Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»F1 2021: Keyakinan Pelumba, Pasukan Beri Kejuaraan ke-100 buat Hamilton di Rusia
Auto Terkini

F1 2021: Keyakinan Pelumba, Pasukan Beri Kejuaraan ke-100 buat Hamilton di Rusia

TalibBy Talib28/09/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SAINGAN melibatkan dua pencabar utama kejuaraan Formula Satu (F1), Lewis Hamilton dan Max Verstappen sekali lagi dipamerkan sepanjang aksi di Litar Sochi, Grand Pri VTB Rusia.

Hamilton bermula di petak keempat, manakala Verstappen terakhir yang sebelum itu dikenakan penalti tiga petak perlumbaan atas kesalahan menyebabkan perlanggaran Hamilton pada perlumbaan lalu.

Keputusan Red Bull Racing menggantikan enjin baharu untuk jentera Verstappen menyebabkan dia terpaksa bermula di petak akhir. Verstappen juga tidak merekodkan sebarang catatan masa pada pusingan kelayakan kerana akan bermula di petak akhir.

BACA >>> Hamilton: Aku Tak Faham Kenapa Kereta F1 Makin Berat
BACA >>> F1 2021: Verstappen Pula Menang GP Monaco, Saingan Juara Semakin Sengit

Hamilton pula melakukan kesilapan ketika menukar tayar apabila terlanggar dinding laluan masuk pit, sekali gus menyebabkan tayar jentera Mercedesnya tidak mendapatkan cukup cengkaman dan akhirnya terbabas ketika cuba mencatatkan masa kelayakan terbaik. Ini membuatkan pelumba British itu bermula di petak keempat.

Pengalaman Baharu Lando Norris

Perlumbaan minggu ini agak baik buat Lando Norris (McLaren) untuk mendapatkan kejuaran sulung selepas meraih podium kedua dalam perlumbaan sebelum ini.

Strategi dan aksi baik pada pusingan kelayakan membolehkan pelumba British itu bermula di petak pertama. Norris berjaya mendahului sejak pusingan ke-13 sambil dibantu rakan pasukan, Danni Ricciardo yang berjaya mengekang Hamilton dengan baik.

Hamilton terpaksa menunggu hingga Ricciardo masuk ke hentian pit di pusingan ke-23 sebelum berjaya mendapatkan catatan sepusingan baik untuk mengejar kedudukan pesaing lain yang melakukan hentian pit awal. Malang buat  Ricciardo kerana hentian pit tidak selancar diharapkan yang memaksa dia masuk semula di kedudukan ke-14.

Verstappen pula hilang cengkaman selepas melakukan pecutan baik dari kedudukan ke-20 ke kedudukan ke-5 sebelum tersekat di belakang Fernando Alonso (Alpine Renault F1 Team).

Norris terus mendahului perlumbaan apabila semua pelumba melakukan hentian pit pertama. Tekanan memuncak apabila dia mengetahui Hamilton berada di kedudukan kedua. Hamilton kemudian melakukan hentian pit baik apabila berada di kedudukan lebih baik, di depan Ricciardo. Malah, tiada kereta di depan yang mengganggunya.

BACA >>> McLaren MP4-25A – Jentera F1 Dipandu Hamilton Pada 2010 Ini Dilelong RM27j

Mercedes-AMG Petronas mengatakan Hamilton masih berpeluang menjuarai perlumbaan berkenaan. Selepas berjaya memintas Carlos Sainz (Scuderia Ferrari) dan Pierre Gasly (Scuderia AlphaTauri), dia langsung mengejar kedudukan Norris hingga berjaya merapatkan jurang masa di bawah 1 saat pada pusingan ke-45.

Aksi sebenar bermula pada pusingan ke-46 ketika hujan lebat yang menyebabkan trek basah, sekali gus melebarkan jurang masa antara kelompok pelumba depan (Norris dan Hamilton) dan pelumba ketiga (lebih 34 saat).

Norris terlepas peluang meraih podium pertama.

Kedua-dua pelumba bertindak meneruskan perlumbaan menggunakan tayar sedia ada. Verstappen dan beberapa pelumba terus masuk ke hentian pit untuk menukar tayar hujan bagi mendapatkan cengkaman di trek basah. Norris dan Hamilton pula kekal bersaing kerana perlumbaan hanya berbaki lapan pusingan.

Selepas beberapa kali jentera masingh-masing terbabas dan sukar dikawal, Mercedes mengarahkan Hamilton masuk pit untuk menukar tayar hujan. Jurang masa yang masih banyak membolehkan dia masuk semula di kedudukan kedua. Namun, malang buat Norris yang memilih terus berlumba dengan tayar tanpa cengkaman dan terbabas.

