Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#F12026: Lima Perkara Perlu Diperhati Dalam F1 2026
Auto Terkini

#F12026: Lima Perkara Perlu Diperhati Dalam F1 2026

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam23/02/2026
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

MUSIM Formula Satu (F1) 2026 bukan sekadar pertukaran kalendar baharu, tetapi permulaan era teknikal yang benar-benar berbeza.

Peraturan casis dan unit kuasa serba baharu, kemasukan dua jenama besar serta kemunculan seorang rookie tunggal menjadikan musim ini antara yang paling sukar diramal dalam dekad ini.

1. Revolusi Casis, Enjin

Kereta generasi 2026 tampil dengan dimensi lebih kompak dan ringan. Jarak roda dipendekkan, lebar badan dikurangkan dan berat minimum diturunkan sekitar 30kg. Hasilnya, jentera baharu dikatakan lebih lincah ketika menukar arah, sekali gus berpotensi mengubah karakter pemanduan terutama di litar teknikal.

Sistem DRS kini digugurkan, namun diganti dengan konfigurasi sayap boleh laras depan dan belakang yang beroperasi dalam dua mod berbeza, satu untuk lurus, satu lagi untuk selekoh. Dari sudut enjin, unit kuasa hibrid 1.6-liter V6 turbo masih dikekalkan, tetapi dengan nisbah kuasa hampir 50:50 antara pembakaran dalaman dan tenaga elektrik. Output elektrik melonjak kepada 350kW, menjadikan pengurusan tenaga sebagai faktor kritikal dalam perlumbaan.

2. Audi, Cadillac – Dua Wajah Baharu Di Grid

Musim 2026 menyaksikan kehadiran dua jenama besar ke pentas F1. Audi mengambil alih pasukan Sauber dan kini beroperasi sebagai pasukan kilang penuh dengan pembangunan enjin sendiri. Pelaburan besar dilakukan di fasiliti Switzerland dan Jerman, menandakan komitmen jangka panjang pengeluar dari Inggeris itu dalam sukan permotoran elit.

Cadillac pula muncul sebagai entri baharu sepenuhnya, menjadikan jumlah pasukan meningkat kepada 11 buat kali pertama sejak 2016. Untuk musim awal, pasukan Amerika itu akan menggunakan enjin luar sebelum projek unit kuasa sendiri siap beberapa tahun lagi. Kedua-dua pasukan berdepan cabaran besar, namun perubahan peraturan membuka peluang kejutan awal musim.

3. Red Bull-Ford, Tekanan Sebagai Pengeluar Enjin

Selain Audi, satu lagi perhatian besar terarah kepada projek enjin Red Bull yang dibangunkan bersama Ford. Buat pertama kali, pasukan itu menghasilkan unit kuasa sendiri untuk dua pasukannya. Rekod kejuaraan lampau meletakkan tekanan tinggi terhadap prestasi awal enjin baharu ini.

Ujian pra-musim menunjukkan petanda positif dari segi jarak perjalanan dan penghantaran kuasa, namun gambaran sebenar hanya akan diketahui apabila perlumbaan bermula. Dengan saingan daripada Mercedes dan Ferrari yang turut memperkenalkan konfigurasi hibrid generasi baharu, pertarungan teknologi bakal menjadi cerita utama 2026.

4. Arvid Lindblad, Satu-Satunya Rookie

Di tengah-tengah perubahan besar teknikal, barisan pemandu 2026 sebenarnya agak stabil. Hanya seorang muka baharu menyertai grid — Arvid Lindblad bersama Racing Bulls. Pelumba muda itu melangkah ke F1 selepas melalui jalan pembangunan satu tempat duduk yang konsisten.

Namun, musim pertama dalam era peraturan baharu bukan tugas mudah. Adaptasi kepada casis lebih ringan dan sistem tenaga elektrik yang kompleks memerlukan disiplin tinggi serta pemahaman teknikal mendalam. Sama ada status rookie memberi kelebihan atau tekanan tambahan masih menjadi persoalan.

5. Perebutan Kejuaraan Lebih Terbuka?

Objektif utama rombakan peraturan 2026 adalah untuk menghasilkan perlumbaan lebih rapat dan lebih kompetitif. Namun sejarah menunjukkan setiap perubahan besar sering mencetuskan dominasi awal satu pasukan sebelum yang lain mengejar.

Pra-musim menyaksikan spekulasi pelbagai pihak, ada yang melihat Mercedes kembali kuat, ada yang yakin Red Bull memiliki kelebihan pengurusan tenaga, manakala Ferrari pula tampil konsisten tanpa terlalu menonjol. Dengan McLaren turut memburu kejuaraan pengeluar berturut-turut, musim ini berpotensi menyajikan perebutan takhta yang lebih terbuka berbanding beberapa tahun kebelakangan ini.

SUMBER: Motorsport.com

2026 Formula 1 Audi F1 Cadillac F1 Formula 1 Oracle Red Bull Racing Red Bull Ford Scuderia Ferrari
Shazwan Hisam

Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

Artikel Berkaitan

Anthony Loke cadang kurangkan parkir di projek dekat LRT
Auto Terkini

Waktu Puncak Rapid Rail Dilanjutkan Sempena Ramadan 2026

23/02/2026
Ahmad Maslan - peruntukan baiki jalan berlubang.
Auto Terkini

Lebih 54,000 Aduan Kerosakan Jalan Diterima Menerusi MYJalan

23/02/2026
Auto Terkini

#TahukahAnda Kereta Sendiri, Kereta Api atau Kapal Terbang, Mana Paling Berbaloi Guna?

23/02/2026
Auto Terkini

JKDM Johor Sita 42 Kenderaan Mewah Bernilai RM22j Dalam Ops Terma

23/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
PLUS mula projek rintis ANPR
Auto Terkini

200,000 Pengguna Muat Turun Aplikasi JustGO Malaysia untuk Sistem ANPR

By Syafie20/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.