Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#RetroAuto: Evolusi Sistem Brek – Dari Blok Kayu, ABS hingga Brek Autonomi
Autotainment

#RetroAuto: Evolusi Sistem Brek – Dari Blok Kayu, ABS hingga Brek Autonomi

Han OthmanBy Han Othman17/11/20192 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BREK memainkan peranan paling penting bagi dunia automobil. Ketika kereta mula dicipta, pereka dan jurutera mengalami kesulitan untuk mencari penyelesaian terbaik tentang sistem terbaik untuk menghentikan kenderaan. Ini kerana kereta pada awal era automobil dahulu ialah ciptaan mekanikal yang serba asing dalam kehidupan manusia.

Jadi, penyelesaian paling hampir ialah mengadaptasikan sistem brek daripada kereta kuda, iaitu menggunakan tuil dan blok kayu. Caranya, pemandu akan menarik tuil yang bersambungan dengan blok kayu yang kemudian bergeser pada roda untuk menghentikan kenderaan.

BACA >>> #SembangDeras: Betulkah Kalau Selalu Tekan Brek Nampak Lemah?

Bagaimanapun sistem berkenaan bukan penyelesaian terbaik kepada kereta yang secara relatifnya lebih laju.

BREK DRAM: DARI LUARAN KE DALAMAN

brek-dram
Michelin bersaudara (Edouard dan Andre Michelin) ialah dua individu yang bertanggungjawab menggantikan roda rim besi dengan tayar getah baharu, sekali gus menjadikan sistem tuil tidak efektif dan memerlukan penyelesaian lain.

Inilah sebab kenapa brek dram dicipta dan masih digunakan sehingga kini. Idea asal sistem brek ini dihasilkan pereka Jerman, Gottlieb Daimler pada 1889 dengan melilitkan kabel mengelilingi satu dram dan dilekatkan pada casis kereta. Namun, rekaan brek moden yang dipanggil brek dram seperti hari ini dikreditkan kepada pereka Perancis, Louis Renault yang mempatenkan konsep itu pada 1902.

Bagaimanapun, sistem itu jauh daripada sempurna. Pada permulaan, dram ialah ciri luaran yang selalu bermasalah kerana kasut brek terdedah kepada elemen luar seperti habuk, kepanasan dan air. Situasi berkenaan menjejaskan cengkaman brek dan ini menyebabkan kasut brek dipindahkan ke bahagian dalam dram.

BACA >>> Brek Cakera vs Brek Dram – Ketahui Fungsi dan Mana Satu Lebih Baik

KUASA HIDRAULIK UNTUK PEMBREKAN EFISIEN

sistem-brek-hidraulik
Sistem brek dram (seperti gambarah di atas) masih beroperasi secara manual menggunakan tuil, rod dan kabel untuk mengawal kasut brek. Pada 1918, kuasa hidraulik mula digunakan secara meluas apabila pereka Amerika Syarikat (AS), Malcolm Loughead memperkenalkan sistem pembrekan hidraulik 4-tayar.

Sistem yang mengandungi bendalir itu berfungsi memindahkan daya pedal yang ditekan ke seluruh piston dan disalurkan kepada kasut brek. Konsep ini tidak mengambil masa lama untuk menjadi sistem pembrekan baru dan mula menjadi ciri standard kenderaan mewah pada 1920-an.

BREK CAKERA LEBIH SUPERIOR

william-lanchester
William Lanchester

Brek cakera adalah pembangunan terbesar dalam sistem pembrekan dan ciptaan pertama dipatenkan pereka British, William Lanchester pada 1902.

Bagaimanapun, penggunaan brek cakera masih tidak meluas sehinggalah 1950-an apabila Jaguar menghantar tiga jenteranya menyertai dalam perlumbaan 24 Hours of Le Mans. Hasil bantuan brek cakera, ketiga-tiga kereta dapat berlumba sangat baik dengan dua daripadanya menaiki podium. Selepas itu brek cakera mula popular.

