Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»F1 2021: Strategi Pintar Mercedes Letakkan Hamilton Juara GP Sepanyol
Auto Terkini

F1 2021: Strategi Pintar Mercedes Letakkan Hamilton Juara GP Sepanyol

TalibBy Talib11/05/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TAMAT sudah empat pusingan perlumbaan Formula Satu (F1) yang menyaksikan persaingan sengit antara dua pelumba, Lewis Hamilton (Mercedes-AMG Petronas) dan Max Verstappen (Red Bull Racing-Honda).

Kedua-dua pelumba itu mendominasi kedudukan satu dan dua dalam semua siri perlumbaan yang berlangsung. Antara detik menarik adalah pusingan GP Sepanyol yang membabitkan pertarungan strategi antara Mercedes dan Red Bull Racing dalam mengubah keputusan akhir perlumbaan

Peminat F1 yang menonton siri perlumbaan musim ini pasti teruja dengan pelbagai aksi dramatik dan mendebarkan sejak pusingan pertama bermula. Setiap perlumbaan memberikan debaran seperti persoalan, mampukah Verstappen menewaskan Hamilton? Begitu juga aksi pintas memintas dalam trek.

Kebiasaannya, strategi hentian pit menjadi taruhan untuk memintas kedudukan pelumba depan. Namun, itu tidak berlaku musim ini kerana Hamilton dan Verstappen saling memintas untuk merebut kedudukan depan. Kualiti perlumbaan di GP Sepanyol menonjolkan keupayaan dan kebergantungan pemandu kepada strategi pasukan dalam usaha memenangi perlumbaan.

Permulaan Petak Pertama ke-100

Hamilton memulakan perlumbaan GP Sepanyol pada petak pertama, yang juga kali ke-100. Dia juga pelumba pertama berjaya mencapai rekod tersebut dan pasti tidak akan terhenti di situ.

Sesi kelayakan awal tidak menunjukkan keputusan yang baik buat pelumba British itu apabila sekadar melepasi pusingan kelayakan pertama dan kedua dalam kelompok ditetapkan. Malah Hamilton nampak tidak berapa selesa hendak mengambil sektor awal trek dan masih mencari garis pemanduan yang lebih baik di lokasi tersebut.

Bagaimanapun, situasi tersebut dapat di atasi di sektor trek lain dengan meraih catatan masa terpantas, sekali gus merekodkan permulaan petak pertama buat kali ke-100.

Berdasarkan rekod semasa, hanya Sebastian Vettel berada dalam carta lima pemandu paling banyak memulakan perlumbaan di petak pertama dan masih aktif berlumba. Pesaingnya Verstappen pula hanya merekodkan 4 permulaan petak pertama dan memulakan permulaan GP Sepanyol 2021 di petak kedua.

Serangan Awal

Berdasarkan aksi sebelum ini, ramai menjangka sekali lagi berlaku persaingan awal di selekoh pertama pusingan pembukaan. Ini terjadi apabila Verstappen melakukan serangan awal di situ. Walaupun berada di belakang Hamilton di kawasan membrek, tetapi pelumba Belgium-Denmark itu terus menyerang ke bahagian dalam selekoh dan memintas lawannya.

Tindakan berani itu menyebabkan Hamilton tersasar teruk dari garis pemanduan di selekoh hingga ketinggalan di pusingan pertama. Situasi itu  memberi harapan kepada peminat Verstappen.

Hamilton dan Verstappen kemudian dilihat berada dalam kelas persaingan tersendiri apabila mudah menjarakkan jentera mereka dari pelumba lain. Charles Leclerc (Ferrari) memintas Valterri Bottas di selekoh ketiga dari bahagian luar dan terus memberikan cabaran untuk merebut podium. Lando Norris (Mclaren) pula gagal untuk menempatkan diri dalam kelompok depan yang menyukarkan dia mencabar pelumba Mercedes dan Red Bull Racing.

Pertaruhan Strategi Hentian Pit

DRS berfungsi mengubah tetapan sayap belakang yang biasanya digunakan untuk memintas.

Apabila dipintas Verstappen, Hamilton sekadar mengekori rapat lawannya itu dengan jarak masa kira-kira 1 saat. Menariknya, dia dilihat seperti menunggu peluang hendak memintas Verstappen dengan menggunakan fungsi DRS.

Apa yang menjadi tanda-tanya, situasi itu berlaku tiba-tiba saja di pusingan ke-25 ketika Red Bull Racing melakukan hentian pit untuk Verstappen. Strategi tersebut seperti tidak diuruskan baik yang menyebabkan situasi hentian pit mengambil masa lebih lama daripada biasa.

Tayar kiri belakang juga lambat disediakan hingga menyebabkan masa hentian pit Verstappen 4.2 saat, sekali gus membuka peluang kepada Hamilton. Bagaimanapun, tiada perubahan kedudukan berlaku selepas hentian pit di lakukan Hamilton di pusingan ke-29 dengan Verstappen masih mendahului perlumbaan dengan jarak masa 5 saat.

Red Bull Racing banyak mengambil masa di hentian pit pada pusingan ke-25.

Selepas enam pusingan, barulah Hamilton dapat merapatkan jarak dengan Verstappen sebelum berada dalam julat kawasan pengaktifan DRS. Namun, pemanduan baik dilakukan lawannya itu menyukarkan juara bertahan tersebut memintas dan terpaksa mengharapkan berlaku kesilapan.