Akhirnya peluang dinanti Hamilton pun tiba pada pusingan ke-51, dan tiada apa mampu dilakukan Norris selain menukar tayar hujan di pusingan seterusnya dan masuk di kedudukan ke-7, serta hilang podium.

BACA >>> Red Bull Racing Guna Enjin F1 Ciptaan Sendiri Bermula 2023?

Verstappen Pesaing Utama

Perlumbaan di kedudukan terakhir tiada masalah bagi pencabar utama kejuaraan tahun ini. Permulaan baik dengan jentera berenjin baru memudahkan Verstappen merapatkan jurang dengan kelompok pelumba depan seawal pusingan keenam.

Kesukaran memintas kelompok pelumba depan pada pertengahan perlumbaan langsung tidak memutuskan semangat pelumba Belanda itu untuk terus bersaing. Peluang itu  tiba apabila hujan di pusingan ke-49. Red Bull Racing terus melakukan hentian pit kerana kondisi jalan semakin licin dan kurang cengkaman.

Ini membolehkan Verstappen memintas jentera lawan lain dan menduduki tempat ketiga sebelum merampas kedudukan kedua apabila Norris melakukan hentian pit di pusingan ke-52.

Kedudukan itu memberikan kelebihan buat Verstappen  apabila sekadar dipisahkan 2 mata dengan Hamilton dalam ranking keseluruhan. Dengan berbaki tujuh lagi perlumbaan, kejayaan meraih kedudukan kedua pasti memberikan tekanan berterusan ke atas Hamilton selaku juara bertahan.

Kemenangan ke-100 Lewis Hamilton

Kemenangan Hamilton tidak datang mudah apabila jentera McLaren sekali lagi memberikan tentangan dan saingan hebat buatnya.

Mercedes sebenarnya bersedia menukar tayar di pusingan ke-49, cuma Hamilton berkeras terus memandu sambil memerhatikan jentera Norris kehilangan kawalan.

Mercedes akhirnya mengarahkan juara F1 tujuh kali itu masuk hentian pit. Keputusan Hamilton untuk akur kepada arahan pasukan membuahkan hasil apabila mudah memintas Norris di pusingan ke-51 dan menjuarai perlumbaan itu dengan jurang masa yang banyak daripada Verstappen.

Hamilton juga berjaya mencipta rekod sebagai pelumba F1 pertama memenangi perlumbaan ke-100 di VTB Russian Grand Prix. Inilah perbezaan pengalaman dan arahan baik daripada pasukan untuk seseorang pelumba. Kemenangan tersebut memberikan semangat kepada Hamilton untuk terus bersaing dan mempertahankan kejuaraan.

Malah, jentera yang tidak menukar tayar hujan hilang kawalan dan gagal meraih kedudukan 10 terbaik. Perbezaan dua mata sesama antara dua pesaing kejuaraan pasti memberikan saingan lebih sengit pada aksi akan datang di GP Turki nanti.

Tiada lagi dominasi hanya satu pasukan seperti tahun terdahulu. Kini, McLaren, dan Ferrari turut memberikan saingan. Bagi Norris pula, pengalaman di Rusia pasti menjadi pengajaran yang cukup berguna. Perubahan cuaca tiba-tiba sememangnya menambahkan kerancakan dan keterujaan.

Kepercayaan antara pelumba dan pasukan juga penting dalam memenangi sesuatu kejuaraan. Jom saksikan aksi F1 seterusnya di GP Turki, 10 Oktober ini.

BACA >>> Bos F1: MotoGP, F1 Perlu Kerjasama
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Jentera F1 Semakin Panjang?

Auto Terkini F1 Formula Satu (F1) Lando Norris Lewis Hamilton Max Verstappen McLaren Mercedes-AMG Petronas Red Bull Racing sukan permotoran
Talib

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    25/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ Ambil Tindakan Ke Atas 14,455 Kenderaan Sepanjang Op HRA 2026

    25/03/2026
    Auto Terkini

    Harga Minyak Global Turun, Harapan Diplomatik Redakan Ketegangan Asia Barat

    25/03/2026
    Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim, turunkan harga RON95 1.99 seliter mula 30 September ini.
    Auto Terkini

    MOF: Salah Guna Subsidi BUDI95, MyKad Individu Terlibat Disekat

    24/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    By Abang Hirata20/03/2026
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Auto Terkini

    KTM 990 RC R 2026 Rasmi di Pasaran Global, Dari RM66,000

    By Shazwan Hisam15/10/2025
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.