Hari ini, sudah banyak kereta didatangkan dengan ciri brek cakera di roda hadapan. Walaupun sebahagian besar kereta masih menggunakan brek dram di roda belakang, tetapi kebanyakan kereta baharu dilengkapi brek cakera pada keempat-empat tayar.

BACA >>> Bagaimanakah Cara Membrek Motosikal dengan Betul?

SISTEM PEMBREKAN MODEN

Pembangunan sistem brek tidak berhenti setakat brek cakera sahaja. Hari ini, keselamatan dan keselesaan pemandu terus dipertingkatkan menerusi penciptaan teknologi  pembrekan terkini seperti Sistem Brek Antik-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA).

brek-abs
ABS memastikan pemandu dapat mengekalkan kawalan kereta semasa membrek kecemasan. Sistem ini akan memantau kelajuan roda dan menghalangnya daripada terkunci semasa membrek kecemasan dengan mendenyutkan brek secara cepat untuk meriliskan tekanan ke atas pelapik brek.

sistem-ebd
EBD pula kerap digandingkan dengan ABS. Sistem ini secara automatik mengenakan pelbagai daya pada setiap brek yang bergantung kepada situasi seperti keadaan jalan semasa, berat, kelajuan dan lain-lain. Sistem ini membantu memaksimumkan kuasa pembrekan tanpa menghilangkan kawalan kenderaan.

sistem-ba
BA ialah teknologi terkini yang mampu mengenal pasti cubaan membrek kecemasan dengan mengukur daya yang dikenakan pada pedal brek dan bagaimana pantas ia diinjak. Apabila cubaan brek kecemasan dikesan, sistem akan mengenakan tekanan ekstra yang diperlukan supaya kenderaan dapat dihentikan secepat mungkin. Ini keana beberapa kajian mendedahkan kecenderungan pemandu yang ‘terlalu lembut’ ketika mahu membrek kecemasan.

CIRI BREK AUTONOMI

Selain tiga teknologi pembrekan era automotif baharu di atas, semakin banyak kereta moden masa kini mula dilengkapkan dengan ciri brek automatik (autonomi). Ciri ini berfungsi menggunakan sensor dan kamera yang dipasangkan pada kenderaan.

Kereta akan berhenti sendiri apabila sensor dan kamera mengesan ada hadangan di depan yang mana pemandu tidak menunjukkan sebarang tanda hendak membrek. Sistem kemudian akan mengeluarkan amaran sebelum mengambil alih operasi brek dengan mengaktifkan brek secara automatik untuk berhenti.

BACA >>> #ApaNakBuat: Pijak Brek Rasa ‘Kosong’, Cuba Periksa Servo Brek

SUMBER: Proctocars.com

ABS Agihan Brek Elektronik autotainment BA Bantuan Brek brek brek cakera brek dram EBD sistem brek sistem brek anti-kunci
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

01/03/2026
Nozel pam minyak
0
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Dari Mana Datang Duit Kerajaan Malaysia Bayar Subsidi Minyak?

26/02/2026
Cara angkat motosikal besar bila jatuh
0
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Ini Cara Angkat Motosikal Besar Bila Jatuh, Seorang Pun Boleh

25/02/2026
5 perlumbaan motosikal paling bahaya dunia
Tahukah Anda

#TahukahAnda: 5 Perlumbaan Motosikal Paling Bahaya Dunia yang Masih Wujud

25/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

By Han Othman01/04/2026
Ron95
Auto Terkini

Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

By Syafie31/03/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
Roda4

Isuzu D-Max 2026 2.2L 8AT Kini Jadi Single Cab Automatik Pertama Malaysia!

By Syafie01/04/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Kenderaan Elektrik (EV)

SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM198,000

By Syafie03/04/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Tesla Model Y L Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, SUV 6-Kerusi, Jarak 681km WLTP

By Syafie30/03/2026
Autotainment

Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

By Admin PanduLaju11/06/20166
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.