Segalanya memang mengujakan kerana Hamilton seakan bersedia memintas Verstappen bila-bila masa jika peluang terbuka.

Apa tidak dijangka Red Bull Racing, Mercedes melakukan strategi hentian pit kedua di pusingan ke-43. Radio pasukan itu berbunyi; “Mungkinkah berlaku peristiwa Hungary 2019 sekali lagi?” Ini menunjukkan mereka langsung tidak menjangka strategi tersebut.

Hamilton dilihat masuk ke trek untuk aksi yang berbaki 23 pusingan dengan jarak masa 23 saat di belakang Verstappen. Jenteranya dipasangkan dua set tayar baru campuran medium untuk  cengkaman lebih baik.

Kemudian masing-masing menantikan hentian pit Verstappen dan Red Bull Racing bagi mengatasi strategi Mercedes kerana masa dicatatkan Hamilton pada pusingan awal tidak begitu pantas. Kesilapan itu memberikan peluang buat Hamilton untuk menggunakan kelebihannya sebaik mungkin dalam baki 23 pusingan lagi.

Ramai menjangka aksi pintasan berlaku pada pusingan terakhir jika Hamilton memandu 1 saat lebih pantas daripada Verstappen dalam setiap baki pusingan. Tetapi, apa sebenarnya berlaku, Hamilton memandu 1.7 saat lebih pantas!

Rakan pasukan?

Bukan mudah Hamilton hendak memintas rakan pasukannya, Bottas.

Kedudukan Hamilton bukan sekadar di belakang Verstappen, tetapi dia berada di kedudukan ketiga di belakang rakan sepasukannya Valtteri Bottas. Peminat sedar kedua-duanya juga saling bersaing sepanjang perlumbaan musim lalu.

Dalam pusingan ke-52, Hamilton merapatkan jurang dengan Bottas dan perlu memintas pantas supaya dapat mengejar Verstappen. Bagaimanapun, radio pasukan Mercedes mengarahkan Bottas supaya tidak menghalang lama dan memberikan ruang kepada Hamilton.

Maklumat itu sebenarnya hanya diterima Bottas, tetapi dia nampaknya tidak memberikan laluan mudah buat Hamilton. Baginya, dia juga perlu menjamin kedudukan podium kerana sedang bersaing dengan Leclerc (Ferrari).

Pada masa sama, arahan itu tidak diketahui Hamilton yang menganggap perlu mencari peluang sendiri untuk memintas Bottas. Peluang tersebut tiba di laluan panjang selekoh 10 (Turn 10).

Bottas kelihatan tidak memberikan ruang mudah buat Hamilton, dan masih cuba mempertahankan kedudukan tersebut. Persaingan sesama dua pelumba sepasukan itu memang baik kerana saling menunjukkan sikap profesional masing-masing. Gandingan Hamilton-Bottas juga antara gandingan F1 musim ini yang palinng banyak menyumbang koleksi kejuaraan GP.

Kejuaraan GP Sepanyol

Podium GP Sepanyol 2021 dimenangi Hamilton (pertama), Verstappen (kedua) dan Bottas (ketiga).

Selepas meninggalkan Bottas, Hamilton terus memecut laju dan merapatkan kedudukan sebelum memintas pula Verstappen di laluan panjang dengan mendahului selekoh pertama pusingan ke-60. Itu juga aksi memintas sama seperti di GP Portugal.

Tiada apa mampu dilakukan Verstappen kerana hanya satu pecutan terus memadamkan jarak masa 1 saat antara mereka di laluan panjang tersebut.

Verstappen seperti hanya menunggu dipintas sejak Hamilton masuk ke litar semula selepas hentian pit kedua. Hamilton terus laju meninggalkan pesaingnya dan memenangi perlumbaan dengan catatan masa 1:33:07.680 dan menjarakkan diri 14 mata dari lawannya itu.

Aksi Verstappen tidak terhenti di situ, dia masuk ke hentian pit untuk cuba mencabar bonus masa terpantas dengan Bottas, Leclerc dan Sergio Perez yang mana dia berjaya mendapatkannya.

Bottas pula mempertahankan kedudukan di tempat ketiga, dan melonjak ke tangga ketiga dalam ranking keseluruhan dengan 47 mata. Menariknya, Hamilton, Verstappen dan Bottas mencipta rekod sebagai pelumba paling banyak naik ke podium bersama, iaitu 15 kali.

Siri perlumbaan akan berehat seminggu dan akan kembali ke litar Monaco pada 21-23 Mei nanti.

BACA >>> F1 2021: Hamilton Menang lagi di Portugal!
BACA >>> Kanak-Kanak Ini Tengok F1 Secara Langsung dari Belakang Rumah Je…

Auto Terkini F1 Formula One (F1) Formula Satu (F1) Lewis Hamilton Max Verstappen Mercedes-AMG Petronas Red Bull Racing-Honda Sukan Lumba sukan permotoran
Talib

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Taycan Turbo GT dengan Kit Manthey Cipta Rekod Baharu di Nürburgring!

    07/05/2026
    Roda4

    Audi Q5 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM352,990

    06/05/2026
    Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
    Auto Terkini

    B15 Biodiesel Bermula Jun, Langkah Turunkan Kos Diesel Negara

    05/05/2026
    Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor
    Auto Terkini

    ‘Orang Kayangan’ Belanja Hingga RM400,000 Setiap Kali ke Langkawi Demi Kereta Mewah

    07/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Buka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    By Syafie06/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.