-lejang, minyak jenis ini diklasifikasikan sebagai (contoh) CI-4/SN.

ADAKAH INI BERMAKSUD HDEO BOLEH DIGUNAKAN ENJIN MOTOSIKAL?

Jawapannya, bukan sewenang-wenang! Ini kerana bukan semua HDEO diformulasi untuk kegunaan enjin motosikal, khususnya jenis klac basah.

Namun, memang ada beberapa jenis HDEO yang lulus piawaian JASO MA atau MA2. Setakat kami tahu, jenama Petro-Canada Duron HP dan UHP lulus untuk kegunaan motosikal klac basah (mungkin ada HDEO lain, tetapi ini yang kami jumpa buat masa ini).

BACA >>> #ApaNakBuat: Cara DIY Tukar Minyak Enjin Motosikal dengan Betul

BAGAIMANAKAH HENDAK TAHU HDEO ITU SESUAI UNTUK MOTOSIKAL?

Masalahnya sekarang, istilah JASO MA atau JASO MA2 tidak dicetak pada botol HDEO walaupun produk itu dilabelkan ‘Suitable for 4T Motorcycles’ (boleh guna untuk motosikal 4-lejang).

Saranan kami, cara paling bagus adalah mengetahui spesifikasi sebenar dengan memuat turun lembaran data teknikal (technical data sheet) daripada laman web pengeluar minyak itu. Kemudian cari paparan mengenai kesesuaian untuk kegunaan enjin motosikal. Jangan terus percaya kata-kata tukang jual atau member yang pernah pakai saja! Macamlah dia nak tanggung kalau motor kita jahanam.

Sekarang kami kongsikan contoh lembaran data teknikal buat tatapan anda.

APA LAGI PERLU SAYA TAHU PASAL HDEO?

Nasihat kami, gunalah minyak yang dirumuskan khas untuk motosikal saja. Tetapi jika anda berkeras hendak mencuba HDEO juga, sila ambil kira saranan dan maklumat kami kongsikan. Carilah spesifikasi minyak itu dengan teliti.

Selain itu, gunalah gred yang disyorkan pengeluar motosikal anda. Contohnya, gunalah gred 10W-40 jika itu yang direkomenkan. Akhirnya, jangan guna kalau sudah rasa was-was. Kata bijak pandai, trust engineer!

BACA >>> #TahukahAnda: Bolehkah Motosikal Biasa Guna Minyak Enjin Skuter?

hdeo Minyak Enjin Tugas Berat (HDEO)
Wahid

Artikel Berkaitan

Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

01/03/2026
Nozel pam minyak
0
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Dari Mana Datang Duit Kerajaan Malaysia Bayar Subsidi Minyak?

26/02/2026
Cara angkat motosikal besar bila jatuh
0
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Ini Cara Angkat Motosikal Besar Bila Jatuh, Seorang Pun Boleh

25/02/2026
5 perlumbaan motosikal paling bahaya dunia
Tahukah Anda

#TahukahAnda: 5 Perlumbaan Motosikal Paling Bahaya Dunia yang Masih Wujud

25/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.